Assalamu'alaikum...
Bismillah...
Pertama sekali, aku nak ucapkan syukur alhamdulillah pada Yang Maha Esa kerana melembutkan hatinya untuk memaafkan aku. Aku bersyukur sangat2. Alhamdulillah.
Apa kaitan pepatah kat ats tu dgn peristiwa yg trjadi kt aku smlm? Disebabkan kecabulan dan kebangangan aku semalam, aku dh buat joke yg paling bangang dlm abad kehidupn aku smpai melukakan perasaan orang yg paling aku kasihi. Dia tak pernah berkira dgn aku. Hanya sbb nk melawak dgn RM1 yg aku bg kt dia ganti duit dia byr air smlm, aku boleh amik hal tu buat joke. Kata dia berkira. Apa ke bengongnye aku? Sebelum ni dia langsung tak berkira kt aku pn. Yang aku ni mulut dajal sgt apehal? Haa...hambek dua hari berturut-turut aku menangis tak henti-henti. Serius aku memang menyesal. Aku betul2 menyesal ats ketidakbetulan dan kecabulan mulut longkang aku ni.
Itulah pengajaran paling memberi kesan dlm hidup aku. Aku berazam pasni aku takkan biar mulut aku jadi mulut longkang. At least aku nk perbaiki smpai jd mulut kalau tak seharum kasturi pun biarlah seharum perfume exotic atau Pur Balanca aku. Ya ALLAH, bantulah hambaMu ini.... amin.

Aku rasa kalau ikut ranking, lidah ni paling mudah buat dosa berbnding anggota lainnya. Kalau kita tak jaga anugerah ni dgn baik, kt akhirat nnt siap sedia la jawapannye bila disoal. Bukan kita yg bercakap. Lidah yg bercakap. Jaga hati... berfikir dulu sebelum bercakap. Jangan ikut sedap mulut n hati je nk main lepas smua. Itu aku sound diri aku sndiri tu. Hmmm...
Oklah. Smpai sini je. Aku nk p tgk maharajalawak ni. Nak kluar awl, nk cop tmpt. Daaaa........
sabarlah.. aq pun pernah menyesal kerana terlepas ckp ni..uhuh.. tp ingt smua ni dah d catur oleh Allah, ad hikmahnya..
ReplyDeleteinsyaALLAH, salleh...
ReplyDeleteskrg lbih baik muhasabah diri...mudah2n sgalanya baik...insyaALLAH... -_-''
(^_^)....
ReplyDelete:)
ReplyDelete