Salam Perjuangan

Thursday, June 30, 2011

Then, THANKS!

Everything going to me. Everything my mistakes. Everything hurts you and only. Now, everything is over! And I don't think there's any reason for me here. If the existence of me make you sick, then I'll go. What's my point here? If my one and only precious person here upset with me madly exactly like the way you upset with Qila. How do you understand how lonely I am here? If you are like that, then I am no used to be here. To be alone in this room, in this block. Finally, I am still alone. Then, I am so sorry for everything. And thanks to you for everything.

Mungkin awak akan fikir saya ni terlalu ikutkan perasaan. Tapi, awak hakikatnya tak ada kat tempat saya. Bagaimana saya rasa sepanjang hidup saya ni. Saya redha. Tapi saya hanya manusia yang lemah. Punya banyak kelemahan. Dan memang saya jahat. Saya selalu buat awak tertekan dengan kehadiran saya. Maafkan saya atas kesilapan saya. Awak terlalu baik dan saya takkan jumpa insan sebaik awak sebagai teman terbaik saya. Maafkan saya. Saya tak sanggup mental saya dihukum macam ni. Jadi, mungkin macam ni lebih baik untuk awak. Maafkan saya sekali lagi. Thanks, kawan.

Assalamu'alaikum.

THANKS!

Sunday, June 26, 2011

Mencari Sesuatu....

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Aku cuma manusia biasa, yang sering tergigit lidahnya. 
Kekhilafanku dalam mengatur langkah terkadang menjerat diri. 
Mudah saja aku berpaling. 
Secebis hatiku direntap kasar oleh arus duniawi bagaikan ombak tsunami yang merubah geografi dunia. 
Ya, aku sedar ada mata yang bisa membaca kekeliruanku. 
Ada yang membiarkan persoalan bermain di minda sedar. 
Hakikatnya mata yang melihat itu tidak mampu menyelusuri badai gelora jiwa ini. 
Aku keliru. 
Aku sedar langkahku sering tersilap. 
Saban malam hatiku bersoal jawab antara yang membenarkan dan yang mendustakan. 
Jiwaku menangis dalam diam. 
Menilai dan mencongak keputusan. 
Jemari ini yang mencorak langkahku, menolak keliru hatiku dan menafsir nikmat dan petunjukNya yang terbaik buatku. 
Ya Allah, berikan secebis hati kurniaanMu ini yang semakin dicemari dakwat hitam hawa nafsu dan duniawi kekuatan serta ketabahan dalam menambat keputusan yang membawa hamba kepada kebahagiaan ukhrawiMu. 
Tunjuki diriku jua dirinya jalan kebenaran, berikan cahaya peringatan dalam kekuasaanMu untuk kami. Lindungi kami dari keaiban dan selamatkanlah kami dengan petunjuk yang sehalus selumbar namun bisa menyelami pelusuk hati kami. 
Hanya padaMu aku bergantung harapan. 
Engkau Maha Mengetahui dan Engkau Maha Mengasihani. 
PadaMu kusandarkan bahagia, padaMu kusandarkan perlindungan dan kepadaMu jua kusandarkan segalanya. 
Hanya padaMu.

Masihkah ada untukku keampunan?

Saturday, June 25, 2011

My Friends


My Friend

Ku pandang langit
Awan berarak… meninggalkan tempat dan terus bergerak
Wajahmu ku tatapi dengan senyuman
Cerianya hatiku bersama denganmu

Aku sandarkan pada pohon rendang
Bersama kenangan menerjah minda
Saat kita bersama tika kecil hingga dewasa

Inilah tempat kita
Inilah pemandangan kita
Menjadi tatapan kau dan aku kala kita bertemu
PadaNya aku ucapkan syukur
Kerana ukhuwwah kita terus utuh

Aku sandarkan pada pohon rendang
Bersama kenangan menerjah minda
Saat kita bersama tika kecil hingga dewasa

teringat aku….
Pernah tika aku marah, kau di sisiku
Melayani kerenah sahabatmu wajah memerah
Kau biarkan aku melepaskan ia
Hingga jiwaku menjadi reda
Akhir kata, kau berikan aku seungkap kata……… “sabar”
Hingga kini masih melekat di ingatanku

Teringat aku….
Saat aku bersedih, kau masih di sisiku
Memujukku masih dengan ungkapan itu……… “sabar”
Hingga hatiku menjadi sejuk
Kau terus tersenyum padaku
Menceriakan semula hariku
Hingga kini masih segar padaku

Tika aku ceria, tika aku berduka,
Kau tetap di sisiku…..
Kaulah sahabatku…….

Thursday, June 23, 2011

Hey, Jangan Cakap Besar Lah!

Assalamu'alaikum...

Bismillah....

Alhamdulillah. Hari ni aku dipermudahkan olehNya dalam setiap urusanku. Syukur kepadaMu kerana mengurniakanku rezeki ini. ^_^

haa....kan dah malu!
Dalam gembira ni jugak terdapat pengajaran dan peringatan buat diri aku dan mungkin buat sahabat2 semua. Nak dijadikan cerita, aku keluar dengan kawan aku ke Shah Alam amik barang. Masa tengah tunggu komuter, aku pun bercerita dengan kawan aku tu. Suara aku ni boleh dikatakan agak nyaring2 tak merdu gitu, dan orang kat berhampiran confirm boleh dengar setiap apa yang aku kata. Then, tanpa sedar rupa-rupanya aku bercakap macam orang riak. Sampailah aku perasan member kat sebelah aku tu membisu dan terus layan mp3. Aku pun pelik lah. Tiba-tiba je. Aku macam tak wujud lak rasa. Tengah layan otak aku yang tertanya-tanya tu, aku pun mesej la member aku kat SEBELAH tu tanya aku ni wujud tak rasa-rasanya. Last2 dia pun gitau kat aku yang dia tak suka aku riak. Baru lah aku perasan rupa2nya apa yang aku cakap tu seolah2 aku ni riak dan boleh buat orang menyampah. Hummm.... awatlah aku ni tak fikir dulu before bercakap. Humm...muhasabah dirilah aku pastu. 

Peringatan buat aku.......dan buat kawan2 gak. Before bercakap lebih-lebih lagi kat kawasan yang ramai orang tu, kita fikir-fikir dulu before cakap dan tengok lah keadaan sekeliling ye. Lagi2 kena kat orang macam aku, suara boleh kata agak lantang dan nyaring. Huhu...tak pasal2 boleh buat orang kat sebelah kita tu menyampah. Huhu...mujurlah member aku tu tegur walaupun dah terlanjur aku bercakap tu. At least aku tahu mana silap aku. Alhamdulillah. Thanx sesangat kat member aku ni. Sayang sangat2 kat dia. Dia memang terbaik! ^_^

Okaylah. Sampai sini jek. Peristiwa dan peringatan untuk aku dan untuk semua. 

Selamat malam!! ^^
Wassalam. 

Tuesday, June 21, 2011

Kasih Ibu!!!

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Alhamdulillah. Tangan ni terasa ringan untuk update blog yang hampir berkulat ni kerana ditinggalkan tuannya sementara waktu. Yep. Hari tu cuti tiga minggu balik kampung. Kat rumah takde internet pun. Jadi susah lah nak update blog. Tu pun dapat update sikit je. Rezeki abang balik bawak w1max. Last2 aku guna sampai habis kredit. Hehehe. 

Sepanjang kat kampung, mood aku selalu spoiled. Menangis je tak habis2. Kenapa aku menangis? Mungkin kebahagiaan yang aku tunggu belum muncul lagi. Mungkin juga aku terlalu tertekan. Alhamdulillah. Mak selalu bersama akak. Akak bersyukur memiliki ibu yang sangat pengasih dan memahami akak. Pernah satu malam aku diganggu tekanan yang sangat teruk. Sampai bengkak mata aku, mata hati aku tahan air mata dari mengalir. Jalan ketenangan yang paling mujarab adalah dengan berdoa dan memohon keampunan dariNya. 

Alhamdulillah. Allah Maha Pengasih. Saat aku kesedihan macam tu, Dia telah pun kurniakan aku seorang ibu yang sangat penyayang. Dalam pelukan mak, akak menangis. Menangis semahunya. Melepaskan segala rasa yang terpendam. Rambut akak mak belai, bahu akak mak usap. Mak tenangkan akak dengan kata-kata nasihat. Dua kali akak berkeadaan macam tu. Mak tetap di sisi akak, memberi kata2 semangat dan menghulurkan belaian kasih sayang yang kukuh terpahat di hati. 

Mak, sekarang akak jauh dari mak. Terpisah oleh jarak yang berbatu. Cuma handphone je yang jadi penghubung kita. Lepas ni, sepanjang dua bulan akak kat sini, akak tak dapat rasai belaian dan pujukan dari mak kalau akak bersedih. Akak sangat rindukan mak. Kalau boleh aka nak mak sentiasa di sisi akak. Akak kat sini kesepian mak. Sepi. Dan tiap kali akak keseorangan akak selalu dibayangi belaian kasih sayang dan pujukan mak. Akak......... Rindukan mak. 

Semoga perihatin Allah mengiringi diriku di sini...
Mengubati luka yang terbuka...
Kerana kewujudanku terlontar jauh...
Moga kesepianku terubat...
Dengan kehadiran mereka yang tulus menghulurkan kasih di sisiku...

Alhamdulillah. Aku start kerja kat bakeri macam biasa. Penat tu jangan cerita la. Tapi takpe, aku dah biasa. Alhamdulillah. Dah rezeki aku kat situ. Aku tak kisah pun. 

Dulu....aku jarang sangat mesej dan call mak. Khilaf aku. Saat aku seronok dengan kawan-kawan dan cari duit sendiri, aku terabaikan mak sendiri. Sekarang terbuka luas mata hati aku, tak kira aku susah atau senang, mak tetap bersama aku. Maafkan akak, mak. Akak sentiasa merindui mak kat sini. Sangat2 rindukan mak. 

Kawan2, 
Jangan kerana kita bahagia bersama insan lain,
Kita leka bahawa kita punya ibu,
Sekalipun kita bahagia menyintai seseorang,
Namun kasih ibu masih setia bersama kita,
Walau kita berbalas mesej dengan sahabat mahupun kekasih hati,
Kasih ibu tak pernah berubah,
Aku tahu di luar sana ramai yang macam aku,
Kadang2 bahagia bermesej bersama teman2 dan yang tersayang,
Hingga mengalahkan mesej dengan ibu bapa yang sekian lama bersama kita,
Lebih2 lagi insan bergelar ibu,
Kalau boleh kita lebihkanlah ibu kita,
Kalau kita boleh mesej dengan teman2 sehari berkali2,
Rasanya takkan susah untuk mesej ibu kita walau sekali sehari bertanya khabar kan?
Berkongsi segala masalah dengan mereka,
Itu lebih membahagiakan, 
Kerna kasih ibu hingga ke syurga. 

comel kan mak aku?hehe...

Sekian...Sampai sini saja. I LOVE MY MOM SO MUCH!