Salam Perjuangan

Sunday, March 10, 2013

Secebis Titipan Bahagia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Secebis Titipan Bahagia

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Terkelu aku menerima berita titipan bahagia dari-Mu, Kekasihku,
Benar janji-Mu,
Atas jalan yang Engkau redhai,
Bahagia sentiasa menanti. 

Titipan bahagia ini,
Menggerakkan jemariku mengekpresi debaran hati,
Titipan bahagia ini,
Mencuit rasa terharu,
Menitis jernih air mata kerana kebenaran janji-Mu.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Setiap redha yang Engkau titipkan bagiku,
Permudahkanlah dengan kekuasaan-Mu,
Tunjukkanlah jalan kebahagiaan setelah titipan ini Engkau kirimkan,
Selagi redha-Mu menjadi dorongan.

Sesungguhnya segalanya cumalah milik-Mu,
Hanya kepada-Mu kupinta kebahagiaan,
Tunjukkan aku bahagia di atas bahagia,
Bahagia mencintai-Mu. 

*In shaa ALLAH....*





Wassalamun'alaik.             

Sawang-sawang Kemalasan

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Apa khabar iman? Alhamdulillah...in shaa ALLAH semoga iman sentiasa sihat wal'afiat. Saya pun alhamdulillah sihat. Dah lama sangat blog ni tak berupdate. Dah cukup bersawang. (T_T)

Kerana kekangan waktu, blog yang dulunya kerap juga di"update" sekarang sudah bersawang dek kerana malas dan sibuk memanjang. Alhamdulillah. Hari ni saya ada masa terluang sikit. Jadi nak update sikit dan buat sedikit perkongsian. Saya dah mula praktikal. Alhamdulillah, buat masa ni pelajar masih menghormati saya. Sekarang takde kelas, jadi saya boleh lah merajinkan diri update blog kejap. (^_^)



Saya nak kongsikan sikit pengalaman mengajar kat sekolah tempat saya praktikal ni. Sekolah ni sekolah kluster. Jadi, mudahnya masalah disiplin dekat sini tak teruk mana. Cuma budak2 nakal tu normal lah. Pelajar2 kat sini semua terpilih. Alhamdulillah. Walaupun banyak aktiviti dan penat, tapi perasaan seronok mengajar tu tetap menyubur dalam hati. Lebih2 lagi bila, pelajar pun dapat beri kerjasama yang baik dengan kita kan? 

Yang kelakarnya, bila pelajar keliru saya ni nak kena panggil "cikgu" atau "ustazah" (sebab saya pakai tudung labuh). Bila bertembung je, ada yang panggil ustazah, cuma yang tahu saya mengajar matematik saja yang panggil cikgu. "Assalamu'alaikum, ustazah." ucap pelajar A, "Eh, cikgu lah. Cikgu ajar math." potong si kawan A. "Cikgu ajar ustazah ke?" tanya pelajar A. "Panggil lah cikgu "cikgu" ke "ustazah" ke, maksudnya tetap sama, sayang." jawab saya. Dalam hati saya mengaminkan saja panggilan pelajar2 ni. Alhamdulillah. (^_^)

Bila pelajar rapat dengan kita, baik dengan kita, suka belajar dengan kita, bererti pelajar sudah sayangkan kita, percayakan kita. Alhamdulillah. Cara saya mengajar, biar JELAS, TEGAS dan SANTAI. Bergurau2 juga, tapi masa belajar wajib FOKUS. Kerja rumah itu amanah. Jadi saya sentiasa mengingatkan mereka tentang itu. 

Baru tadi saya membebelkan mereka tentang kerja rumah dan amanah. Terdiam pelajar2 saya, nada saya agak tinggi tapi bukan marah. Saya betul2 menegur mereka. Akhir bebelan saya, saya minta maaf. Alhamdulillah, mereka beri respon yang baik dan faham. (^_^)

Ok lah. Ni je nak kongsikan dulu. Experiences are expensive. Betul kan? (^_^)

Dengan ini, sawang2 kemalasan sudah dibuang dari blog saya. Saya dah update blog semula. Alhamdulillah. ^_^

Sekian, wassalamun'alaik. 

*Ada sorang student saya suka bergurau tapi semangat nak belajar. I LIKE!!!*

Saturday, May 26, 2012

Tudung, Kopiah dan Ego

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Engkau masih memberikan aku kesempatan untuk terus bernafas dan berusaha memperbaiki kelemahan itu sekalipun ianya sering berulangkali berlaku. Astaghfirullah al-'adzim. 

Tudung, Kopiah dan Ego. Tajuk... macam kontroversi je kan. Agak2 dah boleh bayangkan tak apa yang Ziera nak cakap? Apa yang Ziera nak sampaikan ni, jadikanlah ianya sebagai pengajaran dan pedoman buat kita semua. Rendahkan ego kita untuk menerima nasihat dan teguran seorang manusia bernama Rakan/ Sahabat. 

A - seorang lelaki yang terkenal dengan gelaran "ustaz"
B - seorang perempuan yang bertudung labuh, selalu berusrah boleh dikategori "ustazah" 
C - sahabat2 "ustaz"
D - sahabat2 "ustazah" dari kumpulan yang lain
E - hamba ALLAH yang lain (lelaki mahupun perempuan bergantung pada situasi)
(pening jugak bila kategori2 ni bercabang2...huuu)

Situasi 1
B pergi ke kelas. Hari ni dia tidak memakai 'handsock' kerana semuanya kotor (memang tak dapat elak). Masa kat kelas A terperasan yang B tak pakai 'handsock'. Maka......
A : Eh, ustazah B tak pakai 'handsock' lah...isk2...
C : Haah lah... hmmm...
A : Tak istiqomah... cerah warna kulit...
C : Haha...sempat kau tengok ya?

- Awak nampak aib orang, awak jadikannya sebagai tajuk bualan? Awak tahu kan itu salah satu situasi mengumpat? Dan awak buka aib orang lain? -

 
Situasi 2
B berjalan ke kafe. Dan dia ditegur seorang classmate lelaki. 
E : Assalamu'alaikum, ustazah B! 
B : Wa'alaikumussalam, E!
Kumpulan D ternampak situasi itu. Setelah E berlalu...
D : Eh B, awak tak boleh buat macam tu lah. Jaga pandangan, tak elok mesra macam tu dengan lelaki. Salah tu...! (mata tengok jeling2 tak boleh blah lagi ek...)
B : Eh? Saya cuma menjawab salam yang diberi... 
D : Ish2...

- Awak... perlu ke? Macam tu ke nak tegur nasihat orang? Dan nasihat tu kena pada tempatnya ke? -

Wekk...jelinglah...biar juling! x[
 Situasi 3
Setelah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh B, dia dipinggirkan. Seolah-olah dia tiada peluang untuk memperbaiki diri. Pandangan mata dan layanan semakin berbeza. Seolah-olah lahirlah kelompok Mr. Perfects dan Miss Perfects dalam kalangan ustaz dan ustazah ini. Yang bersalah perlu dijauhi. B tertekan kerana tidak diberikan peluang, dia terkapai2.
B : Aku salah, tapi kenapa aku dipinggirkan? Macam ni ke Islam mengajar umatnya untuk berdakwah?  
Dalam dia keseorangan, dia ditegur mesra oleh seorang manusia yang berbeza ideologi dan kepercayaan. Dia ambil berat, menyampaikan nasihat, pendengar yang baik. Dalam masa yaang sama dia menyampaikan dakyah yang meresap ke dalam hati B secara halusss. Maka......... kepercayaan B telah dipesongkan. 

- Perlukah menjadi terlalu ego hingga merasakan diri anda perfect dan tidak boleh menerima kesalahan? Tidakkah anda rasakan kelompok2 yang masih terkapai2 itu perlu didekati bukan untuk dihinakan dipinggirkan? Apakah seorang yang bertudung labuh jika terlihat salahnya itu, dia akan disalahkan secara berterusan. Maksudnya kalau dah tudung labuh, "TIDAK DIBENARKAN MELAKUKAN KESALAHAN"? -


Sedarlah wahai sahabat. Adakala diri terasa baik, sebenarnya kita masih banyak kekurangannya. Adakala diri terasa banyak ilmu, sebenarnya ilmu itu baru setitis dari air laut umpamanya. Saat ego merajai hati meminggirkan mereka yang kamu rasakan TIDAK SETARAF, kamu menyerahkan mereka yang perlu dibimbing itu ke mulut naga untuk diNGAP! Jadi, renung2kan dan selamat beramal. Bukan semua yang macam ni, tapi kalau nak berdakwah Ziera rasa better kita buat kelas Psikologi untuk memantapkan dakwah yang berkesan. No one in this world is perfect, this word PERFECT is just for ALLAH SWT. He justified you, He judge you. Only ALLAH. Kita manusia, lengkapi hidup dengan peraturan dan gaya hidup acuan al-Quran dan al-sunnah. ALLAH tak suruh pun kita pandang rendah pada orang lain, Nabi Muhammad s.a.w tak tinggi diri dengan martabatnya sebagai kekasih ALLAH. Kita??? Tepuk dada tanya iman... :)

Berkawan biar ramai. Pilih kawan untuk membimbing kita ke jalanNya dan jadi kawan pilihan kepada mereka yang inginkan bimbingan. Enjoy your friendship lillahita'ala. ;)

Tertarik dengan quote ni...
Jom muhasabah diri! Maaf andai ada yang tersinggung dengan tulisan Ziera. Ziera masih banyak yang perlu diperbaiki. Mohon maaf dan doa kalian untuk Ziera dan mereka di luar sana untuk menjadi hamba ALLAH yang soleh dan solehah. InsyaALLAH. Sekian untuk Tudung, Kopiah dan Ego. With love~~ (^_^)

Wassalamun'alaik.  

Pertemuan Persahabatan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Hari ni dapat berjumpa dengan sahabat kesayangan, Azizah Qosamah. Banyak yang dibincangkan sebagai ilmu. Macam2 cabang ilmu yang dikongsi. Berusrah bersama Big Apple di The Mines. 

Alhamdulillah. Terubat rindu di hati pada sahabat kiut comel yang seorang ni. Hee.. perkongsian yang menarik, perbincangan yang hangat di pasaran gitu.

pinjam gambar orang sat...hehe

Sampai je The Mines, makan. First time merasa takoyaki. Subhanallah, sedap! Makan panas2 sampai melecur lidah. Haaaa... tulah gelojoh sangat. Tukang masak takoyaki ni memang hebat. Terkagum seketika melihat hasil kerja dia. Lepas makan takoyaki, naik food court makan yang berat pulak. Di situlah bermula usrah kami. Kemudian beralih tempat ke Big Apple. Nyum2. Berusrah sambil bermanis2an. Memang syiokk!! Heee...

Gigitan kami...hehehehe...lembut! :a
Terima kasih, Azizah. Kerana menjadi sahabat di kala Ziera memerlukan. Menjadi sahabat di waktu Ziera kegembiraan. Syukur ya ALLAH atas kurniaanMu ini. Semoga ikatan persahabatan ini membawa kepada jalan ALLAH dan mendapat rahmat keberkatan dari Yang Maha Esa. 
 
we snap each other...hehe
My bestie... :)
1st time pegang BB. Jakun! haha
Alhamdulillah...happy!

Balik dari UPM selepas hantar Azizah, terus ke KTHO, UKM. Layan gelak dengan Mr Aqmal, Miss Chan, Mr Paan dan Mr.........errr...tak tahu nama. Tak clear korang sebut nama tadi. Hehe...sori. 

Hari ni, alhamdulillah diberi keizinanNya untuk melepaskan seberapa banyak tekanan dengan kehadiran para sahabat dan rakan yang sporting dan sempoi. I feel happy today. Alhamdulillah, ya ALLAH.  

Next time kita ketemu lagi, sahabat. Sayangkan kamu kerana ALLAH. Subhanallah...!

Sekian untuk Berusrah Big Apple. Heeee... Love~

Wassalamun'alaik. ^_^ 

Friday, May 25, 2012

Sahabat dan Kawan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah dikurniakan kesempatan untuk terus bernafas dan merasai nikmat ALLAH. Selamat pagi sahabat2 dan kawan2 yang dikasihi dan dirahmati ALLAH SWT. Hari sabtu macam ni selalunya ramai antara kita yang takde kelas ataupun bekerja (bagi kakitangan kerajaan). Apa kata kita gunakan masa ini untuk siapkan assignment (untuk mahasiswa/i) dan kerja2 rumah (yang duduk rumah). Kemudian, lapangkan sedikit waktu untuk berusrah ilmu akhirat. Selama seminggu kebanyakannya kita gunakan untuk ilmu duniawi dan mencari rezeki. Tak nak mengaku? Jom cuba imbas balik masa yang berlalu untuk muhasabah diri. Kejarlah akhirat, maka dunia yang akan mengejarmu. ^_^

Tajuk post kali ni Sahabat dan Kawan. Apa bezanya ya? Bagi Ziera maksud dua perkataan ini ketara berbeza kerana erti tersiratnya. Bagi Ziera kedua-duanya memberi impak yang berbeza dalam kehidupan seharian seorang manusia. 

Kawan 
Ramai. Orang kata hilang satu, ramai lagi yang tunggu. Kebanyakannya hadir apabila senang, tinggalkan apabila duka. Dan bila konflik terjadi antara mereka, maka lidah tiada traffic light untuk mengata dan membuka cerita. Telinga yang mendengar mudah terpengaruh hingga terjadi pertelingkahan dan meminggir secara tak langsung. Apabila ditegur, bermasam muka. Apabila bertelingkah, terus putus hubungannya.

Sahabat 
Sedikit. Hilang satu, sukar untuk mencari sama sepertinya. Terbina ikatan kerana ALLAH. Hadir di saat kita suka mahupun duka. Dan bila konflik terjadi antara mereka, maka lidah terkawal untuk membuat keputusan, iman dan taqwa mengawal keadaan. Kemaafan mudah dihulurkan, kasih sayang indah tersemai. Telinga yang mendengar mencari kebenaran. Apabila ditegur, menerima seadanya. Apabila bertelingkah, cuba muhasabah. 

Sayang kamu kerana ALLAH. ^_^
 
Apabila iman memandu dalam persahabatan, bila dikhianati kita masih mendoakan. Masih mampu untuk memaafkan. Sekalipun pada pandangan kasarnya seperti terputus ikatan, namun hati masih redha memaafkan. Indah bersahabat kerana ALLAH, tenang meredhakan kerana ALLAH.  

Dan janganlah apabila bertelingkah, kita memburukkan keadaan. Menceritakan keburukan, memutuskan ikatan. Berdiam diri itu lebih baik untuk mengawal. Bukankah apabila diceritakan keburukan seseorang itu (kawan) kepada orang lain sama seperti memburukkan keadaan diri sendiri. "Dia cakap kawan dia macam tu, tak mustahil dia pun akan mengata aku macam tu kalau ada salah faham nanti.". Jadi, hati-hatilah ketika berbicara. Satu keburukan kamu nampak pada seseorang itu, mungkin seribu kebaikan yang orang lain nampak tentangnya. 

Jom doakan kebaikan untuk sahabat mahupun kawan. :)


Dengan ini, Ziera memohon seribu kemaafan dalam ikatan persahabatan andai ada kesilapan Ziera itu sukar untuk dimaafkan. Ziera takkan pernah sempurna, takkan pernah lari dari kesilapan. Ziera hanya manusia biasa, yang mungkin ada boleh menerima dan tidak mampu menerima diri ini seadanya. Andai kesilapan itu menyakitkan, mohon dimaafkan. Semoga lidah kita terkawal untuk mengatakan sesuatu keburukan antara kita. InsyaALLAH semoga ALLAH merahmati kalian semua. :)

Sekian untuk Sahabat dan Kawan. Sekiranya ada yang terasa hati, tersinggung dengan tulisan ini, mohon dimaafkan. Menegur kerana sayang, menegur kerana kekhilafan diri, menegur untuk muhasabah diri. Kalau saya salah, perbetulkan. Kalau kamu salah, saya juga akan perbetulkan. Bukankah indah menjalin persahabatan kerana ALLAH? Sejujurnya tiada tenaga negatif akan melingkari sesebuah ikatan itu. InsyaALLAH. ^_^ 

Ini hadiah dari seorang sahabat tersayang Ziera. Dia sangat gemar ambil gambar dengan DSLR dia tu. Hehe...
Wassalamun'alaik.