Salam Perjuangan

Wednesday, May 25, 2011

Hanya PadaMu Aku Berserah

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Alhamdulillah. Baru balik dari kerja. Penat yang amat. Lenguh-lenguh badan ni ha. Rasa nak tercabut segaa urat sendi. For the second time dalam kad kedatangan pekerja, balik lewat sampai 7.30 malam. Mak aih. Penat betul. Sabar je lah. 

Hari ni biarlah mereka bahagia. Aku sampaikan doa kepada Yang Maha Esa agar kalian bahagia. Cuma, aku agak lelah sekarang ni. Nak bernafas pun tak mampu. Sebab aku manusia biasa. Bukannya aku ni wonder woman atau Hantu Kak Limah yang takde feeling tu. 

Huhu. Kepada anonymous yang tanya saya sedang bercinta ke. Jawapannya, ya. Saya sedang bercinta dengan "bakal suami" saya. Siapa? Wallahu'alam. Hanya saya yang faham apa yang saya cakapkan. Mengharapkan pada Allah agar segalanya dipermudahkan moga bahagia bersamanya tercapai. Andai bukan di dunia, akan kunanti di akhirat sana. InsyaAllah.  

So, malam ni. Aku nak tidur awal. Malas nak banyak fikir. Dahlah aku duduk bilik ni sorang2. Pastu nak mesej pun, takut ganggu diorang. Dah takde benda nak wat, kalau aku melamun nanti, aku nangis macam kat bakeri tadi. Dahlah, cukuplah mata aku ni sakit. Aku nak tidur. Penat sangat dah ni. Penat badan, penat otak. 

Sekian. Selamat malam. 

Wassalamun'alaik.. =_=''

Tuesday, May 17, 2011

Doakan Aku

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Doakan Aku

aku di sini dalam langkah yang sunyi
mengatur langkah bersendirian
ditiupkan semangat jauh dari selatan
oleh ibu yang aku kasihi
hingga hadirnya dia di sisi

aku di sini merenung diri
melihat cermin pantulan hati
mencari siapa dia di hati ini
yang meniup damai bersama kasih
hingga aku temui namanya dalam sanubari

ibu
kau mendengar aku berbicara
meluah rasa setiap ketika
saat ini aku pinta
izinkan aku terus setia
jangan paksakan aku menerima 
insan lain menerjah hati

ibu
padamu aku bercerita
meniup rindu untukmu
tempatmu di atasnya
di situ aku pohon restumu
doakan anakmu bertemu bahagia
bersama insan yang dicinta

ibu
padaNya aku titipkan doa
untukmu juga untuknya
meniti bahagia bersamaku
mencari bahagia dan redha
diiringi rahmat Tuhan Yang Esa

doakan aku, ibu...
doakan aku, wahai insan yang ku tunggu...



mood : unpredictable
feeling : don't know what to say
condition of health : not so good. got headache... T_T

sekian...wassalam.

-SN@budak kecik-

Monday, May 16, 2011

Pepatah Melayu Baekkk Punyeeee.... XD

1] TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KERETA PUN BOLEH UNDUR, TERLAJAK KAPAL TERBANG TAKDE GEAR REVERSE……SORRY.

2] BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!

3] SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT JUGA ….. NASI PUN HABIS!!!

4] KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.

5] BIAR MATI BINI/LAKI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )

6] BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN…. KAN TAK PASAL2 TUUU…….

7] KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK AKU TERNANTI-NANTI, KALAU SUDI KATAKAN SUDI, KALAU TAK SUDI …… BOLEH BLAH……………

8] HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI BUKAN MANUSIA!!!

9] TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KENA ‘SAMAN’.

10] HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN DAAA…….

11] KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….

12] CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI BULU TANGKIS BADMINTON, PASTI AYAM KEBOGELAN.

13] AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LA
TUUU…..

14] KERBAU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG GUNAKAN TANGAN ……

15] PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, KALAU ORANG TAK HENDAK TANDANYA KITA TAK LAWA……

16] TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!

17] PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS .

18] BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!

19] SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.

20] KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.

21] KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA TAK PAYAH LIPAT-LIPAT, MAKAN AJE SATAY
KAJANG!!!

22] KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BELI AJELAH KAIL YG PANJANG SIKIT

23] KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI, BUAT RUMAH JAUH-JAUH SIKIT DARI
PANTAI….

ketawa pakcik...jgn tak ketawa!!!kahkahkah XD

Tuesday, May 10, 2011

Terbaik!!!! Bila Suami Mintak Nak Kahwin Lagi...HAHAHAHA

..dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.

p/s : ada sesape berani nk mintak kawen lg ke?hahahahaha...mmg besz la... XD

Friday, May 6, 2011

Terlajak Perahu Boleh Undur, Terlajak Kata Buruk Padahnya

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Pertama sekali, aku nak ucapkan syukur alhamdulillah pada Yang Maha Esa kerana melembutkan hatinya untuk memaafkan aku. Aku bersyukur sangat2. Alhamdulillah.

Apa kaitan pepatah kat ats tu dgn peristiwa yg trjadi kt aku smlm? Disebabkan kecabulan dan kebangangan aku semalam, aku dh buat joke yg paling bangang dlm abad kehidupn aku smpai melukakan perasaan orang yg paling aku kasihi. Dia tak pernah berkira dgn aku. Hanya sbb nk melawak dgn RM1 yg aku bg kt dia ganti duit dia byr air smlm, aku boleh amik hal tu buat joke. Kata dia berkira. Apa ke bengongnye aku? Sebelum ni dia langsung tak berkira kt aku pn. Yang aku ni mulut dajal sgt apehal? Haa...hambek dua hari berturut-turut aku menangis tak henti-henti. Serius aku memang menyesal. Aku betul2 menyesal ats ketidakbetulan dan kecabulan mulut longkang aku ni. 

Itulah pengajaran paling memberi kesan dlm hidup aku. Aku berazam pasni aku takkan biar mulut aku jadi mulut longkang. At least aku nk perbaiki smpai jd mulut kalau tak seharum kasturi pun biarlah seharum perfume exotic atau Pur Balanca aku. Ya ALLAH, bantulah hambaMu ini.... amin.

Nasihat aku utk korg n jgk diri aku sndiri, berjaga-jagalah ketika menyuarakan sesuatu atau nak buat joke skalipun. Jangan smpai kita kehilangan org yang paling berharga dlm hidup kita hnya kerana kecabulan lidah yang tak disangka. Susah cmne skalipun, berfikir dahulu sebelum bercakap. Kalau tak pun, senyap lebih baik. Kunci elok2 mulut tu, pastu buang kunci tu jauh2. Aku tak mau dh kehilngan walau sesaat kemesraan dan kebaikan dalam hubungan aku dgn org yg aku sangat sayangi. Teruk keadaan aku... Hampir2 mata aku tak boleh bukak hari ni pasal terlalu byk menangis walaupn aku suruh stop dri menangis. Itulah hati. Hanya ALLAH Yang Tahu. Wallahu'alam.

Aku rasa kalau ikut ranking, lidah ni paling mudah buat dosa berbnding anggota lainnya. Kalau kita tak jaga anugerah ni dgn baik, kt akhirat nnt siap sedia la jawapannye bila disoal. Bukan kita yg bercakap. Lidah yg bercakap. Jaga hati... berfikir dulu sebelum bercakap. Jangan ikut sedap mulut n hati je nk main lepas smua. Itu aku sound diri aku sndiri tu. Hmmm...

Oklah. Smpai sini je. Aku nk p tgk maharajalawak ni. Nak kluar awl, nk cop tmpt. Daaaa........

Wassalam... ^^

Wednesday, May 4, 2011

This Morning Match

Assalamu'alaikum...

Bismillah...



Wuhuuuuuuuhuhu....aku peminat Manchester United (MU)... huhuhu... last sunday, aku menerima kekalahan team feveret aku dgn hati yg kurang terbuka...pasai apa? pasai team aku kalah dgn team abg miung aku (Arsengal)...adoiii...tensen seyh aku...yg aku hangin skit psal dlm schedule match pkl 10 tp start awl...msa tu layan kt kdai "port lepak" dgn member aku...sori la klu bab bola neh...sjk akhir2 ni aku xleh kwl prasaan...weeeeeeheeee~~~ ala...klu yg x lebey pkl12 tu aku tgk r...tp klu da pepagi buta trpaksa melayan perasaan kt bilik je la...tnggu result jak...


Pagi ni match , MU lwn Schalke 04...pkl 2pg...haaaaaaaa....yg neh mmg aku takleh layan...aku hengat lg pesan mak aku maaaaaa...jgn kuar smpai lewat mlm...klu nk lyn gak tnggu kluar ngn my big brother la...lg pn kami sama2 peminat MU kot...heheheheheh....

Aku hengat lg time tgk MU lwn Arsengal... Msa dh nk dkt2 fulltime tu aku pnya tensen bila owg kt sebelah perli2 aku nyer team...tensen tahap gaban aku...aku blh call big bro aku...hahaha...skali kna da...dia pn sma tensen...heeeeeeEE~~~ then, bila smapi fulltime aku diperli lg hebat...miung btoi!!!hadoiiii.....! xpe2...ada ubi ada batas...

Neh pg nk jmpa Schalke 04 lak... Go MU go!!!!weeeEEE~~~ aku sntiasa menyokongmu...huhu

Next play, we will beat up Chelsea! Yeah! ^^

Kla...chowchinchow!!!!

Wassalam...

Tuesday, May 3, 2011

Hormatlah Sikit... Adoi!

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Tajuk yg sememangnya hangat nih. Bukan main-main isu ni tau. Lbih2 lagi buat aku dan mereka yg beragama Islam. Sekarang ni tgh kecoh psl Osama Bin Laden meninggal dunia dibunuh tentera AS. Aku dh tgk gambar bukti yg diorg siarkn kat akhbar2 dan TV skrg nih. Byk yg meng"konfius"kn la der. Mana tak nye, aku punya nenek dlm blog ni pn kata even dia yg dah tua tu pn blh cam yg gmbr tu nmpk sgt mcm di"edit". Gambar ditindih. Betul la. Korg cuba perhatikn btl2. Kalu tak sure, pi pnjam cermin mata Nobita. Huhu...

Tgk btl2...macam ditindih kn?
Haaaa... Aku geram gak la dgn askar-askar AS tu. Ade ke patut jenazah tu dicampak ke laut. Mak aih. Weh, kitorg org Islam ada kehormatan la! Jenazah sejahat mana pn atau sebaik mana pn wajib diuruskan dgn cara yg baik mengikut syara' dan hukum agama Islam (mereka yg beragama Islam). Haaa... nak tau apa komen para ulama, meh tgk sini. Tak patut la weh. Macam mana anak isteri arwah nak ziarah nnt. Adoi.... Maen ikut sdp tangan kaki atuk nenek dia je nk urus jenazah arwah mcm tu. Aish! Sabor je la...

geram ni weyh...>_<
Dah la tu. Mostly negara-negara Islam yang diserang dikatakan negara pengganas. Alasannya nak cari pengganas yang dikehendaki. Dah tu. Awat nk pi hentam rakyat-rakyat yang tak berdosa? Mcm kt Palestin tu. Israel tu yg miung, taknak pulak diserang. Kata teknologi maju, tp akal tak maju2 pn. Dah terlebih bijak tu....Haish!!!

Sape2 yg terbaca post aku ni, komen dn tegur2 la ape yg ptt klu ade yg aku tersalah kate ek...huhu...bak kata nenek dlm blog aku ni, "Saya nenek baru belajar, kalu salah tolong tnjukkan"...hehehehe...^^

Sekian, Wassalam. ^^

Operasi Buat Video

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Sementara nenek termenung ja kt sini, nenek dpt idea nk buat video. Wah....dhsyat! Nenek nk buat video khas utk mereka yg setia menjadi teman nenek kala suka mahupun duka. Khususnya buat famili nenek yang tercinta dan si "dia" yang nenek tunggu... See. Sape kata tua-tua x boleh beromantik? Haha...buktinya nenek ni romantik tau! huhu... : p

Tajuk awlnye.... "Terima Kasih..."
Tajuk pertengahan.... "Senyum Yang Kau Beri"
Tajuk akhir..... tunggu video siap dl yek...hehehe

Nenek tgh layan lagu Sofazr ni. Memang best la lagu diorg. Tergelek-gelek kpla nenek layan. Hihihihi... Lagu "Maaf dari hati" dgn "Dan Bila Esok" memang best! Lagu "Maaf Dari Hati" tu khas utk mereka yg prnh ter"play three stick" dgn kekasih hati. Haha...nenek pulak buat masa ni memang dan takkan "play three stick" dgn seseorang. InsyaALLAH. Wah, nenek bercinta ke? Hehehe... Nenek tak bercinta pn. Nenek bercintun jak. Hahahaha... Biarlah Rahsia. Kalau ada jodoh kat dunia ni, nenek minta nikah terus ja. Hahaha... Biar nenek yg melamar. Kuang3x! Gatai! : p

Nenek kt KUO ni mmg boring tahap gaban dh ni, cu. Tak tau nak wtpe. Layan Lappy Tomey nenek ni jak. Nenek alaf baru ni tau! Hehehehe... Esok nk layan boling. Nenek mmg suka berboling nih. Dah jd hobi kalu balik kampung. Sekarang dh ade teman kt sini. So, mmg thanks to dia lah cz sudi teman nenek berboling dn jd teman paling baik dan sporting dlm hidup nenek (selain mak). Nenek Sayang Sama Kamu!!!!!! Hehehehe...

Buat Mak kepada nenek. I MISS YOU SO MUCH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Need u by my side, mom! Apa-apa pn. Andai nenek perlu menanti hingga akhir hayat nenek, nenek tak kisah. Pasai apa? Nenek masih punya mak. Mak yang sntiasa memahami nenek, yang menemani nenek. Semoga sepanjang penantian nenek nanti, mak akan tetap ada di sisi nenek. 

Sampai sini je lah. Nenek nk berblog walking sat. Nak tgk isu semasa yg blh diupload dlm blog nenek. Huhu... ^^

Sekian, wassalam. ^^

Deactivate Facebook For Awhile...

Assalamu'alaikum...


Bismillah...


~ ♥ maafkan saya membebankan fikiran awak dengan kerenah dan kata-kata saya... saya sentiasa bahagia andai awak bahagia... saya sentiasa senyum andai awak turut senyum bahagia... doakan saya terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian hidup... ♥ ~

mood : rasa nak demam....
condition : (-_-)


Sekian...Wassalam...