Salam Perjuangan

Wednesday, July 20, 2011

Mengapa?

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Setelah bersawang blog ni untuk beberapa hari, maka aku pun nak mengupdate perkembangan terbaru kat sini. Cabaran dan dugaan baru semakin tiba. Ya Allah... Kenapalah aku terlalu lemah dan tiada berdaya begini? Terlalu lemah di hadapan mainan perasaan yang menyeksa dan jauh dari rahmatMu. Aku sedar. Sedar namun aku sengaja membutakan mata, memekakkan telinga. 

Keliru aku dengan bisikan hati dan buaian perasaan. Nadzirah!!!!!!!!!!!!! What are you thinking? Where's your promises? 

Aku..... Aku mahu menjadi muslimah yang sejati. Namun........ Ya Allah, bantulah aku. Permudahkanlah jalanku. Jangan Engkau binasakan hati ini dengan arus godaan dan fatamorgana duniawi. Aku berserah padaMu. Aku rindukanMu. Aku... Tidak mahu kalah dengan mainan perasaanku, aku jua tidak mahu menyerahkan mereka yang aku sayangi ke dalam lembah neraka yang panas membara. Ampuniku. Bantulah aku, ya Tuhanku. 

..................................................................... For today. Setiap manusia tidak lari dari kesilapan dan penghijrahan itu memerlukan pengorbanan. Andai tetap keras berdegil, ingatkan aku tentang kematian. Ya Allah...........

Wassalmun'alaik. 

1 comment:

  1. walau bahagia ttpi jika kita tau itu satu kesilapan,bermakna Allah sedang menguji kita...adik pe khbar???lme akk tak bertanya khabar adik..tp akk slalu tnye perkembangan adik...jge dri k...jge iman...:)

    ReplyDelete