Salam Perjuangan

Friday, May 25, 2012

Adakah Yang Begini?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum. 

Siapa kat sini tak mahu kahwin? Angkat tangan macam ni ya, \o/ . Haih...siapalah yang tak mahu tu kan? Fobia ke? Jangan fobia, ALLAH ada untuk meminta padaNya yang terbaik. Kan? Nampak sangat Ziera nak kahwin. Hehe.. Kalau diizinkan ALLAH, Ziera nak kahwin awal tahu! InsyaALLAH, Ziera bersedia untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri. Amboi2... Hehe..

Tak mahu lah sampai macam ni ok! :)

Siapa nak suami/isteri yang soleh/solehah? Siapa yang tak nak kan? Tapi ada ke yang tak kisah suami/isteri dia tak turuti perintah ALLAH? Kalau ada, semoga ALLAH berikan mereka petunjuk dan hidayahNya. InsyaALLAH, amin... :)

Maaf ya bagi Muslimin, 
Muslimah sekalian yang dikasihi dan dilindungi ALLAH, pilihlah bagi kamu seorang Muslimin yang boleh membimbingmu ke jalan ALLAH. Mengingatimu tentang ALLAH, menjagamu kerana ALLAH dan mengasihimu kerana ALLAH. Kamu layak untuk memilih ke mana arah tuju hidupmu selepas roh meninggalkan jasad. Apakah dengan romantik sahaja kita boleh bahagia? Apakah dengan kebanggaan sahaja kita boleh gembira? Pilihlah dengan iman bukan dengan hati dan perasaan. 

[Tapi PERINGATAN!]
Maaf ya bagi Muslimah,
Muslimin menegur itu kerana dia tak sanggup jadi 'terlalu penyayang' hingga rela meredah lautan api neraka kerana auratmu yang terdedah dan akhlakmu yang tak semenggah. Muslimin yang menegur itu kerana dia menyayangimu kerana ALLAH. Bukanlah hipokrit alasannya untuk menutup aurat dan menjaga akhlak. Tetapi sedangkan perintah ALLAH tidak kamu turuti, inikan pula perintah suami yang hanya hamba Ilahi? 

Hahhh...dah berkenan dan tahu kenapa kita pilih dia? Apa lagi, risik2 lah pelan2, tanya member2 diorang, then, green light, inbox terus. Takut kalau tak selidik dulu, nanti dah beristeri pula orang tu. Memang lah tak salah isi salah satu tiga tempat kosong, tapi sanggup ka?

Menarik! Hehehe...
Muslimin gentleman, ada tak dalam kalangan anda yang gentleman dan berani habis macam dalam gambar ni? Kalau dah cukup syarat dan mampu, terus jumpa mak ayah dia. Baru betul-betul terbukti kesungguhannya. Kan? 

Ini baru betul macho! ^_^
Habis kalau tak nak macam ni, kita nak yang macam mana? Macam gambar kat bawah ni? Beromantik-romantik, berdua-duaan, bermanja-manjaan merasai 'kemanisan' cinta macam ni kemudian??? Bila tak serasi? Kebabooooommm!!! Perang?? Sakit hati? Bomoh? Wah, banyaknyaaaaa! Ini bukan penyayang ye, kawan2. Ini pemusnah iman. Maafkan Ziera kalau bahasa Ziera ni kasar dan menyinggung mana-mana pihak. Tapi jujur Ziera katakan, andai pasangan anda mahukan tangannya dipegang sebelum nikah, mahu menyentuh sebelum nikah, tinggalkanlah dia (kalau dah nasihat, tak makan saman). Maafkan Ziera sekali lagi. Astaghfirullah.

Menyentuh sebelum nikah bukan bermaksud SAYANG!!!
Perhatikanlah. Di akhir zaman ini, pilihlah yang terbaik bagi hidupmu di akhirat sana. Apa yang Ziera tuliskan ni adalah datang dari hati, pengalaman dan pedoman untuk kawan2. Cukuplah apa yang Ziera dengar dari sahabat Ziera. Pengalaman itu mengajar Ziera, pedoman bagi kawan2, pengajaran bagi orang yang beriman. InsyaALLAH.

p/s : Maafkan Ziera sekali lagi andai menyinggung mana-mana pihak dan menyakitkan hati sesetengah sahabat. Ziera menyampaikan kerana sayang bukan kerana nak tunjuk pandai. Wallahu'alam. Sekian untuk Adakah Yang Begini?. Wassalamun'alaik. ^_^

 

No comments:

Post a Comment