Salam Perjuangan

Saturday, May 26, 2012

Tudung, Kopiah dan Ego

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Engkau masih memberikan aku kesempatan untuk terus bernafas dan berusaha memperbaiki kelemahan itu sekalipun ianya sering berulangkali berlaku. Astaghfirullah al-'adzim. 

Tudung, Kopiah dan Ego. Tajuk... macam kontroversi je kan. Agak2 dah boleh bayangkan tak apa yang Ziera nak cakap? Apa yang Ziera nak sampaikan ni, jadikanlah ianya sebagai pengajaran dan pedoman buat kita semua. Rendahkan ego kita untuk menerima nasihat dan teguran seorang manusia bernama Rakan/ Sahabat. 

A - seorang lelaki yang terkenal dengan gelaran "ustaz"
B - seorang perempuan yang bertudung labuh, selalu berusrah boleh dikategori "ustazah" 
C - sahabat2 "ustaz"
D - sahabat2 "ustazah" dari kumpulan yang lain
E - hamba ALLAH yang lain (lelaki mahupun perempuan bergantung pada situasi)
(pening jugak bila kategori2 ni bercabang2...huuu)

Situasi 1
B pergi ke kelas. Hari ni dia tidak memakai 'handsock' kerana semuanya kotor (memang tak dapat elak). Masa kat kelas A terperasan yang B tak pakai 'handsock'. Maka......
A : Eh, ustazah B tak pakai 'handsock' lah...isk2...
C : Haah lah... hmmm...
A : Tak istiqomah... cerah warna kulit...
C : Haha...sempat kau tengok ya?

- Awak nampak aib orang, awak jadikannya sebagai tajuk bualan? Awak tahu kan itu salah satu situasi mengumpat? Dan awak buka aib orang lain? -

 
Situasi 2
B berjalan ke kafe. Dan dia ditegur seorang classmate lelaki. 
E : Assalamu'alaikum, ustazah B! 
B : Wa'alaikumussalam, E!
Kumpulan D ternampak situasi itu. Setelah E berlalu...
D : Eh B, awak tak boleh buat macam tu lah. Jaga pandangan, tak elok mesra macam tu dengan lelaki. Salah tu...! (mata tengok jeling2 tak boleh blah lagi ek...)
B : Eh? Saya cuma menjawab salam yang diberi... 
D : Ish2...

- Awak... perlu ke? Macam tu ke nak tegur nasihat orang? Dan nasihat tu kena pada tempatnya ke? -

Wekk...jelinglah...biar juling! x[
 Situasi 3
Setelah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh B, dia dipinggirkan. Seolah-olah dia tiada peluang untuk memperbaiki diri. Pandangan mata dan layanan semakin berbeza. Seolah-olah lahirlah kelompok Mr. Perfects dan Miss Perfects dalam kalangan ustaz dan ustazah ini. Yang bersalah perlu dijauhi. B tertekan kerana tidak diberikan peluang, dia terkapai2.
B : Aku salah, tapi kenapa aku dipinggirkan? Macam ni ke Islam mengajar umatnya untuk berdakwah?  
Dalam dia keseorangan, dia ditegur mesra oleh seorang manusia yang berbeza ideologi dan kepercayaan. Dia ambil berat, menyampaikan nasihat, pendengar yang baik. Dalam masa yaang sama dia menyampaikan dakyah yang meresap ke dalam hati B secara halusss. Maka......... kepercayaan B telah dipesongkan. 

- Perlukah menjadi terlalu ego hingga merasakan diri anda perfect dan tidak boleh menerima kesalahan? Tidakkah anda rasakan kelompok2 yang masih terkapai2 itu perlu didekati bukan untuk dihinakan dipinggirkan? Apakah seorang yang bertudung labuh jika terlihat salahnya itu, dia akan disalahkan secara berterusan. Maksudnya kalau dah tudung labuh, "TIDAK DIBENARKAN MELAKUKAN KESALAHAN"? -


Sedarlah wahai sahabat. Adakala diri terasa baik, sebenarnya kita masih banyak kekurangannya. Adakala diri terasa banyak ilmu, sebenarnya ilmu itu baru setitis dari air laut umpamanya. Saat ego merajai hati meminggirkan mereka yang kamu rasakan TIDAK SETARAF, kamu menyerahkan mereka yang perlu dibimbing itu ke mulut naga untuk diNGAP! Jadi, renung2kan dan selamat beramal. Bukan semua yang macam ni, tapi kalau nak berdakwah Ziera rasa better kita buat kelas Psikologi untuk memantapkan dakwah yang berkesan. No one in this world is perfect, this word PERFECT is just for ALLAH SWT. He justified you, He judge you. Only ALLAH. Kita manusia, lengkapi hidup dengan peraturan dan gaya hidup acuan al-Quran dan al-sunnah. ALLAH tak suruh pun kita pandang rendah pada orang lain, Nabi Muhammad s.a.w tak tinggi diri dengan martabatnya sebagai kekasih ALLAH. Kita??? Tepuk dada tanya iman... :)

Berkawan biar ramai. Pilih kawan untuk membimbing kita ke jalanNya dan jadi kawan pilihan kepada mereka yang inginkan bimbingan. Enjoy your friendship lillahita'ala. ;)

Tertarik dengan quote ni...
Jom muhasabah diri! Maaf andai ada yang tersinggung dengan tulisan Ziera. Ziera masih banyak yang perlu diperbaiki. Mohon maaf dan doa kalian untuk Ziera dan mereka di luar sana untuk menjadi hamba ALLAH yang soleh dan solehah. InsyaALLAH. Sekian untuk Tudung, Kopiah dan Ego. With love~~ (^_^)

Wassalamun'alaik.  

Pertemuan Persahabatan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Hari ni dapat berjumpa dengan sahabat kesayangan, Azizah Qosamah. Banyak yang dibincangkan sebagai ilmu. Macam2 cabang ilmu yang dikongsi. Berusrah bersama Big Apple di The Mines. 

Alhamdulillah. Terubat rindu di hati pada sahabat kiut comel yang seorang ni. Hee.. perkongsian yang menarik, perbincangan yang hangat di pasaran gitu.

pinjam gambar orang sat...hehe

Sampai je The Mines, makan. First time merasa takoyaki. Subhanallah, sedap! Makan panas2 sampai melecur lidah. Haaaa... tulah gelojoh sangat. Tukang masak takoyaki ni memang hebat. Terkagum seketika melihat hasil kerja dia. Lepas makan takoyaki, naik food court makan yang berat pulak. Di situlah bermula usrah kami. Kemudian beralih tempat ke Big Apple. Nyum2. Berusrah sambil bermanis2an. Memang syiokk!! Heee...

Gigitan kami...hehehehe...lembut! :a
Terima kasih, Azizah. Kerana menjadi sahabat di kala Ziera memerlukan. Menjadi sahabat di waktu Ziera kegembiraan. Syukur ya ALLAH atas kurniaanMu ini. Semoga ikatan persahabatan ini membawa kepada jalan ALLAH dan mendapat rahmat keberkatan dari Yang Maha Esa. 
 
we snap each other...hehe
My bestie... :)
1st time pegang BB. Jakun! haha
Alhamdulillah...happy!

Balik dari UPM selepas hantar Azizah, terus ke KTHO, UKM. Layan gelak dengan Mr Aqmal, Miss Chan, Mr Paan dan Mr.........errr...tak tahu nama. Tak clear korang sebut nama tadi. Hehe...sori. 

Hari ni, alhamdulillah diberi keizinanNya untuk melepaskan seberapa banyak tekanan dengan kehadiran para sahabat dan rakan yang sporting dan sempoi. I feel happy today. Alhamdulillah, ya ALLAH.  

Next time kita ketemu lagi, sahabat. Sayangkan kamu kerana ALLAH. Subhanallah...!

Sekian untuk Berusrah Big Apple. Heeee... Love~

Wassalamun'alaik. ^_^ 

Friday, May 25, 2012

Sahabat dan Kawan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah dikurniakan kesempatan untuk terus bernafas dan merasai nikmat ALLAH. Selamat pagi sahabat2 dan kawan2 yang dikasihi dan dirahmati ALLAH SWT. Hari sabtu macam ni selalunya ramai antara kita yang takde kelas ataupun bekerja (bagi kakitangan kerajaan). Apa kata kita gunakan masa ini untuk siapkan assignment (untuk mahasiswa/i) dan kerja2 rumah (yang duduk rumah). Kemudian, lapangkan sedikit waktu untuk berusrah ilmu akhirat. Selama seminggu kebanyakannya kita gunakan untuk ilmu duniawi dan mencari rezeki. Tak nak mengaku? Jom cuba imbas balik masa yang berlalu untuk muhasabah diri. Kejarlah akhirat, maka dunia yang akan mengejarmu. ^_^

Tajuk post kali ni Sahabat dan Kawan. Apa bezanya ya? Bagi Ziera maksud dua perkataan ini ketara berbeza kerana erti tersiratnya. Bagi Ziera kedua-duanya memberi impak yang berbeza dalam kehidupan seharian seorang manusia. 

Kawan 
Ramai. Orang kata hilang satu, ramai lagi yang tunggu. Kebanyakannya hadir apabila senang, tinggalkan apabila duka. Dan bila konflik terjadi antara mereka, maka lidah tiada traffic light untuk mengata dan membuka cerita. Telinga yang mendengar mudah terpengaruh hingga terjadi pertelingkahan dan meminggir secara tak langsung. Apabila ditegur, bermasam muka. Apabila bertelingkah, terus putus hubungannya.

Sahabat 
Sedikit. Hilang satu, sukar untuk mencari sama sepertinya. Terbina ikatan kerana ALLAH. Hadir di saat kita suka mahupun duka. Dan bila konflik terjadi antara mereka, maka lidah terkawal untuk membuat keputusan, iman dan taqwa mengawal keadaan. Kemaafan mudah dihulurkan, kasih sayang indah tersemai. Telinga yang mendengar mencari kebenaran. Apabila ditegur, menerima seadanya. Apabila bertelingkah, cuba muhasabah. 

Sayang kamu kerana ALLAH. ^_^
 
Apabila iman memandu dalam persahabatan, bila dikhianati kita masih mendoakan. Masih mampu untuk memaafkan. Sekalipun pada pandangan kasarnya seperti terputus ikatan, namun hati masih redha memaafkan. Indah bersahabat kerana ALLAH, tenang meredhakan kerana ALLAH.  

Dan janganlah apabila bertelingkah, kita memburukkan keadaan. Menceritakan keburukan, memutuskan ikatan. Berdiam diri itu lebih baik untuk mengawal. Bukankah apabila diceritakan keburukan seseorang itu (kawan) kepada orang lain sama seperti memburukkan keadaan diri sendiri. "Dia cakap kawan dia macam tu, tak mustahil dia pun akan mengata aku macam tu kalau ada salah faham nanti.". Jadi, hati-hatilah ketika berbicara. Satu keburukan kamu nampak pada seseorang itu, mungkin seribu kebaikan yang orang lain nampak tentangnya. 

Jom doakan kebaikan untuk sahabat mahupun kawan. :)


Dengan ini, Ziera memohon seribu kemaafan dalam ikatan persahabatan andai ada kesilapan Ziera itu sukar untuk dimaafkan. Ziera takkan pernah sempurna, takkan pernah lari dari kesilapan. Ziera hanya manusia biasa, yang mungkin ada boleh menerima dan tidak mampu menerima diri ini seadanya. Andai kesilapan itu menyakitkan, mohon dimaafkan. Semoga lidah kita terkawal untuk mengatakan sesuatu keburukan antara kita. InsyaALLAH semoga ALLAH merahmati kalian semua. :)

Sekian untuk Sahabat dan Kawan. Sekiranya ada yang terasa hati, tersinggung dengan tulisan ini, mohon dimaafkan. Menegur kerana sayang, menegur kerana kekhilafan diri, menegur untuk muhasabah diri. Kalau saya salah, perbetulkan. Kalau kamu salah, saya juga akan perbetulkan. Bukankah indah menjalin persahabatan kerana ALLAH? Sejujurnya tiada tenaga negatif akan melingkari sesebuah ikatan itu. InsyaALLAH. ^_^ 

Ini hadiah dari seorang sahabat tersayang Ziera. Dia sangat gemar ambil gambar dengan DSLR dia tu. Hehe...
Wassalamun'alaik.  

Adakah Yang Begini?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum. 

Siapa kat sini tak mahu kahwin? Angkat tangan macam ni ya, \o/ . Haih...siapalah yang tak mahu tu kan? Fobia ke? Jangan fobia, ALLAH ada untuk meminta padaNya yang terbaik. Kan? Nampak sangat Ziera nak kahwin. Hehe.. Kalau diizinkan ALLAH, Ziera nak kahwin awal tahu! InsyaALLAH, Ziera bersedia untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri. Amboi2... Hehe..

Tak mahu lah sampai macam ni ok! :)

Siapa nak suami/isteri yang soleh/solehah? Siapa yang tak nak kan? Tapi ada ke yang tak kisah suami/isteri dia tak turuti perintah ALLAH? Kalau ada, semoga ALLAH berikan mereka petunjuk dan hidayahNya. InsyaALLAH, amin... :)

Maaf ya bagi Muslimin, 
Muslimah sekalian yang dikasihi dan dilindungi ALLAH, pilihlah bagi kamu seorang Muslimin yang boleh membimbingmu ke jalan ALLAH. Mengingatimu tentang ALLAH, menjagamu kerana ALLAH dan mengasihimu kerana ALLAH. Kamu layak untuk memilih ke mana arah tuju hidupmu selepas roh meninggalkan jasad. Apakah dengan romantik sahaja kita boleh bahagia? Apakah dengan kebanggaan sahaja kita boleh gembira? Pilihlah dengan iman bukan dengan hati dan perasaan. 

[Tapi PERINGATAN!]
Maaf ya bagi Muslimah,
Muslimin menegur itu kerana dia tak sanggup jadi 'terlalu penyayang' hingga rela meredah lautan api neraka kerana auratmu yang terdedah dan akhlakmu yang tak semenggah. Muslimin yang menegur itu kerana dia menyayangimu kerana ALLAH. Bukanlah hipokrit alasannya untuk menutup aurat dan menjaga akhlak. Tetapi sedangkan perintah ALLAH tidak kamu turuti, inikan pula perintah suami yang hanya hamba Ilahi? 

Hahhh...dah berkenan dan tahu kenapa kita pilih dia? Apa lagi, risik2 lah pelan2, tanya member2 diorang, then, green light, inbox terus. Takut kalau tak selidik dulu, nanti dah beristeri pula orang tu. Memang lah tak salah isi salah satu tiga tempat kosong, tapi sanggup ka?

Menarik! Hehehe...
Muslimin gentleman, ada tak dalam kalangan anda yang gentleman dan berani habis macam dalam gambar ni? Kalau dah cukup syarat dan mampu, terus jumpa mak ayah dia. Baru betul-betul terbukti kesungguhannya. Kan? 

Ini baru betul macho! ^_^
Habis kalau tak nak macam ni, kita nak yang macam mana? Macam gambar kat bawah ni? Beromantik-romantik, berdua-duaan, bermanja-manjaan merasai 'kemanisan' cinta macam ni kemudian??? Bila tak serasi? Kebabooooommm!!! Perang?? Sakit hati? Bomoh? Wah, banyaknyaaaaa! Ini bukan penyayang ye, kawan2. Ini pemusnah iman. Maafkan Ziera kalau bahasa Ziera ni kasar dan menyinggung mana-mana pihak. Tapi jujur Ziera katakan, andai pasangan anda mahukan tangannya dipegang sebelum nikah, mahu menyentuh sebelum nikah, tinggalkanlah dia (kalau dah nasihat, tak makan saman). Maafkan Ziera sekali lagi. Astaghfirullah.

Menyentuh sebelum nikah bukan bermaksud SAYANG!!!
Perhatikanlah. Di akhir zaman ini, pilihlah yang terbaik bagi hidupmu di akhirat sana. Apa yang Ziera tuliskan ni adalah datang dari hati, pengalaman dan pedoman untuk kawan2. Cukuplah apa yang Ziera dengar dari sahabat Ziera. Pengalaman itu mengajar Ziera, pedoman bagi kawan2, pengajaran bagi orang yang beriman. InsyaALLAH.

p/s : Maafkan Ziera sekali lagi andai menyinggung mana-mana pihak dan menyakitkan hati sesetengah sahabat. Ziera menyampaikan kerana sayang bukan kerana nak tunjuk pandai. Wallahu'alam. Sekian untuk Adakah Yang Begini?. Wassalamun'alaik. ^_^

 

Diari Untuk Kekasih

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum.

Dah lama tak update blog ni. Nampak macam dah bersawang pun ya. Mujur takde perisian untuk blog bersawang lama tak update kan. Kalau tak memang  blog Ziera boleh menang blog paling lama tak update. (Ye2 jek...)

Alhamdulillah. Masih dikurniakan kudrat dan jasad masih berisi roh untuk terus bernafas di bumi Tuhan. Tajuk post macam romantik gitu kan? Diari untuk kekasih. Tapi kekasih dalam konteks Ziera ni, Kekasih Yang Maha Agung. Romantik bersama ALLAH, apakah satu kesalahan atau satu perkara yang mustahil? Tidak, sama sekali TIDAK! Malah itulah yang diperintahkan juga dimahukan oleh ALLAH Maha Pencipta. 

Jadikan ia diari cinta untuk suami dan isteri anda. Bukan untuk kekasih sebelum nikah.

Kita selalu dengar, "Eeeiii...romantiknya pasangan ni. Siap tukar-tukar diari lagi. Takde rahsia antara diorang. Kan?" Member sebelah pun angguk2 dengan muka "berangan2". Dan selalu juga kita diperdengarkan malah dipaparkan dengan kisah-kisah diari kehidupan manusia yang meluahkannya atas sebuah buku tebal untuk meluahkan perasan dengan ayat2 lebih kurang macam ini, "Hari ni aku dapat duit dari mak ayah. Bestnya... syukur alhamdulillah.".

Akan tetapi.... teramat jarang pada akhir zaman ini kita lihat atau membaca kisah-kisah diari berisi luahan perasaan kepada Tuhan. Tapi, Ziera ada terbaca satu cerpen tentang diari seorang isteri yang digunakan untuk memisahkan dua insan yang sedang menyulam bahagia. 

Sekarang dah ada jual kat pasaran...dah lama dah ada.

Hakikatnya diari si isteri itu isinya teramat berbeza dengan apa yang dibaca oleh suaminya. Dan diari yang ada di tangan suami itu adalah diari fitnah dari seseorang yang dengki dengan kebahagiaan mereka. Ziera tertarik dengan isi diari si isteri tu. Diarinya penuh dengan isi dan luahan hatinya kepada ALLAH. Setiap tulisan bermula dengan bismillah. Seolah-olah dia sedang berinteraksi dengan ALLAH, mengadu, bermanja dan meluahkan perasaannya dengan ALLAH. Sungguh, Ziera memang tertarik dengan diari si isteri tu. 

" 26 Mei 2012 : Ya ALLAH, hari ini aku diuji dengan sebuah ikatan persahabatan yang menggugat perasaan. Apakah kesilapanku itu wajar dihukum begitu? Aku hanyalah manusia biasa yang terkadang rapuh dengan godaan, tidak lari dari kesilapan. Namun, aku juga layak untuk memperbaiki diri, menjadi lebih baik. Apakah dengan ini, aku bisa menjadi lebih baik? Dengan tajam lidah berbisa hinaan dan kutukan, aku mampu menjadi manusia penuh pedoman? Apakah yang mereka fikirkan, ya ALLAH. Wajarkah aku dihukum begini? ALLAH... Aku bersandar padaMu Yang Maha Mengetahui, agar Engkau pinjamkan tunjang kesabaran untuk aku terus berjalan dalam keseorangan setelah dipinggirkan." -contoh tau...-


Ziera dapat rasa seolah-olah kita mengadu dan terus berdoa dengan berdiari cara begini. Sejuk hati, tenang jiwa, damai rasa. Bagaikan bermanja dengan Yang Maha Pengasih. Alangkah indahnya perasaan bila dikasihi Yang Maha Besar. Menyemai cinta dan rasa denganNya. Seronok kan? Tak perlu rasa sakit hati dikutuk, dimengata, diumpat. Semuanya Dia dengar sepanjang masa. Tiada masa ALLAH itu tiada di saat kita memerlukan. Seronok kan? 

Memang bukan mudah semudah apa yang diperkatakan. Kenalilah ALLAH, sesungguhnya kita diciptakan untuk mengenaliNya, mencintaiNya, mengabdikan diri kepadaNya. 

Sekian, untuk Diari Untuk Kekasih

p/s : Andai ada yang tersinggung dan terasa hati, maafkan saya yang berdosa dan lemah ini. Tiada niat di hati untuk menyinggung, tiada maksud untuk menyakitkan. Mohon dimaafkan. Astaghfirullah al'adzim. Senyum selalu. Wassalamun'alaik. ^_^