Salam Perjuangan

Saturday, October 22, 2011

Bukan Mudah

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Apa khabar sahabat2? Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk kita terus bernafas dan menguntum senyum. Nad sejak kebalakangan ni memang menyepikan diri. Bukan Nad saja nak ignore sesiapa, cuma Nad dalam keadaan dilema sekarang ni. Terdapat sikit masalah yang melanda dalaman diri Nad. Pada sahabat2 yang sudi ambil tahu tentang Nad, terima kasih byk2. Bukanlah Nad ni seorang yang sempurna untuk sentiasa menyenangkan hati semua pihak. Adakalanya Nad suka menyendiri kerana terfikir akan lidah yang terkadang mengguris hati andai telah mula berbicara dan bercerita. 

Mungkin saja ada yang terasa dengan tindak tanduk Nad. Mungkin juga yang perasan akan kekurangan Nad hingga menolak kehadiran Nad serta merta. Apalah daya Nad untuk menahan fikiran orang tentang personaliti dan diri Nad. Nad redha. 

Aku
Bukanlah aku sang bidadari
Suci dari kotoran duniawi
Bukanlah asalnya aku secantik pekerti
Indah dan damai sejak azali

Sejarah mengajar menyemai erti
Mendalami duniawi dengan mata hati
Iman mengiringi perjuangan suci
Menguatkan langkah terus mencari

Bukanlah aku membuka aib diri
Cumalah aku untuk berkongsi
Bukanlah aku mahu kecundang lagi
Langkahku teguh meneruskan misi

Moga perjuanganku tidak berhenti di sini
Kiranya ujian mendatang lagi
Moga Allah permudahkan urusan hambaNya ini

Salam kemaafan. =_=''

2 comments:

  1. BUmi mana yang tidak pernah ditimpa hujan..
    hati mana yang tak pernah gundah..
    itu semua mehnah dunia yang datang hanya semata-mata untuk mematangkan diri kita.. Bersyukurlah.. dan sebarkan senyuman... (^__^)
    SEMOGA TERUS TABAH...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...mudah2an hati ni tenang...walau pahit skalipun perjuangan walau sekecil mna pn, harus kuat...moga Dia pinjamkn kita smua sdikit kekuatan utk mendepani hakikat duniawi...

    ReplyDelete