Salam Perjuangan

Saturday, July 30, 2011

Aku Mahu Terus Gagah....Tanpa Kalah!

Assalamu'alaikum....

Bismillah...



Nada hati mula membisik
Secebis iman yang tersisa mula mengusik
Menyentuh nadi keinsafan....yang semakin berterbangan

Bakul rohani dipersoalkan
Lihatlah kekosongan itu
Umpama rompong terbiar
Di mana tanggungjawabmu membaikinya?
Adakah itu yang kau mahukan?
Menjadikannya sarang anai-anai nafsu yang menjamah
Hingga tiada lagi tersisa untuk memandumu ke arah redha Ilahi?

Bergenang air mata yang sekian lama membeku kerana keinsafan
Membanjiri kolam kantungan itu yang telah lama kering
Hingga memecahkan empangannya
Maka terdengar hempasan ombak esakan
Dan memecah heningnya malam yang kian sunyi sebelum itu

Membisik iman perlahan
Bersama kerasnya suara sang iblis bersama angkatannya sang nafsu
Berperang antara keduanya....iman dan iblis
Lalu...semakin kuatlah suara esakan yang membingit
Hingga hilang pandangan dunia seketika kerana lelah mendengar setiap perangan bisikan itu

Kala dihimpit kekeliruan
Datanglah tangan yang menghulurkan sedikit buah rohani
Sebagai pengisian untuk rompong-rompong di hati
Tersedar fikiran, hati, naluri dan jiwa........
Bahawa hakikatnya, Allah masih mengasihi hambaNya
Ujian yang mengunjung bukanlah tanda kebencian
Itulah tanda kasih sayangNya

Tidakkah engkau lihat setiap pertolongan yang Dia hulurkan
Matamu terhijab...namun bukalah ruang hati dan akalmu untuk berfikir
Ada bantuan yang Dia berikan
Hanya engkau yang terlupa

Ya Allah, Ya Tuhanku
Sujudku bersyukur
Atas bantuan yang Engkau berikan
Dan pintaku....bukakanlah ruangan untukku mudah keluar dari kemelut yang membingitkan ini
Berikan jua cahaya indah petunjukMu kepada mereka yang aku kasihi
Agar...mereka dan diriku terselamat dari setiap tikaman tajam godaan duniawi
Hanya Engkau Yang Maha Mendengar
Rintihan kekeliruan yang bergelora dalam jiwaku

Sekian....Wassalamun'alaik.

No comments:

Post a Comment