Salam Perjuangan

Friday, May 25, 2012

Sahabat dan Kawan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah dikurniakan kesempatan untuk terus bernafas dan merasai nikmat ALLAH. Selamat pagi sahabat2 dan kawan2 yang dikasihi dan dirahmati ALLAH SWT. Hari sabtu macam ni selalunya ramai antara kita yang takde kelas ataupun bekerja (bagi kakitangan kerajaan). Apa kata kita gunakan masa ini untuk siapkan assignment (untuk mahasiswa/i) dan kerja2 rumah (yang duduk rumah). Kemudian, lapangkan sedikit waktu untuk berusrah ilmu akhirat. Selama seminggu kebanyakannya kita gunakan untuk ilmu duniawi dan mencari rezeki. Tak nak mengaku? Jom cuba imbas balik masa yang berlalu untuk muhasabah diri. Kejarlah akhirat, maka dunia yang akan mengejarmu. ^_^

Tajuk post kali ni Sahabat dan Kawan. Apa bezanya ya? Bagi Ziera maksud dua perkataan ini ketara berbeza kerana erti tersiratnya. Bagi Ziera kedua-duanya memberi impak yang berbeza dalam kehidupan seharian seorang manusia. 

Kawan 
Ramai. Orang kata hilang satu, ramai lagi yang tunggu. Kebanyakannya hadir apabila senang, tinggalkan apabila duka. Dan bila konflik terjadi antara mereka, maka lidah tiada traffic light untuk mengata dan membuka cerita. Telinga yang mendengar mudah terpengaruh hingga terjadi pertelingkahan dan meminggir secara tak langsung. Apabila ditegur, bermasam muka. Apabila bertelingkah, terus putus hubungannya.

Sahabat 
Sedikit. Hilang satu, sukar untuk mencari sama sepertinya. Terbina ikatan kerana ALLAH. Hadir di saat kita suka mahupun duka. Dan bila konflik terjadi antara mereka, maka lidah terkawal untuk membuat keputusan, iman dan taqwa mengawal keadaan. Kemaafan mudah dihulurkan, kasih sayang indah tersemai. Telinga yang mendengar mencari kebenaran. Apabila ditegur, menerima seadanya. Apabila bertelingkah, cuba muhasabah. 

Sayang kamu kerana ALLAH. ^_^
 
Apabila iman memandu dalam persahabatan, bila dikhianati kita masih mendoakan. Masih mampu untuk memaafkan. Sekalipun pada pandangan kasarnya seperti terputus ikatan, namun hati masih redha memaafkan. Indah bersahabat kerana ALLAH, tenang meredhakan kerana ALLAH.  

Dan janganlah apabila bertelingkah, kita memburukkan keadaan. Menceritakan keburukan, memutuskan ikatan. Berdiam diri itu lebih baik untuk mengawal. Bukankah apabila diceritakan keburukan seseorang itu (kawan) kepada orang lain sama seperti memburukkan keadaan diri sendiri. "Dia cakap kawan dia macam tu, tak mustahil dia pun akan mengata aku macam tu kalau ada salah faham nanti.". Jadi, hati-hatilah ketika berbicara. Satu keburukan kamu nampak pada seseorang itu, mungkin seribu kebaikan yang orang lain nampak tentangnya. 

Jom doakan kebaikan untuk sahabat mahupun kawan. :)


Dengan ini, Ziera memohon seribu kemaafan dalam ikatan persahabatan andai ada kesilapan Ziera itu sukar untuk dimaafkan. Ziera takkan pernah sempurna, takkan pernah lari dari kesilapan. Ziera hanya manusia biasa, yang mungkin ada boleh menerima dan tidak mampu menerima diri ini seadanya. Andai kesilapan itu menyakitkan, mohon dimaafkan. Semoga lidah kita terkawal untuk mengatakan sesuatu keburukan antara kita. InsyaALLAH semoga ALLAH merahmati kalian semua. :)

Sekian untuk Sahabat dan Kawan. Sekiranya ada yang terasa hati, tersinggung dengan tulisan ini, mohon dimaafkan. Menegur kerana sayang, menegur kerana kekhilafan diri, menegur untuk muhasabah diri. Kalau saya salah, perbetulkan. Kalau kamu salah, saya juga akan perbetulkan. Bukankah indah menjalin persahabatan kerana ALLAH? Sejujurnya tiada tenaga negatif akan melingkari sesebuah ikatan itu. InsyaALLAH. ^_^ 

Ini hadiah dari seorang sahabat tersayang Ziera. Dia sangat gemar ambil gambar dengan DSLR dia tu. Hehe...
Wassalamun'alaik.  

No comments:

Post a Comment