Salam Perjuangan

Tuesday, November 29, 2011

Wordless Tuesday

Bismillah...

Assalamu'alaikum...


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


hehehehehehe... <3 SPIDER :p








Jangan Buang Abah!

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

"Amin berikan tiket ni pada abah, nanti sabtu abah naik bas ke stesen bas ya. Sampai dekat stesen, Amin ambil abah," ujar Amin pada abahnya. Semenjak ibunya sudah tiada, abah yang tinggal di rumah usang di kampung seringkali bertanyakan Amin dan kakaknya, Mina. Rindunya hati tua itu pada anak-anak yang tinggal berjauhan di kota. Abah hanya mengangguk dan mengambil huluran tiket anak lelakinya itu. "Baiklah abah, Amin nak balik ke kota. Assalamu'alaikum."

Langkah anaknya itu diperhatikan dengan pandangan yang sayu. Sudah sekian lama anaknya itu tidak menjenguk. Apatah lagi Mina yang sudah berumahtangga dengan jejaka kota, Haikal. Kali terakhir melihat raut wajah anak perempuannya itu sewaktu pengebumian arwah isterinya 2 tahun yang lalu. Semenjak bergelar isteri kepada Haikal, Mina sudah jarang pulang ke kampung. 

Kelmarin, kerana desakan hati yang terlalu rindukan wajah anak-anaknya, abah menguatkan langkah tuanya ke rumah ketua kampung untuk meminjam telefon. Maklumlah, hidupnya hanya di rumah usang yang sudah mula reput, tiada TV apatah lagi telefon. Kata Mina, "Abah tak perlukan TV. Abah cuma duduk dekat kampung je. Nanti nak bayar bil melambung2 pulak." Abah hanya mengangguk lemah mengiyakan kata2 Mina. Amin pun begitu. 

"Assalamu'alaikum, Mina. Abah rindukan kamu, nak," ujar Abah sayu. "Wa'alaikumussalam. Ha, abah. Abah sihat kan? Hmm...Mina sibuklah. Oklah, abah. Ida menangis tu. Mina nak pergi tengok dia. Bye." Klik! Talian dimatikan. Lagi sekali nombor anaknya itu didail. "Mina...." panggilnya lembut. "Ada apa lagi, abah? Mina sibuk ni," jawab Mina agak kasar. Hampir menitis air mata Abah mendengar nada anaknya itu. "Rumah kita nak dirobohkan minggu depan. Nak bina dewan kat tapak tu. Abah takde tempat nak tinggal, nak." kata-kata Abah mengundang resah di hati Mina. Aduh. Nak bela orang tua ni pulak. "Nanti Mina bincang dengan Amin ya. Oklah, abah. Mina sibuk ni. Bye." Klik. Talian dimatikan. 

Abah betul-betul rindukan kamu. 

****

"Amin, kau bagi tiket ni pada abah. Suruh abah datang ke stesen bas kota. Kau ambil je abah nanti," ujar Mina seraya menghulurkan tiket bas kepada adiknya. "Aku sibuk lah, kak. Kau beli tiket, kau lah pergi jemput," bantah Amin. "Hey, aku lagi sibuk. Pejabat, anak kat rumah tu. Aku yang jaga. Kau pergilah jemput." Mereka menolak tanggungjawab itu sesama sendiri. "Rumah aku sempitlah. Aku kan hidup bujang, dengan member. Mana aku nak letak abah? Bisinglah nanti housemate aku!" Amin sudah mula bising. Mina termenung seketika. Beberapa minit mereka berdua membisu, Mina bersuara. "Ha....apa kata kita buat macam ni..............." 

****

Abah melihat tiket di tangannya. Tiket yang diberikan Amin dua hari yang lalu. Hatinya dipaut gembira untuk melepaskan rindu pada anak-anaknya. Langkah tuanya digagahkan ke stesen bas desa yang terletak setengah kilometer dari rumahnya. Berbekalkan kad pengenalan dan duit belanja RM10 dari Amin, Abah mengharapkan peluh yang menitik menahan pancaran matahari itu berbaloi apabila tiba di kota nanti. Melihat wajah Amin dan Mina cukup untuk membayar setiap kepayahannya ke stesen bas desa dengan hanya berjalan kaki. 

****

"Alhamdulillah. Sampai juga aku di kota. Ya Allah, aku rindukan anak-anakku. Berikan aku peluang menemui mereka. Amin," Abah bermonolog sendirian. Langkahnya dilajukan ke arah pondok telefon berhampiran. Sehelai kertas lusuh yang dilipat kecil dikeluarkan dari poket seluarnya. Di atas kertas itu tertulis nombor telefon Amin yang ditulis anaknya itu sendiri. 

Harap maaf. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. 

Hanya suara operator yang kedengaran. Berkali-kali Abah cuba, namun gagal. Akhirnya Abah melangkahkan kakinya ke arah kerusi panjang berhampiran. Abah penat. Penat kerana sudah uzur, penat kerana hatinya terlalu rindu. Akhirnya Abah terlena. 

Sudah seminggu Abah di situ, menanti seperti lelaki tua yang sedang mengemis. Duit yang dibekalkan Amin sudah habis. Hanya tinggal duit syiling sebanyak 50sen untuk menelefon anaknya itu. Keadaan Abah sudah tidak terurus. Kusut, busuk dan kotor kerana terpaksa tidur di kaki lima stesen bas itu. 

Abah mencuba nasib sekali lagi untuk menelefon Amin. Dengan penuh harapan dan rindu yang memuncak tinggi, nombor Amin didail lemah. Perutnya sesekali berkoroncong kerana sejak semalam tidak berisi. Taliannya ada. Hati Abah melonjak gembira. Tiada lagi suara operator yang menyambutnya. Lama. Kemudian....

Harap maaf. Nombor yang anda dail sedang sibuk.

Hancur luluh hati tuanya. Dia cuba positif. Mungkin anaknya itu sibuk. Abah berehat seketika di pondok telefon itu kerana penat berdiri. Tenaganya sudah lemah. 15 minit kemudian, Abah bangun dan mencuba nasib sekali lagi. Kali ini.......

Harap maaf. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.

Menitis air mata orang tua itu. Siapa dia di hati anak-anaknya? Terasa dirinya dibuang begitu saja. Tidak dihiraukan. Deras air matanya mengalir. Seminggu cuba menghubungi dan menanti susuk tubuh anaknya hadir menjemput dirinya. Hampa! Seminggu bersejuk di atas lantai kaki lima menanti anaknya, berkecai!

Malam ini, Abah tidur memeluk beg bajunya kerana kesejukan. Abah sekali lagi tidur beralaskan kain pelikatnya di kaki lima. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Merindui anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh suatu ketika dahulu. Sekali lagi Abah tidur berendam air mata. Wajah arwah isterinya bersilih ganti dengan wajah Amin dan Mina. 

"Amin.... Amin datang, nak? Abah rindukan kamu. Abah rindu sangat-sangat dengan Amin dan Mina. Amin, datang jugak akhirnya. Abah rindukan Amin," susuk tubuh pemuda yang baru sahaja mengejutkannya dari tidur dipeluk erat. "Pakcik...pakcik. Maaf, saya bukan Amin," ujar pemuda itu lembut. Pelukan dileraikan Abah segera. "Kamu siapa? Tadi pakcik nampak anak pakcik, Amin. Dia yang kejutkan pakcik." Menitis air mata Abah saat menyedari yang dipeluknya tadi bukanlah Amin yang ditunggu. Barulah Abah tersedar. Dia bermimpi semalam tidur di rumah Amin dan dikejutkan Amin. Indah sungguh mimpi itu bagi Abah. Semakin deras air matanya mengalir. 

Bahu Abah disentuh lembut. "Pakcik, kat sini sejuk nak tidur. Pakcik dah seminggu di sini ya? Mesti pakcik lapar kan? Mari ikut saya. Kita pergi makan." pemuda itu tidak sampai hati untuk memberitahu bahawa dia adalah pegawai Rumah Warga Emas. Dia mendapat panggilan dari salah seorang pekedai di stesen itu tentang seorang lelaki tua yang tidur dan berkeliaran di situ selama seminggu. 

Abah menolak pelawaan pemuda itu dengan lembut. Pemuda tersebut berusaha memujuk hinggalah kedengaran perut Abah berkeroncong. Saat itu, air mata Abah sudah tidak tertanggung lagi. Tubuhnya sudah terasa sangat lemah. Dan akhirnya Abah tidak sedarkan diri. 

****

"Aku dekat mana ni?" soal Abah kasar saat tersedar dari lenanya. "Pakcik di Rumah." jawab pegawai muda itu sayup. "Mana Amin? Aku tunggu Amin. Nanti kalau aku takde dekat sana, Amin tercari-cari aku pulak. Hantar aku ke stesen bas kota sekarang! Dia dah bagi aku tiket suruh aku ke kota untuk jumpa aku! Aku nak jumpa anak-anak aku!!" Abah meronta-ronta untuk keluar dari bilik itu. "Pakcik....." pegawai itu memanggil dan menahan lelaki tua itu dari meronta. Tiba-tiba Abah pengsan sekali lagi. 

Anakku. Tergamak kau meninggalkan aku di situ menanti dirimu yang tidak kunjung tiba. Anakku, siapakah aku di hatimu? Aku merindukan anak-anakku. Aku menanti dan mencari-cari susuk tubuhmu menjemputku. Seminggu aku menantikanmu, anakku. Siapa aku di hatimu? Abah rindukan Amin... Abah rindukan Mina!

Malam itu Abah tidur berendamkan air mata. Tubuhnya terasa sangat lemah. Lemah untuk terus bergerak dan menghirup udara di dunia ini lagi. Hatinya sudah hancur luluh. Sudah berkecai dihempas Amin dan Mina. 

"Innailillahiwainnailaihiroji'un..."

****

"Encik Amin, Puan Mina. Siapa yang berikan tiket bas kepada Pakcik Yusof?" soal salah seorang pegawai Rumah Warga Emas setelah dapat mengesan waris Abah. Sehari selepas Abah dikebumikan, Amin dan Mina dipanggil ke rumah itu. 

Amin memandang Mina, Mina pula memandang Amin. Akhirnya dua-dua tidak mengaku. "Mana ada, encik. Kitorang tak bagi pun tiket tu. Abah tak bagitau pun nak datang. Manalah kitorang tahu dia nak ke kota." jawab Mina kasar. Pegawai itu hanya menggeleng. Sampai begitu sekali tergamak seorang anak membuat bapanya seperti tiada erti dalam hidup mereka.

Tergamak kau ucapkan begitu, Mina. Abah cuma mahu melepaskan rindu menemui kalian. Ini yang kalian balas. Mungkin rindu abah tiada nilai buat kalian. Abah rindu kalian....abah rindu sangat.... Jangan buang abah dari hatimu, nak....! Jangan buang abah!! Abah rindukan anak-anak abah! Amin... Mina... Terima kasih, nak.... 



Gambar Hiasan



( Cerpen ini ditulis berdasarkan kisah yang pernah terjadi. Dan kejadian ini semakin berleluasa. Soal diri anda, di mana nilai rindu seorang ibu, di mana nilai rindu seorang bapa ?)




Monday, November 28, 2011

Tetapkan Hati

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

BUKAN MUDAH. Itu lah dua perkataan yang boleh menggambarkan keadaan utk terus mujahadah. Ya, bukan mudah! Kekuatan dan keteguhan itu penting. Beribu kali Nad berhadapan dengan situasi macam ni. Kadang2 kita berdiri tegak atas jalanNya, kadang2 kita tersungkur. Pedih dan peritnya hanya ALLAH saja tahu macam mana usaha kita nak melawan setiap bisikan2 noda yang hadir. 

Maaf. Blog Nad bukan lah blog cinta, bukan juga blog lawak. Blog Nad adalah blog yang dititip datang dari hati yang terus mencari cinta hakiki. 

Kebanyakan status Nad di FB banyak yang berunsur nasihat dan perkongsian ilmu, bukan kerana Nad nak tunjuk baik. Tapi tak salah kita nak berkongsi dan bersama ingat mengingatkan kan? Ya, Nad bukanlah baik mana pun. Cuma selagi Nad bergelar seorang yang beragama Islam, Nad akan tetap jalankan tanggungjawab untuk menegur dan menuntut serta berkongsi ilmu. 

Nad pun nak berubah. Kadang2 usaha kita untuk menyebarkan dakwah dipandang remeh dan ada segelintir yang berfikiran, "Kalau nak berdakwah, dakwah lah diri sendiri.". Nad sendiri ada kelemahan bak kata seorang sahabat yang Nad ni mudah buat assumption sendiri. Tapi, adakalanya itu juga hakikat. Ada yang tak suka kita buat baik, kata nak tunjuk baik la pulak kan. Walaupun kadang2 terasa lemah, alhamdulillah, ALLAH hadirkan kekuatan itu secara kiasan. 

Nad terbaca satu blog dan Nad ada kongsikan di FB Nad sendiri. Dari blog AkuIslam. Artikel berkenaan dakwah ni. Ada lima tugas yang ditanggung oleh setiap umat Nabi Muhammad SAW iaitu : 

1. Tanggungjawab atas diri sendiri
= Setiap manusia dituntut untuk memperbaiki diri sendiri. (InsyaAllah...)

2. Tanggungjawab atas keluarga
= Berusaha menjauhkan keluarganya dari murka ALLAH SWT

3. Tanggungjawab atas kaum kerabat dan sahabat terdekat
= Mengajak kaum kerabat dan sahabat terdekat mentaati ALLAH SWT

4. Tanggungjawab atas sesama muslim di sekitar
= Memberi peringatan dan menyampaikan agama kepada penduduk sekitar 

5. Tanggungjawab seluruh manusia
= Khoiru Umat : mengajak manusia kepada kebaikan dan menyelamatkan mereka dari murka ALLAH SWT

Motif sbnr nk tunjukkn masyarakat...sesuai kot. ^_^

Dan Nad sangat tertarik dengan kata2 Imam Hasan al-Basri : 


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan — Imam Hasan al-Basri

Tapi, dalam menjalankan tanggungjawab ni, kita kena seimbangkan juga dengan keadaan. Jangan sesekali kita jadi the haters terhadap si pelaku, hingga mencaci dan memaki bagai pada mereka. Bencilah pada pekerjaan yang mereka kerjakan bukanlah si pelaku. Nasihat biarlah dengan hemah bukan dengan perasaan benci pada si pelaku. Kalau kita jadi the haters pada si pelaku dan mencaci segala, adakah mereka akan terima dakwah kita tu dengan mudah? Malah boleh mengundang sengketa sesama kita. Kebencian makin berleluasa, maka tertawa gembiralah sang iblis melihat pertengkaran dan kebencian antara umat Nabi Muhammad SAW. 

Nad bukanlah baik mana. Sekadar berkongsi pendapat dan ilmu yang dipelajari. Nad tahu, Nad banyak khilafnya. Andai ada kesilapan yang Nad lakukan di luar atau di dalam maya, tegurlah dengan hemah. Nad sedia menerima. InsyaAllah. 

Di sini Nad nak kongsi gambar golongan pendakwah yang diekspresikan dari seorang pelukis berbakat, Syabab Musafir Kasih.

ragam pendakwah di FB ^_^
InsyaAllah, ALLAH Maha Mengetahui. Wallahu'alam. 

Maafkan Nad andai ada yang tersinggung dan berkecil hati dengan setiap titipan kata Nad di blog mahupun di FB. Maaf sekali lagi. Tegurlah andai ada yang tersalah. 

Sekian. Salam istiqamah. 

Wassalamun'alaik. :)

(ade mslh sikit blog ni....so, sikit x mnarik la...maaf..)

Wednesday, November 23, 2011

Senyumlah Saat Kau Terluka

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah... Aku terluka hari ini. Tak bererti aku berdukacita tanpa henti kerananya. Ya, Allah lah Pemberi Kekuatan yang aku dambakan. Ya, senyumanlah pengantara kekuatan itu. Maka, dengan nikmat bibir yang tercipta ini, aku ukirkan senyuman semanis dan seikhlas mungkin agar mereka tidak boleh membaca apa yang tertulis di hati ini. 

Alhamdulillah... Aku diuji kerana DIA Mengasihi. 

***************************

Mood bola sepak!!! Lupakan yang kat atas tu seketika. Lebih baik mengadu pada Allah. ^_^

Malaysia!!! Harimau Malaya menentang Syria ini malam. Mudah-mudahan kejayaan menjadi milik pasukan kesayangan kita ni ek. InsyaAllah. Sorry Harimau Malaya, saya lambat sikit turun tengok korang main. Nak selesaikan perkara yang lebih wajib dulu ok. (Hahaha...mcm lah diorg dgr ape Nad cakap kn?hehehe)

Oklah, kawan2... Jom, kita utamakan dulu yang wajib kemudian, kita pakat sokong ramai2 Harimau Malaya kita yang mengaum2 tu ek. Daaaa... After match, I'll update the blog. Laporan khas dari BudakKecik. ;-)

Wassalam. ^_^

Monday, November 21, 2011

Harimau, Garuda, Penalti, Baddrol, KF, Asra, Fakri

Bismillah...

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah...!!! GOAL! (dituju khas utk Fakri) GOAL! (dituju khas utk Asra) GOAL! (dituju khas utk Baddrol).

Ahmad Fakri
Gol yg mbawa HM ke final!

Asrarudin Putra
Gol penyamaan hingga ke min120 (final)

Baddrol Bakhtiar
Gol kemenangan utk sepakan penalti (final)
Alhamdulillah sekali lagi atas kemenangan yang kita perolehi dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011. Gold are ours!!! Syukur. ALLAH SWT Maha Adil. Walaupun kita diasak dan diserang secara psikologi, namun kekentalan dan ketabahan itu ALLAH pinjamkan buat pemain-pemain Harimau Muda Malaysia. Bukan mudah nak bermain bawah laungan pekikan sokongan 100 000 ok, bukan sepuluh (tak terlawan kita, 100 pun kita tak cukup kot...huhu) pasukan lawan. Hebat tu bro! Bukan calang2 orang boleh berdepan dengan serangan mcm tu. Tapi apa2 pun, usaha dan doa kita dimakbulkan ALLAH untuk baham kemenangan ni. 

Harimau VS Garuda
Dipetik2 dari status FB abang Nad, Bobby Aryn ttg gol pengikat Aum! Aum! dgn Garuda (x tau bunyinye cmne...huhuhu). 

Smart!
Kebetulan? Atau Suratan? hahahaha...mcm lagu dah. Tapi mmg jelas lah kan? Hehehe... Sengit memang sengit! Sampai sakit anak tekak ni menjerit2 tgk bola. Haha...semangat habis! Sampai tak terfikir, jerit2 suruh sepak situ sana bukan diorg dengar pn kan? Hahahaha... 

Bukan mudah nak bermain. Bertahan sampai ke minit ke 120 tu bkn kerja senang babe. Susah. Kalau Nad la kan, memang tak sampai 30 minit nak pusing2 satu padang tu dah semput kot. Hahahaha... Kental tau pasukan kita. Pemain yang masuk padang pun pemain yang main dari awal2 game dengan pasukan2 lain tau. Bukan ramai kita punya pemain. Tengok je la tadi, ganti pun tak seramai Indonesia punya player. Gagah betul team HM! Hehehehe...

Dah separuh masa kedua dan extra time 30min pun dah jelas lagi bersuluh2 kepenatan kt muka player2 kita. Tapi masih bertahan sampai ke minit akhir yang menyumbang kemenangan pada kita dalam waktu penalti!!! Syabas!!!!

Penalti
Keeper : KF
Meh2... waaahhh, Apek...! Wa manyak suka sama lu punya style jaga itu gawang gol meh...! Sangat cekap wa cakap lu. Hahahahaha...jangan marah ek... Nad cuma gurau jek. Muka Apek serius mcm orang cina. Eh, lebih pada org Jepun kot. Hahaha... Ape2 je la. Tapi kecekapan dia memang tak boleh disangkal lagi. Keeper terbaik Malaysia, mmg Apek boleh pegang. Keep it up bro! (hahahaha...cakap berapi. Macam la mamat tu baca aku punya blog nih...haha)

Gol kemenangan : Baddrol Bakhtiar!!!!!
Yeah! Laju bola Baddrol, even ditolak keeper Indonesia, golek2 bola tu memang CHANNTEEEKKK masuk gol! Hehehe...time ni la suaraku hilang. Hahahahamboi! Anak dara terpekik, ingat baguih la tu? hahahahaha...semangat beb, semangat! :'p

Bola tu main golek2...2 yg x boleh thn...hehe..

Asra dan Fakri
Gol pengikat : Asrarudin Putra
Cantekk!!! Garuda ceroboh gawang kita ikut udara, kita pulak ceroboh ikut darat! Memang terbaik! Harimau dan Garuda! Dah tu dua2 guna tandukan kot. Hehehehehe...apakah ini suratan atau kebetulan? (sambil bermelodi2 dlm hati...haha). Kerajinan dan kesungguhan Baddrol untuk gol pengikat kita pun memang tak boleh disangkal lagi. Kapten terbaik lah, bro! hehehe... Asra --> kepala emas Malaysia. Hehe...suka suki je nak bagi gelaran ek. Hahaha... Sori Asra. :]

Gol yang membawa HM ke final : Ahmad Fakri
Segelintir kita ada yg mengutuk mamat nih punya permainan utk final ni. Tapi walau apa pun, jangan lah kutuk. Tanpa usaha dari dia menyumat gol dalam gawang Myanmar, tak jumpa punya kita dengan Indonesia kat final. Its ok nak kritik2 pn, tapi jangan lah sampai guna bahasa2 kasar. Kritik secara hemah la. Kan? Apa pun Fakri hebat! Ok? (Fair n Lovely...eh...salah...fair n square...huhu)

Harapan
Macam yang kita tau, banyak suara2 yang tak enak nak dengar pertikaman lidah antara dua negara ni, Malaysia dan Indonesia. Mudah2an dengan kemenangan ni, ada hikmah yang tersirat. Mudah2an terbuka pintu hati kita semua, Malaysia mahupun Indonesia menerima dengan penuh redha dan aman semula bersama satu hari nanti. Kadang2 tengok ada kalangan kita yang suka bertikam lidah sedangkan kebanyakan kita ni saudara seagama, Islam yang memang membawa kepada kedamaian kan? So, tak mau lah kita berpecah belah. Saling menerima. (Huhuhu...kang jgn ade yg serang aku sudah...berceramah lak kn...huhu)

Then, apa2 pun. Alhamdulillah atas kemenangan pasukan Harimau Muda. Aum! Aum! Aum! Team Indonesia pun best! Bagi saingan yang cukup sengit dan hebat. Berbisa diorang ni. ^_^ 

Harimau Muda VS Garuda Muda

Ni kawan ade serangkap pantun utk HM dan serangkap lagi utk GM.

Harimau Muda
Belang-belang kuning hitam,
Bengis-bengis sangat garang,
Harimau Muda pasti menerkam,
Pastikan lawan terus kecundang.

Garuda Muda
Sayap gagah terbang tinggi,
Paruh tajam gerun sekali,
Usah geram pada kami,
Esok lusa jumpa lagi. 

Peace! Adat pertandingan, mana ada tempat pertama ada dua kan? So, next time insyaAllah kita sama2 bersaing secara aman ok! Aman untuk semua. Senyum sama2!!! ^_^

Comel tak rimau Nad? Nama dia, MOMI. Heheh

Sekian ulasan dari Pengulas Sukan TAK Bertauliah dari saya, Cik Siti Si BudakKecik. Hahahahaha...daaa...

Wassalamun'alaik. >_<



Sunday, November 20, 2011

Gejala Gambar Tuuuuuuttttttt Di FB

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Kabarewa? (hahaha...jawa+jepun punya bahasa ni) Anyway, pasal entry sebelum ni banyak sangat singkatan Nad guna. Sorry sangat. Tengah stress+serabut yang amat lah masa tu. Huhuhu. Pada kawan Nad tu, maaflah. Nad memang kecewa. Tapi macam mana Nad nak luahkan sedangkan tak terluah rasanya. Kadang2 rasa dipersalahkan pulak. Dahlah. Tak nak touching2 lagi dah. 

waaarrgghhhh!!!makang budok!!!hahaha

Ok, berbalik pada tajuk entry kali ni. Nampak tak ape yang Nad taip tu? Haha. Sekarang ni sape yang tak nak mengaku tak pernah terkena dengan fenomena gambar2 TTTuuuuuuTtttttttttttttttt dalam FB kan? Nad dah berapa kali kena. Tapi yang pening nye, sesapa yang terkena dinasihatkan jangan komen la gambar2 tu. Sakit oooooooOOOo mata tengok. Tahu korang terkena, sebenarnya lebih baik diamkan dari komen kat gambar tu. Nanti aktiviti komen2 korang terkeluar kat wall member2 korang. Wahhhhh...lagi teruk tu. Diorg saja nak suh korang komen bior orang lain boleh tengok benda2 tu. 

buruknyeeee lukisan aq??!!!haha
Pedihhhhhh kot mata Nad tengok klu ada member yang terkomen gambar tu. Terpampang jelas lagi nyata kat depan Miss MIMO Nad ni. Kesian Mimo. WuuuuUUU~~ kalau nampak ada orang terkena virus tu, korang jangan komen. Diam, remove dari wall sudah. Jangan gatal2 tangan komen. Nanti lagi ramai yg tengok gambar tu. Uit2...malu nih nak tengok. 

hati2!!!!!
Diorang saja nak perangkap korang. Just beware of their trick. Aish...yang buat keje tu pun...tolonglah ingat pembalasan yang pasti dari Allah. Nad bukan nak ceramah ok. Cuma Nad concern dengan fenomena ni. Kesian kat orang yang tertengok dan orang yang diaibkan tu (walaupun memang diorg yang *baik hati* nak share *ape yg ada*), aduh.... Banyak fitnah tersebar dengan virus ni. Hmmm...

Kawan2, please ok. Hati2. Jangan mudah terperangkap dengan permainan insan2 *baik hati* ni. Takpe. Tak baik kita doa teruk2 kat diorng. Semoga mereka yang *baik hati* ni diberikan hidayah Allah. Amin...

Oklah. Nad sayang kamu, dia dan semua lillahita'ala.  :')

Sekian. Salam prihatin. ^_^

Wassalamun'alaik. 

Ada Aku Kisah??

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Sarcastic tak ayat aku? Haha...hari ni hari meluahkan segala yang terpendam. Sorilah... Dah lama tak hapdet blog sampai bersawang thp rumah EEEEeeeeheheheheeeeee. Oklah. Dah lama aku pendam sampai naik berkulat hati aku ni ha. Yep. Aku kecewa. Tapi ada aku kesah? Relax lah. Maafkan je lah orang nk buat ape kan dkt kau kn. Biarlah orang nk buat ape pn. Lantak dia lah. Aku terluka, kecewa, YES!!!! Be my friend and hurt me a lot, I'm totally fine. Dah biasa dah. It's ok lah. Never mind. U r not looking at me as ur precious friend. Everything I'd done totally nothing. Isn't it? 

Haahahahaha... aku ok lah. Relax sudah. Aku masih terima kau siapa. Jangan risau lah. Coz for me, u r my precious friend. Ahhh...ape lah yg aku fikir. 

Cuma satu je soalan aku. Hm...salah ke aku menegur? Salah ke aku nk spend msa dgn kau? Salah ke aku minta sikit perhatian dari kau? WHAT THE DUCK? (sori ek...aku tak mencarut tu tau...huhuhu)

hmmm...sabor je la...cheer beb...

Pehhh...sabar aku ade had nye babe...dari muka nmpak ayu, bahasa nmpak lembut, ada aku kesah nak letak ayat2 mcm ni? Hati aku menangis babe... tapi aku xnak sesekali menangis dpn kau. Aku nak marah kt kau? Depan kau? Sori la...bukan aku tu. Aku pendam sorang sudah. Kat blog ni aku nak taip ape pn xpelah. Kan? Aku tau kau xkan bukak blog aku neh... ade aku kesah??  

Tolong jangan ego dlm persahabatan atau perhubungan. Kelak, boleh terputus silaturrahim yg dibina. Nothing i can do to make everyone satisfied. I'm just a normal girl. Not a perfect one. 

Dah slalu aku kena mcm ni. Entahlah. Xde ong kot aku ni nak jmpa org yg blh fhm aku btl2. Xpelah. Aku redha la. Ok fine. Dahlah, mengarut lebih2 kang meleleh air mata aku ni. Sebak lak rsa. Hmm... I don't know what to do anymore. Maybe i should step back from u. Huh?

Sekian. Sakit mata tahan air mata ni dri kluar. Cukuplah aku mengarut ni. Aku nak lari2 pusing sati malaysia boleh?? Berjauhan sikit dari kekusutan yg dtg ni? I'm not running from the problem k. I'm just need some time to think and calm. ~_~

Wassalamun'alaik.