Salam Perjuangan

Wednesday, December 29, 2010

Mou Sukoshi...Mou Sukoshi....

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Entry kali ni simple je. Lagu ni, "Mou sukoshi...Mou sukoshi..." nyanyian Atsumi Saori. Ni sebenarnya lagu tema ending anime Midori No Hibi. Biasalah. Peminat anime macam aku ni memang susah sikit nak elak-elak benda camni. Tapi, bila tengok maksudnya ada sikit-sikitlah persamaan dengan masa silam aku. Hehe...Melodinya best! Inilah aku yyang sebenar. Even dari segi penampilan nampak lain, tapi aku tetap aku yang dulu. Peminat setia anime. 

Midori No Hibi

Atsumi Saori
Apa maksud "Mou sukoshi" tu? Maksudnye..... Just a bit more.... Well, lagu ni mengisahkan seseorang yang jatuh cinta dalam diam. Dia hanya pendam perasaannya. Tengok orang yang disukai dari jauh. Tapi dalam masa yang sama cuba mendekati orang tu. Hehe...ada lah kena sikit kat batang hidung aku ni dulu. Tapi failed! Hahaha...

Cinta? Nanti lah aku cerita dan kongsikan pendapat aku tentang cinta ni. Hehe...ni lirik aku letak sekali. Nak baca atau tak nak terpulang. Hehehe...

Mou Sukoshi...Mou Sukoshi

soshite kizuita toki ni kangaeteru no wa kimi no koto de... 
sore ga sugoku hazukashikattari 
sugoku iyadattari omoete 
sore wa boku ga kimochi wo tsutaeru koto ga kowai kara de 

atama de osaetsukete mo kokoro ga dousuru koto mo dekinakute 
autabi ni kimi ni satorarenai youni 
itsumo to kawarinai youni hanashiteru tsumori de 

yoyuu mo nakute kurushiku natta boku wa 
kimi ni uso wo tsuiteshimau... dakedo 

mou sukoshi... mou sukoshi... 
kimi no kokoro ni chikazuitara 
mou sukoshi... mou sukoshi... 
ima kono toki ga kienai youni 

douka kamisama boku ni yuuki wo kudasai 

soshite omoiagunete mo kakkou warui dake no boku de... 
kimi ga dou omotteru no ga ki ni natte mo 
ippo mo saki he sumanai wakatteru tsumori de 

jibun jyanai you na mune no MOYAMOYA ga 
itaku natte nigetakunaru... dakedo 

mou sukoshi... mou sukoshi... 
kimi no soba ni irareta nara 
mou sukoshi... mou sukoshi... 
yoru yoake nai de kureta nara 
sabishii toki mo namida wo nugutte ageru kara 

yozora ni ukabu kakete mo hikaru tsuki ga 
tsuyoku mo narenai jishin mo nai 
boku wo mite hohoenda hora ne... 

mou sukoshi... mou sukoshi... 
kimi no soba ni irareta nara 
mou sukoshi... mou sukoshi... 
yoru yoake nai de kureta nara 

mou sukoshi... mou sukoshi... 
kimi no kokoro ni chikazuitara 
mou sukoshi... mou sukoshi... 
ima kono toki ga kienai you ni 

douka kamisama boku ni yuuki wo kudasai 


English : 

When I noticed I was thinking about you...

I felt very embarassed
And I really hate that feeling
That's because I'm afraid to convey my feelings
Even though I suppress it in my head I can't do anything about my heart
I don't let you notice it when we meet
So it can be normal how I plan to talk to you
To act so composed has started to hurt
Lying to you I will put away... but
A little more... A little more...
If I can get closer to your heart
A little more... A little more...
So that this moment won't end
Please God, give me courageWhen I'm alone with my bad crazy thoughts
I worry about what you think of me
I'm sorry I stepped forward to try to let you know
I'm not myself, I don't like the fog around my heart
Depending on someone else makes me run away... but
A little more... A little more...
If I can get beside you
A little more... A little more...
Night does not continue once dawn comes
So wipe away your tears when you're feeling lonely
The glowing moon floats out into the heavens
I'm not stronger or more confident
See me smiling, look, OK?
A little more... A little more...
If I can get beside you
A little more... A little more...
Night does not continue once dawn comes
A little more... A little more...
If I can get closer to your heart
A little more... A little more...
So that this moment won't end
Please God, give me courage

Ok...tu jelah...sekian saja untuk kali ni....

Wassalamun'alaik.... ^_^

Monday, December 27, 2010

Marah Dan Facebook

Assalamu’alaikum…

Bismillah….

Alhamdulillah…sampai dah kat UKM pastu patah balik ke BP sebab ada urusan TOF kat UTHM. Masa dekat terminal bas, cuaca tak berapa elok. Hujan. Basah kuyup juga lah. Masa tengah tunggu bas, ada lah terjumpa dengan ciptaan ALLAH SWT yang agak unik dan agak mengundang ketawa (actually tak baik gelakkan orang…dah lah tu ciptaan Tuhan. Agak nakal saya ni…astaghfirullah…), tak baik betul. Masa dalam bas pula, ada penumpang yang tak dapat duduk pasal tiket bas dia terlebih seat. Bas tranasional ni ada yang seat biasa yang takde single seat, entah camne penjual tiket bas boleh bagi tiket bas yang seat VIP yang tentunya seat yang single tu. Kesian kat penumpang tu. Sabar je lah.

Garangnye baby ni.... =.=''
Kali ni entry nak berkisar tentang sifat sabar. Hemm… macam yang kita nampak lah kan. Terutamanya kat facebook. Ramai yang jadikan facebook tu sebagai tempat memaki hamun, melepaskan marah. Padahal kalau kita perhatikan balik, mungkin apa yang kita marahkan tu boleh mengguris sesetengah pihak. Contohnya, kita marah pada orang lain tapi dalam masa yang sama kita secara tak sengaja ada tersisihkan salah seorang rakan kita, bila rakan kita tu baca apa yang kita post kan status marah-marah macam tu, ada juga akan berlaku salah faham. Faham-faham jelah maksud kita ni ye. Jadi, kita kenalah berhati-hati dengan apa yang kita tuliskan. Jangan nanti sebab tu je boleh jadi perselisihan yang berpanjangan.

Sabarlah selagi kita mampu. Cuba mendoakan supaya dia yang kita marahkan tu mendapat hidayah dan petunjuk dariNya. Lagi satu, kadang-kadang sebab sifat sabar yang takde tu dan posting status yang macam tu juga boleh menarik sahabat kita yang lain turut mengeluarkan kata-kata yang kurang enak. Cuba kita sebagai sahabat balas balik dengan meminta agar dia bersabar dan doakan yang baik-baik buat orang yang dia marahkan tu.

Mostly rakyat Malaysia ada FB kn...*_*
Memanglah susah kalau dah orang tu sangat menyakitkan hati kita, tapi kita pun kena cuba memupuk rasa sabar tu agar apa yang kita buat tu tak membawa kesusahan pada kita suatu masa nanti. Kalau boleh cuba elakkan meluahkan perasaan marah tu dekat tempat-tempat yang mudah diketahui orang contohnya dekat laman-laman sosial. Kita cuba fikir-fikirkan ye. Muhasabah diri kita okay. Kita sayang semua! ^_^

Nak juga ucapkan selamat pengantin baru pada Kak Ila dan Abang Luqman. Semoga bahagia hingga ke akhirat kelak. Maaf tak dapat hadir majlis sebab ada hal sikit.

Okaylah, sampai sini je dulu. Jaga diri, jaga iman.

Salam mujahaddah.
Wassalamun’alaik. ^_^

p/s : Actually entry ni dah dirangka untuk 22/12/2010. Tapi disebabkan takde internet jadi ditangguhkan posting nya. 

Melaka Bandar Bersejarah - 18 Disember 2010

Melaka Bandar Bersejarah

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Entry untuk hari ni cuma nak letak gambar je. Gambar-gambar ni diambil masa pergi majlis kawan abang kat Melaka. Seronok. Alhamdulillah. Kita diberikan kesempatan untuk merakamkan kenangan di tapak bersejarah tu. Macam-macam posing ada tapi bukan dekat kita. Ada pada abang. Dalam handset dia. Tak sempat nak ambil. Yang ada pada kita cuma gambar pemandangan kota tu dengan gambar pengantin (kawan abang). Lagi sekali syukur kepada ALLAH SWT kerana memberikan hidayah buat hambaNya iaitu pengantin perempuan yang merupakan saudara baru seislam kita. Alhamdulillah.

Jom kita tengok gambar apa yang ada.............. (nanti nak kidnap gambar2 lain yang ada pada abang lah...hehe)

Pengantin @ Kawan abang (Lelaki)


Beca yang banyak lagu...Maher Zain punya lagu pun ada ^_^

Hai....adik ni termenungkan apa lah tu ye...huuu~



Cantek!!! ^_^


Cantek kan? *_*
Surau tu...yang pakcik tu tgh betulkn beca dia... 

Hehe...tu je lah gambar yang ada. Semua ambil pakai handset kita. Sony Ericsson C510. Tak berapa lawa la.  Seronoknya. Rasa nak ke sana lagi je. ^_^

Oklah. Sampai sini saja untuk entry tentang Melaka ni. Nanti next entry kita nak kongsi pendapat pulak. Tentang "Marah dan Facebook".

Oyasuminasai.

Salam Mujahadah.
Wassalamun'alaik. ^_^

Friday, December 17, 2010

Nak Balik Ke UKM....Rindu Kawan-kawan!

Assalamu'alaikum....

Bismillah....

UKM
Aduh....rindunya nak balik UKM tapi dalam masa yang sama berat hati nak tinggalkan rumah...masa cuti hampir habis...sedihnye....terpaksa berjauhan dengan mak dalam masa terdekat ni selama satu semester lagi...rindu kat mak!!!

boss kita...encik zam ^_^
Barang-barang nak bawa balik tak siap packing lagi...PTPTN pula lambat masuk...adui...terpaksa kerja dulu kat bakeri....eh...bukan memang kerja terus kat sana ke nanti...hehe...semester ni belajar sambil kerja....kerja kat mana? kat mana lagi....bakeri kesayangan UKM la... N Zar Bakeri...sesiapa yang singgah pusanika, singgah la kat bakeri tu ye...tegur-tegur la kita...hehe....haaa....baru jumpa...blog boss kita...encik zam...^_^ http://nzarbakery.blogspot.com... Jemput la ke sana ye... ni gambar boss kita ---->

Tinggal lagi tiga hari nak balik ke UKM dah....tapi Khamis depan kena balik Batu Pahat semula...ade aktiviti dengan ABIM...huuuu~~~duit habis kat tambang je....kena kerja betul ni...

Azam tahun baru dan usia baru next 2011....study tak mahu main-main lagi dah...dah tak nak khayal dengan angan-angan lagi dah...insyaALLAH akan terus istiqamah dalam bermujahadah....mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan...tak mahu kecewakan mak...keputusan semester lepas sangat teruk dan mengecewakan....insyaALLAH, lepas ni nak perbaiki jadual belajar dan kerja....ya ALLAH, permudahkanlah urusan hambaMu ini dan bimbinglah hamba ke jalanMu yang benar....amin~

ajiera, ros, ayu n kita

Oklah...sampai sini je dulu untuk entry kali ni....ajiera!rosliana!ayuni!rindulah kat korang!!!! >_<

sekian...
salam mujahadah...

wassalamun'alaik.... ^_^

Friday, December 10, 2010

Skuad Prihatin Johor

Assalamu'alaikum...

Bismillah...
Hari ini bersama2 adik meneruskan perjalanan ke Kompleks Mustika Embun Johor untuk program Induksi Skuad Prihatin Johor ABIM. Sangat penat dan lapar. Terus pi makan sekejap di Terminal Larkin. Kemudian, kami dijemput oleh Abang Azam, Ketua Skuad Prihatin ABIM Rengit untuk ke tempat penginapan dan lokasi induksi. Alhamdulillah kami selamat sampai.

Antara tentatif induksi skuad prihatin ABIM Johor 2011 :

Tarikh : 11 - 12 Disember 2010
Lokasi : Kompleks Mustika Embun Johor
Pengisisan : Perancangan gerak kerja pada tahun seterusnya dan sesi taaruf bersama ahli-ahli baru

Sebenarnya nak komen apa ye ttg program ni....? Alhamdulillah...semuanya bertujuan mencari keredhaan ALLAH SWT. Semua perancangan adalah untuk membantu mereka yang ditimpa lesusahan. Cuma agak suram kerana kurang mendapat perhatian dan terdedah kepada ahli-ahli yang lebih ramai.

Alhamdulillah pergi dengan adik... Berasa ada teman.... Terima kasih adikku comel... ^_^

Ok lah...sekian je kt sini...nanti update lagi...

Tak sabar rasanya nak mulakan semester baru....Next week, UKM i'll becoming there! InsyaALLAH... ^_^

Sekian...
Salam mujahaddah...
Wassalamun'alaik... ^_^

Sunday, December 5, 2010

Di Kuala Lumpur....rumah Mak Uda

Assalamu'alaikum...

Bismillah....

Dah lebih sebulan tak update blog ni... Dah naik bersawang dah blog saya ni... Adoi... Dah namanya takde internet kat rumah... Camne nak update... Echeewaaahhh.... Walhal dah berapa banyak kali peluang nak update tapi malas punya pasal... Hehehe...

Cuti?? Cuti semester ni paling boring... Bayangkan takde kerja yang adventure untuk dibuat... Hehe... Yelah tu... Macam rajin sangat...

Cuti ni list kerja yang dibuat :
-    Mengajar anak orang
-    Pi tasik Y berjogging
-    Teman adik pi jb, ade temuduga SPA
-    Pi umah mak uda...(gambar nanti upload - bukan gambar ape pun....gambar makanan....hehehhe)
-    tak tau ag nak watpe pas balik dari KL ni...

oklah,...nanti update lain kali...nak sambung makan....(ye je...kenyang ag ni)

salam mujahadah...

wassalamun'alaik. (^_^)