Salam Perjuangan

Friday, August 26, 2011

Sudah Aku Terlena

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Pejam mata digenangi airnya
Terlayang minda bersama duka
Sudah...
Sudah aku terbuai oleh mimpinya
Terlena bersama leka

Hanyut perahu yang didayung
Merentasi garisan akal
Melintasi perbatasan
Kerna leka dengan arus dunia

Sungguh
Dihempas kesal 
Namun aku yang seolah bebal
Langkah bagaikan disekat
Oleh batu nafsu yang memberat

Dosa mengejar bersama noda
Menghimpit kotak amal
Rohani semakin menghilang
Iman ucap selamat tinggal

Jangan tinggalkan ku sendirian
Walau dalam jasad yang berdosa
Jauh di dalam sudutnya
Masih punya sekelumit kesal
Mengharap keredhaan
Dan ampunan Tuhan

Jangan biarkan aku
Terus terlena dibuai mimpi
Mimpi yang tak mungkin
Membawaku melayari bahtera
Kebahagiaan di atas sana

Jangan tinggalkan aku
Iman yang semakin tipis
Aku masih perlukan engkau
Beriringan bersama hati
Ditemani jiwa
Dikasihi oleh Dia
Dengan pengampunanNya

Jangan terlena......

.............................................aku terbuai oleh mimpi yang menempah neraka. Astaghfirullah.

Wassalamun'alaik. -.-"

Saturday, August 20, 2011

Terkilan.........

Bismillah...

Assalamu'alaikum....

Terdetik satu tiupan
Menjentik setiap urat-urat sendi
Bergetar rasa hati
Terkesan dek panahan petir duka

Tersekat rasa di laluannya
Bagai tidak tertelan butir bicara
Ucapan yang terungkap
walau dalam pergerakan jemari runcing

Kini...
Terlintas di kotak fikiran
Terdetik di dalam sanubari
Mungkin inilah pengakhiran bagiku
Mungkinkah ini akhir buat jemariku
Menukil puisi, mengekspresi diri
Kerna.........
Tiada....

Salam dan ucapan kasih atas kesudian
Menghayati nukilan terkubur ini....

Salam Aidilfitri

Monday, August 15, 2011

Aku Mencemburui

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Simbahan angin berpusing
Saat pancaindera tertumpu pada paparan teknologi
Walau hanya kepingan foto
Aku terkesima
Terkedu, membisu dan terus terpaku

Tidak ku jangka
Kolam mata sudah digenangi airnya
Menanti pecahnya empangan yang tersimpan

Sungguh.... aku mencemburuimu
Namun hatiku cuba merelakan
Mungkin ada hikmahnya aku dipinjamkan ke dunia begini

Bersyukurlah wahai pejuang kebenaran
Dadamu terisi dengan setitis ilmu Ilahi
Berdamping seiringan pemburu cintaNya
Sedang ada insan sepertiku
Yang masih di lautan gelisah
Terheret ke ombak noda

Lihatlah pemandangan di.....
Atasmu, kananmu, kirimu, hadapanmu, belakangmu
Indahnya pejuang agama Ilahi
Dihiasi jua perhiasan indah
Wanita solehah
Diiringi bisikan zikrullah
Sungguh.... aku mencemburuimu

Gapailah mujahadahmu
Bersama iringan doa mereka di sisimu
Wariskan perjuanganmu pada penyambung pejuang Kekasihmu
Hulurkan walau setitik dakwat pena ilmu

Aku mencemburuimu
Walau hanya tertumpu lensa mataku pada kepingan foto itu
Tercetak wajahmu menghayati
Bermunajat 
Menangis keinsafan
Tika perhimpunan penuh indah itu...........
Sungguh... aku mencumburuimu.

"Bahasa hati terlerai menjadi kiasan bicara... kau mengerti butir bicaraku... nukilan dalam emosi keinsafan."

Wassalamun'alaik.

Thursday, August 11, 2011

Rindu Yang Hadir

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Bagaikan ombak yang menghempas pantai
Hadir bersama air mata yang mengalir
Sungguh...
Umpama hujan yang membasahi bumi
Kerinduan mengiringi sepi

Agungnya cinta itu
Menyemai bahagia abadi
Romantisnya saat berduaan
Bagaikan malam yang disimbahi cahaya bulan 
Bersama iringan bintang

Rindu itu hadir
Tatkala bersendirian
Rindu itu menemani 
Saat kesedihan

Mengapa?
Jalan terbentang luas
Masih di lopak itu
Memilih kesuraman dari kebahagiaan
Ahh... itu kehendak
Bukanlah keperluan

Apa ertinya keperluan?
Sandarkanlah kehidupan bukan pada kehendak
Tapi pada keperluan
Keperluan untuk bertemuNya di akhirat kelak

Saat rindu menjelma
Sayu rasa hati
Kerana selama ini.....
Hanya kehendak yang dituruti
Alpa pada nikmat yang selama ini dikecapi
Lupa pada pandangan rahmatMu
Terkedu tika langkah membeku
Rindu itu mendalam
Namun naluri itu mencengkam...
Janganlah.... Janganlah Engkau biarkan diri ini tersasar
dari luasnya cintaMu, Ya Rahim.......

Rindu... aku merinduiMu...

Moga saat nafasku di akhir detiknya
Penghujung hidupku
Bersama C.I.N.T.A agung
CintaMu... Ya Allah


Wassalamun'alaik. ^_^

Sehari - Seminggu - Sebulan Bersama KPJ Seremban

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah. Dah masuk hari ke-12 umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432H. Semoga amalan dan iman kita bertambah dari hari ke hari. 

Hari ni Siti (hehe...sekejap Siti, sekejap aku, sekejap nenek...dah macam chipsmore pulak kan? Jgn marah ek..) masih berniaga di KPJ Seremban. Tak tahu lah sampai bila Siti kerja untuk bulan ni. Mak dah mula bising bila nak balik kampung. Hurmmmm... Siapa kata Siti tak mahu balik. Nak balik, tapi banyak urusan kat sini yang belum selesai. Duit motor kena bayar dulu, motor kena servis (sebab servis free kan...ada dua ke tiga servis free...Siti lupa...huhu), nak kumpul duit untuk semester akan datang lagi. Hurmm... Banyak tau. Rindu sangat kat mak, tapi apakan daya. Terpaksalah bersabar.

Sehari - Seminggu - Sebulan (tak confirm...hehe) Bersama KPJ Seremban. Banyak kenangan berniaga kat sini. Best bila ramai customer dan kenal ramai orang, boring bila takde/kurang customer, seronok dengan banyak pengalaman promoting camni. Kat sini, kena banyak bersabar. Lebih-lebih lagi bila berniaga makanan di bulan Ramadhan ni kan. Menguju kesabaran dan iman. ^_^

Salah satu sifat untuk menemui kejayaan dan kebahagiaan adalah memiliki tahap kesabaran yang baik. Cuba kita bayangkan, orang yang nak berniaga tapi tak sabar. Nak untung saja tapi tak boleh terima dugaan andai mengalami sedikit kerugian. Dan paling Siti tak berkenan bila ada yang tak boleh terima persaingan. Nak dia je yang untung. Hurmmm... rezeki manusia lain-lain dan paling penting rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Janganlah kita terlalu tamak, Allah SWT dah tetapkan pun rezeki kita. Redha dan bersyukurlah atas setiap kurniaanNya. 

Sabar.... Macam mana nak maintainkan tahap kesabaran kita? Siti ada sikit tips. Pertama, cuba tanamkan rasa redha dalam hati dan bertawakkal pada Allah SWT. Bertawakkal bukan bermaksud kita berserah sahaja bulat-bulat, kita kena berusaha sebaik mungkin dan selebihnya baru kita berserah pada Allah SWT. Berdoa padanya. Jangan sombong untuk berdoa. Dia Maha Mendengar dan Maha Pemurah. Kedua, sentiasa tersenyum supaya dapat mengurangkan stress. InsyaAllah. Walaupun besar dugaan yang datang, kerugian yang bakal kita terima, kita kenalah sentiasa positif dan ukirlah walau segarit senyuman. InsyaAllah, dengan senyuman bermakna kita redha dengan ketentuan Allah SWT dan juga bermaksud kita bersyukur dengan nikmatNya. 

Masa tengah bosan-bosan menjaga tu, Siti sempatlah buat something. Melukis dan mengarang. Kat bawah ni Siti sertakan sekali gambar-gambar "bukti" Siti keboringan. Hehehehe...


Sketching My Expression

Mengarang Isi Hati

Mengarang 2...hehe

Saje buang kerja..huhu

Saje buang kerja 2...hihihi
"Bukti" keboringan...huhu

Haaa...tu je lah Siti nak membebel hari ni. Saja je nak isi keboringan. Ni pun tengah menjaga meja jualan N Zar Bakery kat KPJ ni. Nasib lah kat sini ade internet. Wifi free!!!! huhuhu... Layan jelah. 

"Sekuntum mawar itu bisa membunuh seekor kumbang kiranya dihiasi racun berbisa *nafsu*... Jadilah kamu kuntuman mawar yang harum mewangi berhiaskan taqwa dan keperibadian yang indah."

p/s : Apa saja yang Siti bebelkan kat sini bukan untuk Siti berlagak baik (walhal Siti bukan baik pun kot...wallahu'alam...), tapi sebagai perkongsian bersama. Untuk memperbaiki dan mengingatkan diri Siti sendiri jugak. InsyaAllah. ^_^

Salam Ramadhan. Assalamu'alaikum. :)

Tuesday, August 9, 2011

Andai Aku

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Pepasir pantai berjinak di jemari kaki
Air laut yang terhempas lembut dek ombak kecil nun di tengah lautan
Membasahi kaki ini
Bersama tamparan sang bayu ke tubuh
Dan saat itu terkaku jasad 
Seraya kolam mata yang bertakungan
Menanti detik tertumpah
Segala penyesalan dan keinsafan

Layakkah aku mencipta nama
Andainya aku hanya seorang pengemis kerdil
Layakkah aku menggapai awan
Andainya aku hanya sekerdil hama yang tidak berbekas

Wajarkah aku menggenggam sebutir permata
Andai aku hanyalah pepasir yang mengelirukan
Wajarkah aku berlari tanpa berpaling 
Andainya aku hanya bak sang kura yang ketinggalan

Tertipu hijab kerdipan matamu
Dek balutan palsu
Yang menghiasi diri
Kiranya aku....cumalah sebutir pasir
Yang ingin menjadi sebutir permata 
Yang memancarkan sinarnya

Rebah....tubuhku di atas hamparan pasir itu
Mengenang debu yang mengotori jasad ini
Perlahan mata yang terpejam kucelikkan kembali
Sang suria bagaikan menyimbahi cahayanya bersama aura rahmatNya
Mencerobohi ruang rompong-rompong malap jauh di sudut hati
Begitulah nilai keampunanNya
Bagaikan berganti segumpal darah itu dengan kasih sayangNya

Andai dulu aku hanya sebutir pasir
Akan aku pastikan
Bersama cahaya suria hidayahNya
Diiringi rahmat dan kasihNya
Cukuplah impianku untuk menjadi sebutir permata
Menjadi realiti berpanjangan

Andai aku suatu masa dulu
Hilang tumpuan mataku pada penanda arah
Akan aku pastikan sirna keyakinan itu menghiasi kerdipan hijabmu
Tiada lagi kesal di hatimu
Tentang diriku yang dulu......

Sekian....wassalamun'alaik.

Monday, August 8, 2011

Bakery And KPJ Seremban

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah... Hari ni nak masuk hari ke-9 kita berpuasa. Syukur pada Allah SWT kerana memberikan kita peluang untuk terus menikmati Ramadhan yang mulia ini. Buat diri Siti sendiri, juga buat sahabat dan pengunjung sekalian, jom! Jangan kita persiakan peluang dan nikmat ibadah di bulan yang penuh keberkatan ni. InsyaAllah.

Haaa... hari ni jugak merupakan hari ke-4 Siti dihantar oleh bos ke KPJ Seremban untuk jadi jurujual kat sini. Walaupun boring la kan jaga sorang-sorang tapi mujurlah ada internet, boleh la Siti update blog yang dah bersawang ni. Huhu... Siti kena jual produk@roti2 dan sewaktu dengannya kat KPJ ni. Alhamdulillah... dah rezeki bos Siti kan, masa 1st day jual ada la rugi sikit tapi masuk hari ke-2 ke-3, banyak jugak jualan yang laris kat sini. ^_^

Nak tengok gambar2 suasana kat sini tak? Nah, nikmatilah pemandangan indah di bawah....hehehehe... >,-

Nyum2!! hehehe


Emm...tukang jual jd tukang tengok ja... :p

Para pelawat dan pesakit juga penjual yang ada kat lobi KPJ

Baju!!! Jubah!!!! Nak beli tapi takdak duit...kempunan la... :(

Jiran sebelah...eh? Hilang dh...huhu...

Donat cokelat..nyum2!!^_^
Hehe... Best ke tidak yg penting happy jadi penjual produk N Zar Bakery ni bila orang kata Sedaaaaaaaaap....hehehehe ^_<

Oklah...sampai sini jek... Wassalamun'alaik. Salam Ramadhan! :)

Sunday, August 7, 2011

Apakah Aku....

Bismillah....

Assalamu'alaikum....

Apakah aku...
Akan selamanya begini
Kapan waktu aku terkandas oleh arus rasa
Memasang jerangkap samar yang terang lagi nyata kala aku celik

Apakah aku...
Terus di awangan
Tanpa realiti jejak ini di tanah
Atau sudah tibakah saatnya jasadku dikambus tanah
Menjadi makanan kala, si kecil semut berbisa dan cacing menggila
Tersingkap rasa gerun
Terasa sakit

Apakah aku...
Berjiwakan kekosongan
Berfikiran sempit
Terkeliru dalam ruangan gelita

Tika ini...
Ingin sekali aku mendaki puncak yang sepi
Melontarkan nada dari peti suara
Melemparkan kekusutan
Dan saat itu
Moga keajaiban mengejarku menghapus resah
Dan semuanya atas kekuasaanNya