Salam Perjuangan

Saturday, October 22, 2011

Bicara Wanita

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Bicara Wanita
Bila berbicara tentang cinta
Hati berbunga menginginkan dia
Tapi iman membatas segala langkah
bukan menyekat
bukan menyusah
tapi menjaga

Oh wanita
Andai kau mengerti
Betapa ALLAH dan Rasulullah SAW menyayangimu
Aku pasti kau akan terasa indahnya cinta hakiki kepadamu
Aku pasti hidupmu tenang berbungakan riang
Aku yakin kedamaian dan kebahagiaan itu bakal kau miliki

Oh wanita
Jangan kau risaukan soal jodohmu
Namun risaukanlah perjuanganmu
Andai kehadirannya bisa membantu dalam perjuanganmu
Maka berdoalah supaya ALLAH mempermudahkan
Dan memilih seorang mukminin untuk sama-sama beriringan denganmu dalam perjuanganmu
Perjuangan mempertahankan agama Islam yang suci
Perjuangan mempertahankan istiqamah hatimu
Menuju kepada keredhaan Tuhanmu

Wahai hati
Sabarlah engkau
Kerana ALLAH mengerti apa yang kau rasakan
Berusaha, berdoa dan bertawakkal lah padaNya
Tuhan Maha Perkasa

Teruskan perjuangan...

Dalam mood terkilan...






Bukan Mudah

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Apa khabar sahabat2? Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk kita terus bernafas dan menguntum senyum. Nad sejak kebalakangan ni memang menyepikan diri. Bukan Nad saja nak ignore sesiapa, cuma Nad dalam keadaan dilema sekarang ni. Terdapat sikit masalah yang melanda dalaman diri Nad. Pada sahabat2 yang sudi ambil tahu tentang Nad, terima kasih byk2. Bukanlah Nad ni seorang yang sempurna untuk sentiasa menyenangkan hati semua pihak. Adakalanya Nad suka menyendiri kerana terfikir akan lidah yang terkadang mengguris hati andai telah mula berbicara dan bercerita. 

Mungkin saja ada yang terasa dengan tindak tanduk Nad. Mungkin juga yang perasan akan kekurangan Nad hingga menolak kehadiran Nad serta merta. Apalah daya Nad untuk menahan fikiran orang tentang personaliti dan diri Nad. Nad redha. 

Aku
Bukanlah aku sang bidadari
Suci dari kotoran duniawi
Bukanlah asalnya aku secantik pekerti
Indah dan damai sejak azali

Sejarah mengajar menyemai erti
Mendalami duniawi dengan mata hati
Iman mengiringi perjuangan suci
Menguatkan langkah terus mencari

Bukanlah aku membuka aib diri
Cumalah aku untuk berkongsi
Bukanlah aku mahu kecundang lagi
Langkahku teguh meneruskan misi

Moga perjuanganku tidak berhenti di sini
Kiranya ujian mendatang lagi
Moga Allah permudahkan urusan hambaNya ini

Salam kemaafan. =_=''

Friday, October 21, 2011

Bersembunyi

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

"Aku mencari ruang ketenangan..."

Wassalam.

Wednesday, October 19, 2011

Real Analysis, Statistik, Assignment, Anugerah

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

jgn salah fhm ya...hehehe

Selamat pagi sahabat2 dan pembaca2 blog semua! Alhamdulillah. Tarik nafas, hembus. Buat 3 kali ok. Lepas tu senyum, urut2 sikit muka tu. Bagi segar sikit. Buat senaman muka pagi2 ni sebab masa ni semuanya tengah longgar2 lagi. Nak bagi tegang kulit pun insyaAllah boleh. Eh, betul ke? Mana faktanya ek? Takpelah, yang penting lepas subuh jangan tidur balik. Bayu rezeki pagi2 ni. Wallahu'alam.

Meh kita buat entry lain sikit hari ni. Kali ni entry tentang subjek2 major yang Nad amik untuk sem ni. Analisis Nyata atau dlm bahasa jawo nye, Real Analysis dan Statistik II. Hmm... Nad ni sebenarnya kadang2 pe'el lebih kurang lelaki jugak la. Penyakit malas tu kira hampir setaraf dengan lelaki. Tak tahu lah. Tapi mungkin sebab masa kecik Nad ni member2 budak lelaki, lagi2 adik beradik 3 je dan yang sulung Abang. Nad ketiga, atas ada lagi kakak tapi Allah lebih sayangkan dia. Empat hari lepas lahir, dia menyambut panggilan Allah SWT. Dia pergi dulu. Jadi, Nad lahir jadilah member Abang. Apa lagi, mainlah segala permainan budak2 lelaki. Panjat pokok lah apa lah. Hehe...

Pasal tu kot Nad ni sempoi jek. Nasib lah da besor ni sifat pemalu tu ada. Kalau tak, haish.... mau kecoh sekelas kot. Erk...ye ke? Hehe... Malas nak pergi kelas, malas nak dressing, malas nak pergi library, malas nak salin nota (ada masa je terlebih rajin) dan bermacam lagilah penyakit malas yg ada. Hehe... mujurlah sekarang ni lebih keperempuanan sikit. Erk... yeke? Takpelah, terpulang pada sesiapa yang nak menilai. Yang Nad tau, Allah Maha Mengetahui. ^_^

ehem2...
Real Analysis tu dah faham sikit2 tapi permasalahannya, Nad liat bebenor nak faham gaya bahasa matematik ni. "Sangat senang" nak membina ayat math ni kan? Haa...tu lah masalah utamanya sebenarnye. Yang Statistik II pulak, "tertinggal" satu kelas (pasal terlajak tidur, 2la tidur lewat sgt) dah affect pemahaman ttg estimation. Huhu... Moral of the story, laen kali pasal alarm bagi maximum volume nya ok? Sebelum tidur, bacalah doa dan ayat kursi. InsyaAllah, sentiasa dilindungi Allah SWT. Lagi satu, kalau rasa2 dlm hati tu kata "Pontenglah~~ Pontenglah~~", haaa....cepat2lah baca "Auzubillah hi minasy syaitoonirrajim", Basmallah dan ayat kursi. InsyaAllah, surutlah perasaan nak ponteng tu. Wallahu'alam.

kena tmbah S kt situ ok..huhu

Assignment pulak... Kali ni Nad taip besor2 ASSIGNMENTS. Ada "S" di situ yek. Bermaksud banyak. Alhamdulillah banyaknya assignment sy (positive thinking...review balik apa yg belajar kt kelas kaunseling..huhu). Apa yang mampu Nad buat, bersabar dan cuba selesaikan dengan segera. So, nanti bolehlah spend banyak masa nak study kan? Atur balik, atur balik. Hehe...cuma persoalannya, Nad ada part time, Nad berbelah bagi nak teruskan part time atau tak sebab masa Nad utk discussion tak banyak kalau part time sekali. Hmmm... Allah SWT Maha Mengetahui mana yg terbaik utk hamba2Nya. Nad kena senyum! Senyum! Usaha, doa dan tawakkal. InsyaAllah...

Ok lah. Banyak sgt Nad membebel pasal subjek kan. Kita rehatkan minda dengan beberapa rangkap bicara khusus buat kita untuk menghargai segala nikmat dan rahmat yang DIA turunkan buat kita. Moga bermanfaat. ^_^

sg gabai 1

sg gabai 2

sg gabai 3

ayaq teghjun sg gabai 4..hehe

Anugerah
Ku renung alam
Terbentang luas, cantik menghijau
Menghiasi pandangan

Sungguh...
Indahnya pohonan melambai
Ditiup sang bayu
Menarik setiap mata yang memandang
Hingga ada yang potretkan
Dalam bingkai yang bergantungan

Persoalan...
Pernahkah kau sedar 
Betapa kasihnya Tuhan Yang Esa 
Pada hamba-hambaNya
Yang hanya meneguk nikmat tanpa suara
Bisu dari suara-suara syukur?

Persoalan...
Pernahkah kau luaskan pandanganmu
Menyaksikan kekuasaanNya
Tuhan Yang Maha Penyayang
Menganugerahkan ciptaan yang indah
Buat hambaNya yang lemah

Terpana saat bersendirian
Merenung sejauh mana syukur itu
Terkadang langkah mengkufuri nikmatMu

Tertunduk sayu
Akhirnya tewas sang ego
Kerana butir kesedaran yang menerpa
Nikmat ini....anugerahNya
TanpaNya apakah ertinya jasad ini...

Bicara asal ada dalam fail, Nad ubah2 sikit. Alhamdulillah, nikmat Allah dkt sekeling Nad byk berikan sumber untuk Nad menulis. InsyaAllah. Kalau bermanfaat, Nad akan terus menulis. Maafkan Nad andai ada yang terusik hatinya, terguris dengan kata2 Nad dalam entry ni. Mohon maaf dan teguran. InsyaAllah Nad terima. Dengan izinNya, teguran itu membungakan bimbingan buat Nad memperbaiki diri. Syukran jazilan.

gmbr comel...smbil iklankn skali kot..huhu

Sekian sampai sini. Nad nak bersiap pergi discussion utk assignment Real Analysis. ^_^

Salam sayang. Wassalamun'alaik. 


Peperangan Antara Dua

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Selamat petang dan salam sejahtera (dah macam pembaca berita pulak..hehe). So, petang ni macam mana? Sihat tak iman2 kita? InsyaAllah mudah2an sihat2 selalu ok. :)

Pilih......

Ini......atau



Ini???

Peperangan Antara Dua

(Iman berbisikan)
Kau durjana
Kau pemusnah
Melingkari hidup manusia yang kian punah
Kerana engkau, aku dipandang rendah

(Nafsu mentertawakan)
Kau kolot
Kau mengongkong
Menyekat pergerakan mereka dengan hukum
Kerana engkau, mereka tidak maju

Kini peperangan melanda
Bergolak mengacau jiwa
Bila zaman mula semarakkan langkah
Menyeberangi danau kejauhan
Yang lama ditinggalkan
Yang baru menyinggah

Bila akal mengikut nafsu
Yang makruf dibiarkan
Bila fikiran dipimpin serakah
Yang mungkar diikutkan

Saat keseronokan berlonjakan
Alpa tentang Yang Esa
Saat kemurungan menjelma
Barulah merangkak mencariNya

Sayu.....
Luas terbentang rahmat itu
Aku merelakan ia pergi
Sedangkan DIA lah Penciptaku
Di mana syukurku berlari

Parah....
Peperangan yang kian rancak
Menerjah ruangan hati
Tiba saatnya...entah
Terasa damai menyinggah
Apakah itu hidayah?

Ya Allah.....
Masih terbuka luas pintu gerbang itu
Untukku berjuang di atas laluan
Yang tersedia menuju Ilahi

(Iman tersenyum)
Aku punya DIA
Aku punya bahagia
DIA membantu menyinggahkan cahaya
Menerangi hidup manusia

(Nafsu berteriak)
Aku.... Di mana pembantuku?
Aku.... ditinggalkan?
Hei, manusia!
Akulah kebahagiaanmu! Jangan pergi!


Jom jadi hambaNya yang lebih baik! :)


Menangislah nafsu, berteriaklah iblis saat kita meninggalkan mereka. Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang. 

MashaAllah.......tiada kata yang mampu menggambarkan betapa besarnya kebesaranNya. Hanya kata2 kat atas ni yg mampu menggambarkan situasi gejolak jiwa yg melanda hati Nad. Sedikit sebanyak apa yang Nad rasa, Nad cuba kongsikan. Ini semua apa yg dialami Nad, kecuali yang post2 antara suami isteri tu la. 

Tak dapat dinafikan, memang ada peperangan yg terjadi dalam hati kita. Terkadang iman di atas terkadang nafsu mengambil tempat. Benarlah, istiqamah itu sgt sukar namun manisnya sgt indah. Mudah2an DIA sentiasa membimbing kita kepada rahmat dan keredhaanNya. InsyaAllah...

Sekian dari Nad. Maaf andai ada kesilapan dalam post kali ni. Andai ada mana2 pihak yang tersinggung dan kurang senang dgn entry kali ni, maafkan Nad ya. Tegurlah mana yang patut. InsyaAllah Nad terima. :)

Wassalamun'alaik. Senyum selalu. ^_^

Tuesday, October 18, 2011

Semarak Cinta Sampai Syurga

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Salam ukhuwwah sahabat2. Apa khabar semua? Terima kasih sekali lagi sudi menjenguk ke blog yang tak seberapa Nad ni. Alhamdulillah. Syukur, Allah SWT masih mengurniakan kita peluang untuk terus bernafas dan berjuang ke arah kebaikan. Mudah2an hari ni lebh baik dari semalam. InsyaAllah. ^_^

Haaa... Kalau baca dari tajuk post, macam gempak je kan. Nad pun macam gempak je nak menaip ni. Hihi. Semarak Cinta Sampai Syurga, tajuk nukilan Nad yang baru semalam spontan keluar. Nak tau time bila Nad tulis? Haaa...masa tu Nad tgh tunggu lecturer masuk masa kelas Fizik Moden. Hehe...sempat lagi kan? Kan? Kan? hihi... Ada dua puisi yang Nad sempat tulis. Spontan je. Entah sedap entah tidak. 

Puisi ini khas untuk kaum lelaki yang sudah bergelar suami. Tapi puisi Nad ni, sedih punya cerita la. Nad tak reti taip cerpen, so Nad guna puisi je la. Hehe... Ada la satu cerpen tapi tak tahu lah nak post ke tak. Nanti tengok la dulu. Tanya pendapat member dulu kot. Huhu..

Nad ada dpt informasi bahawa isteri yang kematian suami dan tak berkahwin lagi sesudahnya akan bersama suaminya di syurga sekiranya suaminya itu masuk syurga. Bawah ni ada artikelnya, dan Nad pinjam dari blog Cik Mawar Menghitung Hari Debaran November 2011. Panjang betul nama blog nye. Hehe...

Masih Suami Isteri Di Alam Akhirat?

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. 

Rasulullah SAW bersabda 'Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim)

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal duni.

Wanita meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki di kalangan ahli syurga.

Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga dengan wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki di kalangan ahli syurga. 

Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. 

Rasulullah SAW bersabda, 'Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.'

Wallahu'alam. Nad punya puisi berkaitan dengan situasi kedua terakhir. 


Semarak Cinta Sampai Syurga

Terimbau waktu dulu
Kau memimpin tanganku
Senyummu mengusikku
Bahagia waktu itu

Kau semarakkan rasa 
Ikatan yang telah kau teguhkan 
Kau sirami dengan benih cinta
Hingga aku di awangan

Terlena aku
Dibuai pelukan darimu
Teringat aku
Waktu jari manisku 
Kau sarungkan sebentuk cincin cinta
Tanda mulanya bahtera bahagia

Namun kini kau telah tiada
Meninggalkan
Aku keseorangan tanpa teman
Kaulah sahabat juga cinta
Bertakhta dalam jiwa

DIA lebih cinta
Menjemputmu melepaskan dunia...

Kekasihku
Akan ku setia
Tiada gantimu di hatiku
Andai dikurnia bahagia
Melengkapi tugu iman dan cinta
Tunggulah kehadiranku di sana


"Tomeynye bam bam.." hehe..sweeet sgt3. :)
Alhamdulillah. InsyaAllah. Semoga kita semua dipasangkan dengan insan yang soleh. Amin...

Nanti Nad sambung lagi update blog. Sampai sini je. Terima kasih atas kesudian menyinggah ke blog Nad ni. InsyaAllah, bersama kita memburu keredhaanNya. ^_^



p/s : maaf andai ada kesilapan dan tegurlah dengan hemah. Nad terima. Maafkan Nad andai ada yang terisnggu. Salam perjuangan. 

Sekian, wassalamun'alaik. :)

Monday, October 17, 2011

Khilafku

Bismillah

Assalamu'alaikum..



Khilafku

Tertunduk sayu
Menahan sendu di kalbu
Menatap jemariku

Kau kurniakanku kesempurnaan
Tiada kecacatan
Namun, angkara nafsu
Aku kecundang
Jemari ini terus bergerak
Lidah ini terus berbicara
Setiap pancaindera ini terus berfungsi
Berpandukan kompas nafsu
Hingga leka aku perbezaan makruf dan mungkar

Leka! Alpa!
Itulah khilafku

Ya Rabb
Khilafku
Itulah kesilapanku
Moga jasad ini
Moga hati ini
Masih dikurniakan peluang
Untuk kembali menyusuri jalan keredhaanMu

Wallahu'alam...

p/s : pagi ni cuma nukilan ni je yg terhasil  secara spontan. Moga ada iktibar. :-)

Merenung Alam

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Sahabat2, salam perkhabaran. Salam mujahadah juga buat mereka yang terus berjuang mencari redhaNya. :)

Dalam keheningan pagi ni, elok juga kalau kita pergi berjogging kan? Mesti best! Hehe...udara pun segar. Nak juga jogging ni, tapi pukul 8.30 dah kena gerak ke FST, nak jumpa lecturer. Takpelah. Esok lusa tulat ada. InsyaAllah, sempat jogging lah kejap kan? Jom! ^_^

Jom kita cuci pandangan sikit dengan setiap ciptaan dan kejadian yang telah diciptakan olehNya. Subhanallah. :)

ni gambar dah lama...masa kt perak ritu...lupa nama tmpat

ni confuse sket...wktu pg ke senja ek?hehe

haaa...ni confirm2 bkn Nad yg amek...hehe
Nad xde penyambung USB utk handset Nad ni. Kalau tak boleh kongsi gambar suasana pagi dari tingkap bilik hostel Nad ni. Tenang je. Huhu...Jom lah ramai2 keluar bilik tengok suasana waktu pagi. ^_^

Cantik kan? Damai je rasa. Syukur kita masih diberi peluang untuk terus bernafas dan menikmati keindahan ciptaanNya. Allah Maha Penyayang, Allah Maha Pemurah. DIA lah segalanya buat kita. Kita lupa padaNya, tak sikit pun menjejaskan DIA, tapi kalau DIA lupakan kita, seluruh hidup kita akan terjejas kerananya. Na'uzubillah. Mudah-mudahan kita sentiasa mengingatiNya dalam apa jua keadaan. InsyaAllah. (Peringatan buat diri Nad juga...Nad ni byk sgt pe'el nye..Leka jek...isk3)

Emm...pagi ni kelas dari pagi sampai malam. Agak penat jugak, tapi mudah2an dikuatkan iman nak pergi kelas. Nad rajin tapi malas. Haha...faham2 je la. Ada masa rajin, ada masa bila dah datang penyakit pemalas tu, terpaksa juga paksa2 kan diri. Hee... Katakan TAK NAK pada ponteng kelas. InsyaAllah...hehe...nak ilmu berkat kan...? Lagipun hari ni alhamdulillah ada gap 4jam lepas kelas Fizik Moden. Boleh rehat2. 

Oklah tu. Kita tak perlu malas2 kalau nak ilmu yang berkat dan diredhai ni kan. Kalau malas, ingatkan balik pada tujuan asal kita ke sini. Hidup ini akan sentiasa mempelajari dan menuntut ilmu. Ilmu yang ada tak pernah habis. 

Sampai sini je. Andai ada kekhilafan yang Nad ada lakukan, mohon kemaafan dari kalian. Sayang sahabat2! ^_^

Sekian, wassalamun'alaik. :)

Tips Kecantikan

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Senjata Wanita?

Wahh...banyaknya peralatan2 yg diperlukan untuk bagi muka perempuan ni cantik ya!! Nad sendiri pun tak sangka byk ni sebab Nad tak reti pakai. Adik dan Mak saja yg reti. Tu pun Mak cuma reti pakai lipstik. Adik je yang advance sikit. Hehe...kakaknya ni nak pakai lip ice pun malas. Sapu bedak sudah. Hehe...teringin jugak nak merasa pakai make up ni tapi tunggu nanti lah masa nak kahwin nanti. Special! (Haha...special la sgt) :'p

Make up ni dikatakan senjata kecantikan wanita. Ermm...betul ke? Mungkin bagi sesetengah orang je la. Macam kat bawah ni, tengok je la sendiri "kuasa" make up yang mampu me"langsir"kan rupa sebenar manusia. Jom layan sekejap....! ^_^

(ni pun Nad googling je kat internet...kalau sahabat2 nk tgk lebih byk, blh je cari...banyak...tapi ni la yg menarik...sebab, sebelum dan selepas sangat berbeza...isk3...macam2...)

Sebelum make up...rasa2 dah cantik pun

 Proses Makeup

1. mula2 tanpa make up

2. Ni dia letak contact lens utk mata hitam nampak besar

3. Basic moisture cream

4. Foundation

5. Dah...tak tau ape dia buat...tengok je la...

6. Nampak comel pulak...tak tau ape yg sapu...

Tadaaaa!!!! Comel tak?hehehe...tertipu dgn lapisan2 krim dan mcm2 lg...adoi!

Jauh beza kan? Hmmm.... Apa guna cantik yang palsu? Menipu setiap mata yang memandang...bersyukurlah kita dgn kecantikan semula jadi yang ada. Kesian kat bakal suami yang bakal mendampingi, kalau jenis yg tengok tang cun2 jek memang naya la kalau bakal isterinya tu make up tebal2...adoi...sabar je la.

Tak salah untuk buat rawatan muka, boleh jek. Tapi sebenarnya dalam Islam, dah cukup cantik kalau nak cantik. Banyak sangat tips kecantikan untuk kita semua hamba-hambaNya. Betul...percayalah. InsyaAllah, DIA lebih tahu berbanding kita.

Kecantikan selalunya lebih merujuk kepada wanita kan? So, kita mulakan dgn hijab. Lihat saja iklan ttg hijab kat bwh ni. Mudah utk difahami kan?

Hijab
Kedua, aurat. Cara pemakaian. Kita lihat pada fesyen2 yang terkini. Makin banyak yg terlalu moden hinggakan mencacatkan fesyen muslimah yg sebenar2nya. Kita layan lagi gambar kt bwh ok. (Mengikut proses pembelajaran yang pelbagai, kebanyakan antara kita lebih suka melihat imej berbanding membaca tulisan2 yg panjang..."Kepelbagaian Pelajar Dan Perbezaan Pengajaran")

kesalahan2 yg biasa berlaku dlm pemakaian wanita muslimah


haaa....comel tak? yg ni baru btl!!! ^_^

Haaa....sekarang kita nak solek muka kita pulak ya...^_^

Kita tukarkan yang ini............


banyak ni....
kepada ini ...
simple jek...ada tips kt bwh...hehe

Tip-tip Kecantikan

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota, biarkannya kering sendiri. Ambil sejadah, solat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman.  Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).-  (DOA TENGOK CERMIN)
4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, berpuasa seperti Nabi Daud A.S. yakni selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.


Mudahkan? Sangat mudah. Orang kata muka yang disimbahi cahaya hidayahNya ni, walaupun tidak sekacak Fahrin Ahmad tetap juga nampak menarik. Walau tak secantik Siti Nurhaliza, tetap berseri2 dan menyenangkan mata yang memandang. Tak percaya? Cubalah sendiri. InsyaAllah, segalanya akan cantik berseri. Allah SWT dah menjanjikan yang terbaik buat hamba2Nya yang beriman kan?

Untukmu dan Untukku

Percubaan pertamaku
Kelihatan mudah dan lancar
Hinggalah timbul perasaan riak yang meraja

Oh,
Aku diuji saat aku mencuba
Di situ istiqamahku diduga

Percubaanku semakin malap
Bagaikan cahaya yang kian hilang
Pergi meninggalkan
Aku terleka dan alpa
Saat aku diuji

Teman, 
Tika kita melangkah ke arah kebenaran
Tika kita berhijrah kepada kebaikan
Usah ada sekelumit riak dalam dirimu
Usah kikir dengan ilmumu
Usahlah matamu memandang hina mereka yang masih leka
Kelak kau akan kecundang

Ikhlaskanlah hatimu, wahai teman
Pimpinlah yang berusaha menghijrahkan diri
Rendahkanlah dirimu 
Anggaplah engkau masih tidak mampu
Kerna tiada manusia yang sempurna
Teman...
Sama-samalah kita menuju cinta Ilahi...

Aku meneruskan langkahku

Di sini, aku berusaha memburu cintaMu, Tuhanku. Permudahkanlah aku...

Marilah. Nad masih banyak kekurangan. Banyak yang Nad belum pelajari. Banyak juga yang Nad masih lemah. Marilah, Nad nak ajak sahabat2 menuju redha Ilahi. Kita sama2 cuba berhijrah. Hijrah kepada jalan keredhaanNya. Bimbinglah Nad, tegurlah Nad, tariklah Nad ke arah keredhaanNya. Terima kasih sahabat kerana sudi membaca nukilanku. Sayang kamu!

p/s : mohon maaf andai ada yg tersinggung dan kekurangan yg ada. Mohon ditegur ya. Nad terima. :-)

Sekian, wassalamun'alaik... 


Sunday, October 16, 2011

Manusia Yang Menyedari Kesilapan Diri

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Apa khabar sahabat2 blogger dan sahabat2 yg sudi membaca blog Nad? Semoga sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya. InsyaAllah. Alhamdulillah. Nad ada kesempatan untuk meng"update"kan blog yang agak bersarang gamaknya ni. Sejak kebelakangan ni, Nad agak sibuk dgn assignment yg semakin bertimbun2 tu. Jadi, nak update blog pn mcm xde kesempatan je. 

Alhamdulillah...masih lagi ada yg sudi nak menjengah ke sini kan? Semalam Nad pergi ke Genting Highland bersama2 kawan2 sekursus kat UKM. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik. Sepanjang perjalanan dan keseronokan di sana tak melupakan Nad pada pesanan mak. Jangan suka2 sangat. Syukur jugak hiburan kat situ tak melalaikan Nad dgn tanggungjawab sebagai seorang muslim. Kadang2 terfikir jugak, masa tgh naik kabel car tu, kalau terlalu seronok hingga lupa tanggungjawab, dengan kemurkaan Allah SWT, tiba-tiba dgn izinNya terjadi sesuatu yg tak diingini, boleh ke kita kata pada malaikat maut, "Sekejap, sekejap. Tak sedia lagi ni." Boleh ke macam tu? Mujurlah kita yang masih lagi bernafas di muka bumi sementara ni diberikan peluang untuk terus beramal dan berjuang. 

Kat sini entry Nad nak berkisar pada sikap segolongan manusia termasuk Nad lah. Nad sedar Nad jugak selalu mencari kesilapan orang lain sampai Nad lupa pada kesilapan yang pernah Nad buat. Sebenarnya, mereka yang menyedari kesilapan diri itu lebih baik dari mereka yang asyik mencari kesilapan orang lain kan? Bukan tak boleh cari kesilapan orang lain, boleh. Kita boleh tegur dengan cara yang berhemah. Tapi, lepas tu jangan pulak kita mengata atau mengutuk tentang kesilapan yang pernah mereka buat. Kita doakan saja semoga Allah SWT membuka pintu taubat dan pintu hati mereka untuk muhasabah diri. Dan bukan mengaibkan lagi mereka. InsyaAllah. Apa yang Nad taip kan kat daam blog ni, adalah peringatan buat diri Nad sendiri. 

Manusia yang menyedari kekhilafan diri adalah manusia yang berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah diri. Kita berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah SWT dan disenangi oleh sekalian makhluk, dan selebihnya kita bertawakkal kepadaNya. Allah SWT Maha Pengasih, Maha Pengampun. InsyaAllah, Dia sentiasa bersama mereka yang cuba memperbaiki diri dan beriman kepadaNya. Mudah-mudahan Dia permudahkan segala urusan, amal ibadat yang kita lakukan untuk mendapatkan keredhaanNya. Amin...

Lagi satu, usahlah kita berkata tentang orang lain. Ada tiga cara kita mencegah kemungkaran, mencegah dengan tangan (tindakan), mencegah dengan perkataan (nasihat) dan selemah2 cara adalah mencegah dengan hati. Bukan dengan cara mengaibkan mereka yang bersalah. Banyak sangat yang Nad silap sejak dulu. Lidah adalah senjata  paling tajam untuk memusnahkan kehidupan seseorang. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata nahas jawabnya. Mudah2an kita semua sama2 muhasabah diri dan berusaha mengelak dari mengumpat, menyebarkan fitnah dan mengaibkan sahabat2 kita mahupun orang2 yg tidak kita kenali. 

Siapa yang tak pernah mengumpat kan? Kadang2 kita susah nak mengaku kesilapan kita, sampai orang yg tak bersalah kita jadikan bual bicara tanpa hemah. Nad mengaku pernah mengumpat orang, sekarang ni Nad cuba letak diri Nad di tempat orang yang diumpat. Mesti sakit! Sedih... Hmmm... betul lah apa yang Nad belajar dalam psikologi pendidikan. Empathy dan simpati itu perkara yang berlainan. Malah empathy lebih baik dari simpati. Letakkanlah diri kita di tempat mereka yang mengalami situasi tersebut, insyaAllah kita akan menjadi insan yang lebih memahami dan lebih baik suatu hari nanti. Wallahu'alam. 

Semua orang ada buat silap, dan mereka yang menyedari kesilapan diri dan berusaha menjadi insan yang lebih baik adalah mereka yang beruntung. Selain menjaga hubungan kita dengan Allah SWT, kita juga disuruh menjaga hubungan kita sesama makhlukNya. InsyaAllah, bagi Nad itulah kecantikan yang paling indah dalam diri seseorang muslim. Wallahu'alam. 


Suatu Masa Dulu

Suatu masa dulu.....
Lidah berbicara tanpa arah
Menyingkap selimut keaiban manusia
Aku terkesima saatnya
Bila aku dibicarakan
Mengapa sakit?
Bukankah aku juga seperti mereka?

Tangan bertindak mengikut rasa
Merelakan segala mungkar
Hingga murkaNya aku lupa
Aku terpana saatnya
Bila aku pula terlihat kemungkaran
Mengapa membisu?
Bukankah aku juga pernah begitu?

Hati membenci saat dilukai
Mencambahkan nilai dendam yang menyakitkan
Aku terdiam saatnya
Bila mereka sudi memaafkan aku
Waktu aku melangkah khilaf
Mengapa mereka tiada benci?

Hingga kini, 
Aku mencari realiti
Keindahan duniawi bertunggakkan keindahan ukhrawi
Cantiknya senyuman bila berbicara keindahan
Memuji kekuasaanNya
Berhias zikir
Cantiknya perbuatan bila menuju keredhaanNya
Membantu ke arah jalan kemuliaan di sisiNya
Berhias huluran di bawahnya
Cantiknya hati bila sudi memaafkan
Menjalin ukhuwwah yang disirami keredhaan

Sungguh...muhasabah itu begitu berharga
Mujahadah itu begitu bermakna
Aku terkesima, terpana dan terdiam dengan keindahannya

Sekian, sampai sini je dulu update blog dari Nad. Wallahu'alam. Wassalamun'alaik.

p/s : maafkan Nad andai ada perkataan Nad yang menyinggung perasaan sabahat2 semua. Nad akan cuba perbaiki diri andai ada yang menegur. Wallahu'alam.


Saturday, October 8, 2011

Doa.....

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Mengapa? Saat jiwa terasa kekosongan dan dilanda kesusahan dan keresahan barulah kita meraba mencari damai dari Tuhan? 

Mengapa saat kita senang dan gembira, langsung kita lupa akanNya?

Itulah khilafku........

Doa....... moga damai masih sudi menghampiriku. Sampai bila harus aku terus-terus menoleh ke belakang? Sampai bila aku mahu di dalam kepompong dosa? Sampai bila aku mahu setia pada daya fikiranku yang kurang matang? Sampai bila harus aku terus begini? Masih mengharap perhatian dari insani? Sedangkan perhatian dariNya sudah memadai....dan lebih membahagiakan... Utamakan cintamu padaNya, kerna cinta itu lebih menyenangkan....

Moga..... aku teguh berdiri dengan cintaNya...