Salam Perjuangan

Thursday, August 11, 2011

Sehari - Seminggu - Sebulan Bersama KPJ Seremban

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah. Dah masuk hari ke-12 umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan al-Mubarak 1432H. Semoga amalan dan iman kita bertambah dari hari ke hari. 

Hari ni Siti (hehe...sekejap Siti, sekejap aku, sekejap nenek...dah macam chipsmore pulak kan? Jgn marah ek..) masih berniaga di KPJ Seremban. Tak tahu lah sampai bila Siti kerja untuk bulan ni. Mak dah mula bising bila nak balik kampung. Hurmmmm... Siapa kata Siti tak mahu balik. Nak balik, tapi banyak urusan kat sini yang belum selesai. Duit motor kena bayar dulu, motor kena servis (sebab servis free kan...ada dua ke tiga servis free...Siti lupa...huhu), nak kumpul duit untuk semester akan datang lagi. Hurmm... Banyak tau. Rindu sangat kat mak, tapi apakan daya. Terpaksalah bersabar.

Sehari - Seminggu - Sebulan (tak confirm...hehe) Bersama KPJ Seremban. Banyak kenangan berniaga kat sini. Best bila ramai customer dan kenal ramai orang, boring bila takde/kurang customer, seronok dengan banyak pengalaman promoting camni. Kat sini, kena banyak bersabar. Lebih-lebih lagi bila berniaga makanan di bulan Ramadhan ni kan. Menguju kesabaran dan iman. ^_^

Salah satu sifat untuk menemui kejayaan dan kebahagiaan adalah memiliki tahap kesabaran yang baik. Cuba kita bayangkan, orang yang nak berniaga tapi tak sabar. Nak untung saja tapi tak boleh terima dugaan andai mengalami sedikit kerugian. Dan paling Siti tak berkenan bila ada yang tak boleh terima persaingan. Nak dia je yang untung. Hurmmm... rezeki manusia lain-lain dan paling penting rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Janganlah kita terlalu tamak, Allah SWT dah tetapkan pun rezeki kita. Redha dan bersyukurlah atas setiap kurniaanNya. 

Sabar.... Macam mana nak maintainkan tahap kesabaran kita? Siti ada sikit tips. Pertama, cuba tanamkan rasa redha dalam hati dan bertawakkal pada Allah SWT. Bertawakkal bukan bermaksud kita berserah sahaja bulat-bulat, kita kena berusaha sebaik mungkin dan selebihnya baru kita berserah pada Allah SWT. Berdoa padanya. Jangan sombong untuk berdoa. Dia Maha Mendengar dan Maha Pemurah. Kedua, sentiasa tersenyum supaya dapat mengurangkan stress. InsyaAllah. Walaupun besar dugaan yang datang, kerugian yang bakal kita terima, kita kenalah sentiasa positif dan ukirlah walau segarit senyuman. InsyaAllah, dengan senyuman bermakna kita redha dengan ketentuan Allah SWT dan juga bermaksud kita bersyukur dengan nikmatNya. 

Masa tengah bosan-bosan menjaga tu, Siti sempatlah buat something. Melukis dan mengarang. Kat bawah ni Siti sertakan sekali gambar-gambar "bukti" Siti keboringan. Hehehehe...


Sketching My Expression

Mengarang Isi Hati

Mengarang 2...hehe

Saje buang kerja..huhu

Saje buang kerja 2...hihihi
"Bukti" keboringan...huhu

Haaa...tu je lah Siti nak membebel hari ni. Saja je nak isi keboringan. Ni pun tengah menjaga meja jualan N Zar Bakery kat KPJ ni. Nasib lah kat sini ade internet. Wifi free!!!! huhuhu... Layan jelah. 

"Sekuntum mawar itu bisa membunuh seekor kumbang kiranya dihiasi racun berbisa *nafsu*... Jadilah kamu kuntuman mawar yang harum mewangi berhiaskan taqwa dan keperibadian yang indah."

p/s : Apa saja yang Siti bebelkan kat sini bukan untuk Siti berlagak baik (walhal Siti bukan baik pun kot...wallahu'alam...), tapi sebagai perkongsian bersama. Untuk memperbaiki dan mengingatkan diri Siti sendiri jugak. InsyaAllah. ^_^

Salam Ramadhan. Assalamu'alaikum. :)

No comments:

Post a Comment