Salam Perjuangan

Thursday, June 23, 2011

Hey, Jangan Cakap Besar Lah!

Assalamu'alaikum...

Bismillah....

Alhamdulillah. Hari ni aku dipermudahkan olehNya dalam setiap urusanku. Syukur kepadaMu kerana mengurniakanku rezeki ini. ^_^

haa....kan dah malu!
Dalam gembira ni jugak terdapat pengajaran dan peringatan buat diri aku dan mungkin buat sahabat2 semua. Nak dijadikan cerita, aku keluar dengan kawan aku ke Shah Alam amik barang. Masa tengah tunggu komuter, aku pun bercerita dengan kawan aku tu. Suara aku ni boleh dikatakan agak nyaring2 tak merdu gitu, dan orang kat berhampiran confirm boleh dengar setiap apa yang aku kata. Then, tanpa sedar rupa-rupanya aku bercakap macam orang riak. Sampailah aku perasan member kat sebelah aku tu membisu dan terus layan mp3. Aku pun pelik lah. Tiba-tiba je. Aku macam tak wujud lak rasa. Tengah layan otak aku yang tertanya-tanya tu, aku pun mesej la member aku kat SEBELAH tu tanya aku ni wujud tak rasa-rasanya. Last2 dia pun gitau kat aku yang dia tak suka aku riak. Baru lah aku perasan rupa2nya apa yang aku cakap tu seolah2 aku ni riak dan boleh buat orang menyampah. Hummm.... awatlah aku ni tak fikir dulu before bercakap. Humm...muhasabah dirilah aku pastu. 

Peringatan buat aku.......dan buat kawan2 gak. Before bercakap lebih-lebih lagi kat kawasan yang ramai orang tu, kita fikir-fikir dulu before cakap dan tengok lah keadaan sekeliling ye. Lagi2 kena kat orang macam aku, suara boleh kata agak lantang dan nyaring. Huhu...tak pasal2 boleh buat orang kat sebelah kita tu menyampah. Huhu...mujurlah member aku tu tegur walaupun dah terlanjur aku bercakap tu. At least aku tahu mana silap aku. Alhamdulillah. Thanx sesangat kat member aku ni. Sayang sangat2 kat dia. Dia memang terbaik! ^_^

Okaylah. Sampai sini jek. Peristiwa dan peringatan untuk aku dan untuk semua. 

Selamat malam!! ^^
Wassalam. 

No comments:

Post a Comment