Salam Perjuangan

Tuesday, November 9, 2010

Aku Telah Dikhitbah

Assalamualaikum.

Pasti pembaca sekelian (khususnya sabahat2 yang mengenali diri ini) terkejut dengan berita ini. Mohon maaf kerana tidak memberitahu dan menjemput kalian. TETAPI, minta teruskan pembacaannya..terima kasih.



***************************************
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang gadis. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat ku memakai cincin di kedua tangan di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, dia tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput saya di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan dia yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila awak menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti awak akan tahu..."


Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput saya tau!"


Anis tersenyum megah.

"Kalau awak tak datang pun saya tak berkecil hati, doakan saya banyak-banyak!"


Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Sila-sila, saya puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."



Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.



Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Anis bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Adani bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...


"Dengan kematian wahai anakku.Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..."

Terduduk Anis mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...


"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la dia selalu menangis.. Anis tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Anis masih kaku. Tiada suara yang terlontar.


************************************

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

edited from: iluvislam


notakaki: kisah nih bukan kisah sy. tapi kisah ini adalah kisah kita. kisah kita yang telah di khitbahkan dan di tunangkan dengan maut. bukan nak buat kontroversi atau mereka-reka cerita. namun ini adalah peringatan buat kita semua. hari ini kita lalai dan leka dalam mengejar cinta dan cita-cita yang kebanyakkannya berimpikan dunia. namun kita lupa untuk menabung dalam saham akhirat. negeri yang abadi tempat kita akan kembali. selamanya.

entah bila 'majlis' kita akan di rai. entah bila 'dia' datang menyunting kita. itu rahsia Allah. rahsia yang kita tidak pernah berhak untuk mengetahuinya

Mujahadah? Bukan Mudah Tetapi Itulah Bahagia!

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Mujahadah? Ya, bukan mudah untuk terus berdiri dalam perjuangan ini. Bila diri dan hati terus-terusan diuji. Diuji keimanan ini. Diuji cinta ini padaNya. Lebih-lebih lagi bagi hamba seperti saya, yang dalam proses penghijrahan ke arah muslimah sejati. Mudah lidah membilang cinta padaNya, dan berimankah diri seandainya tak diuji. Bila hati ingin terus menyintai ALLAH, tekad mula dipasang mencari redhaNya, saat itu ALLAH menguji cinta ini dengan pelbagai cara. Ya, adakalanya Dia akan hadirkan dan temukan kita dengan seorang insan yang bernama lelaki (bagi muslimah) atau perempuan (bagi muslimin) untuk diuji sejauh mana cinta kita padaNya. 


Hijrah ini keranaNya. Cinta ini keranaNya. Saya diuji bila saya ditemukan dengan seorang insan bernama muslimin dan saya diuji dengan tohmahan dari insan yang paling rapat mengenai perubahan diri. Hati didatangi perasaan halus menyayangi insan yang tidak halal buat diri. Perasaan merindu tak dapat disangkal. Ingatan padanya tak pernah padam dan menghilang. Saat itu tangisan jadi peneman. Bukan mudah menahan hati. Pedih, perit, sakit, tertekan, gelisah dan risau bila hati tidak tetap pada ALLAH SWT semata-mata. Ya, saat itu air mata jadi peneman. Rasa bersalah pada ALLAH dan takut kehilangan cintaNya menyelubungi segenap hati dan perasaan. Hadir malam memberi ruang merintih minta dibelas kasihan olehNya. Tangisan taubat dan cinta padaNya menjadi peneman. Bukan mudah perjuangan ini. Tapi itulah kemanisan yang bakal dikecapi di akhirat kelak bila semakin hampir padaNya dengan ujian itu. 

Tohmahan dari insan yang terdekat. Mungkin sebenarnya nak kata tohmahan bukan, tapi lebih kepada pertikaian. Oh, manusia! Mengapa harus fikiran kalian begitu? Bukankah kalian sendiri beragama Islam yang berpegang pada keyakinan dan kepercayaan kepada ALLAH? Saya berpakaian begini, bertudung labuh (mini telekung) dan berbaju kurung pada kebanyakan masa, apa yang dibimbangkan diri ini ditindas bakal suami atau sukar mendapat kerja? Berkenaan suami menindas isteri yang bertudung labuh dan sukar dibawa ke mana-mana tempat dengan berpakaian begini, saya rasa pendapat ini sangat salah. ALLAH Maha Pengasih, ALLAH Maha Penyayang, Dia takkan menganiaya atau membalasi setiap kebaikan yang hamba-hambaNya lakukan dengan keburukan. Dia lebih mengetahui. Nasihat kawan, (mantap betul jawapan dia), "kalau abg nak masuk neraka suruh saya pakai baju yang tak sepatutnya, buatlah.". Ya, ada benarnya. Lagipun, muslimah yang bertudung labuh dan berakhlak serta amalan yang baik pasti akan disunting oleh muslimin yang soleh. Klik di sini untuk lagi satu artikel mengenai kehebatan tudung labuh. 

Berkenaan peluang pekerjaan pula, usah risau. Rezeki ALLAH terbentang luas buat hamba-hambaNya yang yakin padaNya dan beramal soleh. Yakinlah padaNya, insyaALLAH di mana sekalipun kaki ini berpijak, disitulah rezeki tetap ada. Berimanlah padaNya, insyaALLAH dipermudahkan segalanya. Usah gentar, usah risau. Sekalipun di akhir dunia, pembelaan ALLAH buat hamba-hambaNya yang soleh tetap ada bersama. ALLAH Maha Pengasih. ALLAH Maha Penyayang. Yakinlah pada sifat keperkasaanNya. Dia lah Pemilik dunia dan akhirat, Pemilik sekalian alam. Pencipta Yang Maha Agung. 

Bersyukurlah jika diuji
Mulanya hati ini tiba-tiba kosong bila dipertikaikan begitu. Hati terguris bila tak disokong untuk berubah pada yang lebih baik. Jiwa terseksa, hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. Tiba-tiba hilang arah bila dipertikaikan sebegitu rupa. Dituduh berubah kerana pengaruh politik!! Ya ALLAH. Berdesup jantung bila dipersoalkan niat ini untuk berubah. Mulanya...."Ya ALLAH! Susahnya aku nak berubah! Salahkah aku berubah?? Apa salahku??" Ya, disebabkan ucapan hati itu diri ini menjadi "lost" buat beberapa ketika. Iman terasa merajuk dari hati. Menjauh dari hati. Nikmat iman terasa hilang seketika. Astaghfirullah. Sewajarnya diri ini bersyukur diuji bukannya merungut begitu. Akhirnya air mata sekali lagi menjadi peneman setia. Memohon ampun di atas keterlanjuran kata hati. Berkenaan berubah kerana politik, tanyalah iman kita. Apakah selama ini kita mengaplikasikan Islam dalam politik atau mengaplikasikan politik dalam Islam? Untuk mengetahui dan membuka minda mengenai politik, kita sepatutnya memahami Islam terlebih dahulu. Nak faham Islam, jadilah orang-orang yang beriman. Fahami Islam dengan iman bukan dengan nafsu!

Di sini, soal lah hati kita. Bersediakan iman kita untuk diuji? Seberapa kerap kita mengingatiNya berbanding hal lain? Seberapa jauh kita yakin dengan janjiNya? 

Yakinlah, setiap perubahan ada ujiannya. Setiap cinta ada ujiannya. Setiap pengorbanan keranaNya ada ganjarannya. Yakinlah dalam setiap langkah menuju redha dan cintaNya, insyaALLAH Dia sentiasa menemani langkah kita. ALLAH Maha Pengasih. InsyaALLAH. You'll find the way. 

Andai ada kesilapan yang menyinggung mana-mana pihak, moga dimaafkan dan tegurlah di mana silapnya.

Salam mujahadah. 

Wassalamun'alaik.

Pendamlah Ia Dalam Hati Kerana ALLAH Bersamamu

hati oh hati
Assalamu'alaikum...
Bismillah...

Entry kali ni sebelum tidur. Ya, sebelum tidur. Malam ni memang tak selesa untuk tidur. Lelapkan mata. Hati memberontak, jiwa bergelodak tapi iman menolak. Agak sakit dan pedih. Kenapa? Entahlah. Apa pun malam ni tidurlah dengan perut lapar dan hati gelisah. Menangislah sendirian dalam pilu dan sakit. Sakit pasal apa? Entahlah. Biarlah sakit ni sendiri. ALLAH lebih tahu. Siapa yang dapat selami hati ni selain Dia? Sia-sia? Biarkan. Orang takde di tempat kita, mereka hanya tahu berkata-kata. Apa yang kita boleh buat untuk tutup prasangka orang? Mulut orang? Biarlah. Hanya Tuhan Yang Tahu. Masalah hati bukannya orang tahu. 

naruto uzumaki
Esok exam kalkulus pembolehubah kompleks. Sangat seronok untuk hadapinya. Tak sabar rasanya. Tapi, sejujurnya memang mujurlah sebelum hati ni jadi teruk macam ni sempat study subjek ni. Sekarang biarlah relax dulu. Buka laptop tengok Naruto. Memang best! Nampak je macam ni, tapi siapa tahu minat ni. Memang layan cerita anime ni. Best! Kadang-kadang menghiburkan. Sekali sekala kena layan otak budak-budak ni sikit. Yang penting jangan khayal sangat dan mengabaikan ibadat. 

Surf internet. Memang ni lah kerjanya sejak balik dari kampung hari tu. Hah... Sejujurnya makin di alam maya ni, makin sakit hati ni. Tak tahu kenapa. Apa persoalannya? Ya, sebenarnya jangan mencari sesuatu yang boleh menyakitkan hati. Tapi langkah ni selalu tersilap. Ya, akan berhenti dari surf internet terutamanya facebook. Entahlah. Semakin lama, semakin tak tenang hati ni bila buka laman web sosial tu. Ah, mesti hindarkan. Biarlah. Kalau ada yang mencari, masih ada blog ni. Bukan merajuk, tapi tak sedap hati. Peduli orang nak kata apa. Asalkan ALLAH mengerti apa maksud hati ni. 

Oklah. Esok nak bangun awal. Tidurlah dengan perut yang kosong sekali lagi. Dah lewat sangat dah ni. Roomate! Balik cepat! 

Salam perjuangan. Semoga hatiku sentiasa bersama denganNya. Amin~

Assalamu'alaikum.

Monday, November 8, 2010

Tarbiyah Hati

Tarbiyah Hati

 Hati perlu ditarbiyah atau dididik bersungguh-sungguh supayamenjadi hati yang hidup,hati yang sentiasa ada hubungan denganAllah SWT,hati yang yakin bahawa kita akan bertemu Allah,hati yang yakin bahawa Allah akanmengira segala amalannya,hati yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah danhati yang takut akan azab Allah SWT.Bermula dari hati….Maka Allah akan merubah keadaanhal sesuatu kaum itu apabila mereka merubah apa yang ada dalam hati mereka.

“carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kamu tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat…seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya…berdoalah kepada ALLAH, pintalah hati yang baru…”

“ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (surah ar-Ra’du:28)



lalu ingatlah; hati yang lapang dan tenang bertitik tolak daripada saratnya muatan IMAN

Hati Menjadi Mati :
Syaqiq Al-Balkhy berkata : Ibrahim bin Adham R.A ketika sedang berjalan di Pasar Basrah dia dikerumuni orang ramai dan bertanya kepadanya.
“Hai Abu Ishaq, Allah telah berfirman : “Mintalah kamu sekalian kepadaku nescaya akan Aku kabulkan”. Tetapi kami sejak setahun berdoa masih lagi belum dikabulkan”.
Kata Ibrahim : “Hai Ahli Basrah, hati kamu sekalian telah mati dan tertutup oleh sepuluh perkara. Bagaimana doa kamu boleh dimakbulkan?
  1. Kamu sekalian telah mengetahui tentang ALLAH tetapi kamu belum menunaikan HakNya.
  2. Kamu sekalian membaca Al-Quran tetapi kamu tidak pernah mengamalkan apa yang ada didalamnya.
  3. Kamu mengakui SYAITAN itu sebagai musuh tetapi kamu masih mentaati dan menyetujui ajakannya.
  4. Kamu mengatakan kamu termasuk umat MUHAMMAD SAWtetapi kamu tidak mengerjakan SUNNAHnya.
  5. Kamu mengatakan kamu ingin masuk SYURGA tetapi kamu tidak mengerjakan apa-apa untuk kesana.
  6. Kamu tidak ingin masuk ke NERAKA tetapi dengan amalan kamu, kamu melemparkan diri kedalamnya.
  7. Kamu mengatakan MATI itu benar, tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk menghadapinya.
  8. Kamu sibuk meneliti AIB teman-temanmu tetapi kamu tidak melihat AIB dirimu sendiri.
  9. Kamu sekalian telah makan dan merasakan NIKMAT tuhan tetapi kamu tidak mahu berSYUKUR.
  10. Kamu telah mengebumikan JENAZAH diperkuburan tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Sebagai Renungan :
Saidina Uthman Bin Affam R.A berkata: “Hamba Allah SWT seharusnya khuatir pada beberapa perkara iaitu :
  1. Rasa takut ketika ditimpa musibah kerana dikhuatiri IMANnya menjadi luntur.
  2. Rasa takut dikala ingin berbuat sesuatu yang dilarang Allah,MAKSIAT kerana ada malaikat yang sentiasa mencatat perbuatannya.
  3. Rasa takut terpedaya dengan hasutan SYAITAN kerana ia boleh menjerumuskan seseorang hingga ke jurang api neraka.
  4. Rasa takut ketika dicabut nyawanya oleh malaikat Izrail kerana belum sempat bertaubat.
  5. Rasa takut akan tertipu oleh kemewahan dan kenikmatan di dunia.
  6. Rasa takut terganggu atau terhalang oleh KEKAYAANnya jika hal itu dapat melemahkan IBADAH seseorang kepada Allah SWT.


Sebab-sebab Kerasnya Hati :
  1. Hati terpaut pada DUNIA serta melupakan AKHIRAT.
  2. Diri menjadi LALAI.
  3. Memilih sahabat dan kelompok yang buruk AKHLAKNYA.
  4. Terbiasa dengan kemaksiatan dan kemungkaran.
Beberapa persoalan untuk menyerdarkan Hati :
  1. Sudahkah anda membaca Al-Quran hari ini?
  2. Sudahkan anda solat 5 waktu pada waktunya?
  3. Sudahkah anda membaca maksurat dan doanya?
  4. Adakah anda menyuruh pada yang Makruf?
  5. Sudahkah anda mencegah yang Mungkar?
  6. Adakah anda bangun solat malam (Qiamullail)?
  7. Adakah anda solat rawatib?
  8. Sudahkah anda bersedekah?
  9. Adakah anda faham, sedar dan yakin dengan Islam?
  10. Adakah anda membaca sesuatu berkenaan dengan Islam?
  11. Adakah anda merasa anda sentiasa dalam perhatian Allah?
  12. Adakah anda sudah betul-betul berazam untuk beristiqamah secara syumul dengan Islam?
  13. Adakah anda telah berdoa?
  14. Sudahkah anda menziarahi jiran, sahabat dan keluarga?
  15. Sudahkah anda menghafal beberapa surah Al-Quran?
  16. Sudahkan anda bersenam untuk hak tubuh anda?
  17. Sudahkan anda berusaha menyebarkan fikrah Islam?
  18. Adakah anda telah mengingatkan diri untuk berjihad?
  19. Adakah anda merasa Izzah ( Bangga ) menjadi seorang Islam dan pendakwah?
Ikhwah yang di kasihi…yang pastinya semua bentuk persoalan ini hanya akan mampu dijawab dengan AMALAN. Wallahualam…
“HASIBUU ANFUSAKUM QABLA AN TUHASIBUU”
“Hisablah diri kamu sebelum diri kamu dihisab”


Sunday, November 7, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )


Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda :"Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

Tuesday, November 2, 2010

Ya, Aku Merindu

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Apa khabar iman kita semua? Mesti sihat ya. Saya doakan semuanya sihat ya. Indahnya pagi. Rasa macam nak pergi ke sebuah taman, untuk bersantai. Mengisi ruangan masa dengan merasai dan menikmati keindahan ciptaan Ilahi. InsyaALLAH, ada masa nanti nak ajak adik atau kawan pergi ke sana. 

Ikut tajuk post kat atas tu. Nampak macam ada maksud je. Maksud di sini, maksud gelodak jiwa. Haaa.... nak cerita tentang gelodak jiwa seorang gadis bernama saya. 

Ya, saya merindu. Tapi rindu pada seorang mukminin. Seorang lelaki bergelar muslimin. Yang bakal bergelar teman hidup ini. Siapa? Wallahu'alam. Siapa kata saya tak cemburu tengok orang lain berpasang-pasangan? Cemburu! Lebih-lebih lagi saya nilahir bulan Januari. Mengikut kajian Dr. Fadzilah Kamsah, personaliti mengikut bulan lahir. Saya ni kuat cemburu tahu! Hehe...

Tapi apa yang saya cemburukan bila melihat pasangan Baitulmuslim yang bahagia. Mereka mencintai bila sudah menikah. Dan apa yang mereka lakukan, nampak manis di pandangan mata saya. Pernah saya ternampak pasangan yang kurang memenuhi tuntutan sebuah keluarga Islam, saya rasa cemburu itu tiada. Seolah, saya rasakan macam tak bahagia melihat mereka. Tapi berbeza dengan mereka yang bertudung litup, di sisi suami yang nampak kejernihan wajah seorang ahli ibadat dan beriman. Rasa gelodak jiwa ni berbisik saja, "Alangkah seronoknya aku di situ. Menikmati kebahagiaan secara halal dan sah. Mencintai insan yang halal dan beriman. Sama-sama mencari redhaNya."

Nak cerita kisah dulu? Rasanya tak payah kot. Cukuplah episod lalu saya simpan sendiri. Cuma, ingin diakui, pernah mencintai dan dicintai. Tapi putus di tengah jalan. Kerana Iman menyelamatkan saya. Kerana Iman berbisik lembut, biarpun lama untuk saya terusik dengan bisikannya tentang kenyataan cinta sebelum nikah ini salah. Ya, tidak salah. Tapi yang salahnya bila keluar berdua, berdating, mengucapkan rindu sayang cinta pada yang masih belum pasti menjadi milik kita? Tidak ke kita sedar, kita mengucapkannya kerap kali tapi kita jarang mengucapkannya pada ALLAH Yang Maha Esa? Ingatan kita hanya pada si dia! Kita banyak terjauh dariNya. Sedangkan hanya Dia yang layak menerima kata-lata cinta kita yang banyak kita ucapkan pada kekasih hati itu. 

Cuba bayangkan. Berapa banyak kredit habis nak call dan mesej dia? Berapa banyak duit yang kita habis untuk dia? Dan bandingkan apa yang kita habiskan bersama si dia, dengan apa yang kita habiskan untuk mak ayah kita? Bayangkan juga, masa yang kita habiskan bersama dia berbanding masa kita habiskan bersama mak ayah kita? Saya takkan bercakap mengenai hal ini sekiranya saya tak pernah merasa. 

Ya, saya pernah merasa. Mak saya pernah berkecil hati bila saya asyik dengan mesej bersama si dia, hingga melewatkan apa yang mak saya suruh buat. Masa saya banyak terabai dengan dia. Mesej sana, mesej sini. Bila dia call, saya masuk dalam bilik. Pernah sekali adik saya tegur, "Akak, mak kecil hati dengan kau. Asal kau balik, mesej dan call saja yang kau layan." Zup! Berderau darah saya. Rasa hiba. Rasa bersalah. Masa tu, Iman berbisik lembut pada saya. "Lihatlah apa yang kau lakukan..." Tapi, masa tu saya masih berkeras hati. 

Hinggalah tiba masa, Iman berjaya memasuki ruangan hati ini. Satu bisikan yang amat dalam. Iman, kepercayaan saya pada janji ALLAH SWT. Ya, Iman lah penyelamat saya. Dan kini, saya bahagia dengan hidup baru. Memang cemburu. Siapa kata tak cemburu. Tapi, saya cemburu nak kahwin. Haha.. Dengar macam gatal nak kahwin. Tapi itulah hakikatnya, disebabkan cemburu, saya berhajat untuk nikah segera. Dari saya cemburu tengok pasangan-pasangan couple, lebih baik saya cemburu tengok pasangan-pasangan yang dah berumahtangga. Lebih-lebih lagiyang terpancar keimanan di wajah mereka. Cuma apa yang saya lakukan untuk mengawal gelodak jiwa ni, saya selalu ingatkan mati. Kematian itu pasti.
Dan bila saya ingat mati, saya rasa diri saya tak cukup dengan amal. Jadi, saya lakukan ibadat kepada ALLAH. Dan waktu itu, timbul rasa keinginan untuk menemuiNya. Menatap wajah Cinta Sejati saya. Berada di sampingNya. Mengecapi kebahagiaan yang hakiki di sana. Di kelilingi bidadara-bidadara syurga. Doa saya, sekiranya jodoh saya bukan di dunia, temukanlah saya dengan kebahagiaan di syurgaNya. Dan saya akan terus bersiap sedia. Walaupun saya tahu saya terasa tidak layak untuk syurgaNya, namun saya yakin janji ALLAH itu benar. Hanya redhaNya yang saya impikan dalam hidup saya. Alangkah bahagianya saya dapat bernikah dengan kematian dalam keadaan tenang dan senyum bahagia. 

ALLAH Maha Pengampun. 

Aku mencintaiMu, ya ALLAH... Akadkan aku dengan kematian dalam keadaan beriman kepadaMu. Amin~

Kepada bakal penghuni hatiku, kudoakan kamu menjadi seorang mukmin yang dirindui penghuni syurga dan jadilah kamu anak yang soleh. Bersama seiring denganku menjadi pembekal kebahagiaan pada ibu bapa kita kala mereka dijemput Ilahi kelak. InsyaALLAH...amin~

Salam Mujahadah. 
Wassalamun'alaik. ^_^

Sesaknya Rasa

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Mula-mula nak taip.... "Nadzirah! Stop it! Don't be like this please... Kenapa? Kenapa perlu kau rasa sebegini sesak dadamu?? Jangan menangis... Menangislah di malam hari. ALLAH Maha Mendengar." Hari ni hampir setiap saat, setiap detik hati dimarahi. Ya, hatiku dimarahi teruk oleh Iman. Iman yang tidak mahu hati ini tersasar dari landasan cinta sejati. Memang wajar aku dimarahi. Wahai hati, mengapa engkau terlalu lemah? Titisan air matamu kerana "hal" itu, tiada faedahnya! Bangkitlah. Janganlah engkau terlalu kecewa dengan sesuatu yang belum engkau ketahui kepastiannya.


Hati wanita. Hati seorang gadis.

Di sinilah permulaan cerita di sebalik segaris senyuman yang tak pernah lekang di bibir ini. Jiwa yang tak siapa tahu betapa kerap ia terluka dan dilukai kecuali Dia Yang Maha Esa.

Ya, hati menangis, jiwa mendesak. Iman...itulah tunggak tahannya hingga ke saat ini. Kerana percaya dan yakin padaNya, aku masih bertahan dengan gelodak jiwa yang tak menentu. Dan, kesannya jiwa semakin hari semakin sensitif. Sukar untuk menahan setiap badai luka yang tiba. Terlalu banyak faktor yang membuatkan jiwa dan hati ini semakin parah menanti retak.

Namun AWAS, hati, jiwa!!! Kalian masih punya Iman! Iman yang tetap berdiri mengiringi kamu! Ya, dia tidak akan kalah dengan mainan perasaan itu! Mainan jiwa yang kacau. Mainan hati yang tipis. Kamu lihat Iman berdiri teguh selagi nyawa masih di jasad ini.

Ya, aku manusia lemah. Hamba ALLAH yang sering leka dan alpa. Dan sering mengulangi kesilapan. Namun, setiap saat takkan pernah lepas lidahku memohon agar aku semakin teguh. Agar aku tidak menangis kerana dunia! Agar aku tak dilukai oleh mana-mana pisau perasaan yang menyakitkan. Mungkin ada hikmahnya aku diuji begini. Wallahu'alam.

Ya ALLAH,
Hanya satu yang hamba pinta,
Jadikanlah hamba muslimah yang solehah,
Agar setiap badai yang melanda,
Hamba akan tetap bersamaMu.

Ya Rahim,
Jadikanlah hamba si penagih rahmatMu,
Kerana dengan itu,
Hamba akan terus mengejar redhaMu.

Ya Ghaffar,
Ampuni hamba sekiranya hamba berdosa,
Menyesali dan menangisi sesuatu yang bukan milik hamba,
Bantulah hamba mendidik hati ini untuk redha dengan setiap ketentuanMu,
Ampuni hambaMu.

Ya Rabb,
Hamba yakin suatu hari nanti,
Akan ada bahagia menanti hamba,
Teguhkanlah iman hamba agar hamba bisa mati dalam keredhaanMu,
Tabahkanlah hati hamba agar hamba bisa tersenyum saat meninggalkan dunia,
Peliharalah jiwa hamba agar hamba bisa sentiasa lurus di atas jalanMu hingga akhir hayat ini.

Ya ALLAH,
Sesungguhnya hamba mendambakan redhaMu,
Sesungguhnya hamba merinduiMu,
Sesungguhnya hamba mahu menatap wajahMu,
Rahmatilah hambaMu ini, redhailah hamba hingga ke akhirat kelak.
Hanya padaMu, hamba bersandar impian dan harapan. Hamba yakin dengan janjiMu, orang-orang yang beriman akan mendapat balasan kenikmatan di akhirat kelak. Dan, impian hamba menatap wajahMu dalam kebahagiaan akan tetap hamba dambakan dan kejarkan.
InsyaALLAH...amin ya rabbal 'alamin.

Alhamdulillah...

Hanya DIA Yang Mampu menenangkan jiwa hamba-hambaNya...

Salam Mujahadah.
Wassalamun'alaik.

Kenapa Perempuan Cantik Pakai Tudung?


1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA NAK TUTUP AURAT...NAK TUTUP SELURUH RAMBUT DIA...NAK TUTUP SELURUH DADA DIA...NAK COVER SEGALA2NYA

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA HORMATI ORANG LAIN.

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN aDA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabTAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabSUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN

14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabSUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDENGAR SURUHAN NABI

16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabDAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebabRAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..
sebabDIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAKDan TERUTAMA sekali DIA TUTUP AURAT SEBAB DIA FAHAM DAN MENTAATI TUNTUTAN SYARIAT ISLAM yang menyuruh agar sekalian perempuan MENUTUP AURAT MEREKA SEPENUHNYA bukan ala2 kadar sahaja-janji x nmpak rmbutFirman Allah swt,

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar DIKENALI (sebagai WANITA ISLAM) supaya mereka tidak diganggu.”
(al-Ahzab: 59)

"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"