Salam Perjuangan

Thursday, October 28, 2010

Final Examination Semester 1 2010/2011

Assalamu'alaikum..

Salam mujahadah. Alhamdulillah. Masih diberi peluang olehNya untuk terus beribadat di muka bumi Tuhan ini. Usia sudah menganjak menghampiri 21 tahun. Selama 21 tahun saya bernafas di sini, menjadi hamba yang lemah dan sentiasa memohon pertolonganNya. Saya rasa sangat bertuah, setelah hampir 18 tahun hidup saya terumbang-ambing tanpa pedoman yang sebenar-benarnya, akhirnya saya diberi peluang olehNya untuk kembali menjadi muslimah yang mahu istiqamah dalam penghijrahan ke arah kebaikan. Syukur alhamdulillah.



Hari ini, tanggal 28 Oktober 2010, tarikh bagi sesetengah pelajar UKM yang menduduki peperiksaan akhir semester 1 2010/2011. Ada yang berdebar-debar dan ada yang nampak relaks. Saya telah mencipta rekod dalam kehidupan sebagai pelajar UKM (personal record) menjadi pelajar pertama keluar dewan peperiksaan, menjawab soalan dalam masa 1 jam. Masa sebenar 2 jam. Agak cepat juga lah. Jawab memang boleh jawab, tapi dalam masa yang sama tak boleh tahan tahap kesejukan kat dalam dewan tu. Pelajar lain ada juga lah yang bawa sweater, saya ni alahai bergantung pada baju kurung yang dipakai saja lah. 

Alhamdulillah. Buat masa ni dah dua paper yang lepas. Tinggal paper yang boleh saya katakan "killer paper" saja yang tinggal iaitu paper OR dan kalkulus pembolehubah kompleks. Next week, paper OR. Banyak lagi yang kena cover. Memang subjek yang agak susah. Tetapi apakan daya, saya yakin bahawa saya boleh lakukannya. Sebab mak saya kata saya genius. Jadi saya kenalah prepare diri saya untuk jadi genius. Hehe..

Oklah. Nak prepare ni untuk paper OR. Fikiran tengah bercelaru. Agak celaru lah. Mak tengah demam, adik pula minta pinjam duit, duit pula hampir kering, makan sekali sehari dan penyakit gastrik dan penyakit "entah apa2" pula menyerang. Migrain pula jangan cerita lah. Dalam masa yang sama saya risaukan sesuatu. Ya ALLAH, ampuni aku. Saya tegur seseorang supaya jaga pergaulannya dengan berlainan jantina, tapi saya sendiri khilaf buat hal yang sama bila dia dah tak buat macam tu. Tanpa saya sangka saya pun buat perkara yang sama. Komen2 di facebook, walaupun nampak macam serius, tapi...... Ya ALLAH, laghanya perkara ni. Ya ALLAH, bukakanlah pintu hatinya untuk memaafkan aku. Aku menyesal. Aku silap. Sekalipun secara tidak aku sedar. Mujurlah Engkau lintaskan hal itu dalam hatiku pagi tadi. Astaghfirullah.... T_T

Ya ALLAH, damaikanlah hatiku. Tenangkanlah jiwaku. Tenteramkanlah fikiranku. Permudahkanlah segala urusanku. Amin~

Salam perjuangan. 
Wassalamun'alaik.

Tuesday, October 26, 2010

Menanti Di Barzakh


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,

Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.

Saturday, October 23, 2010

Dia...

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Dia
Dia tampak tenang
Kata-katanya bagaikan perangsang semangat
Senyumannya tampak menceriakan
Fikirannya tampak seolah nyata damai

Dia
Dalam hatinya tersembunyi rahsia
Rahsia yang tersimpul kukuh
Rahsia gelora perasaan

Dia
Cuba menahan gelora
Cuba menentang resah
Cuba menyangkal gelisah
Cuba mengukir senyuman walaupun hambar

Dia
Memohon doa padaNya
Bergantung harap padaNya
Menyerah keputusan padaNya
Merintih mengharap belasNya

Dia
Kembali bersyukur...
Sedaya upaya meredhai
Kerna dia pasti dengan janjiNya yang pasti
Kerna dia meyakini Tuhannya Yang Satu

Semoga dia terpelihara dari hasutan syaitan dan hawa nafsunya...
Senyumlah...kerana senyumanmu mampu mengubat jiwa yang gelora...
Kerna kau tercipta sebagai seorang wanita yang dikurniakan ketabahan yang tinggi...
Uniknya ciptaanNya, hikmahnya hanya Dia yang mengetahui dan kita meyakini...
Subhanallah, Allahuakbar...

Wassalamun'alaik... ^_^

Thursday, October 21, 2010

Rindu Pada Seorang Sahabat --> Noor Azizah Binti Abu Samah


Sahabatku


Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang ESA

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hati ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Terusakanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir

Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...

Wednesday, October 20, 2010

7 Kalimah Yang Perlu Dihafal dan Diucap

Barangsiapa yg hafal & mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah & malaikat & akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.. 

1. bismillahhirrahmannirrahim : pada tiap2 kali hendak melakukan sesuatu. 

2. alhamdulliah :pada tiap2 habis melakukan sesuatu. 

3. astagfirrullahhal azim :jika tersilap mengatakan sesuatu yg buruk. 

4. insyaallah :jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 

5. lahaulawalaquataillahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat atau melihat sesuatu yg buruk. 

6. innalillah :jika menghadapi musibah/melihat kematian. 

7. laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang & malam sebanyak- 
banyaknya. Amalkanlah selalu moga2 kita tergolong dikalangan orang yg terpilih oleh Allah. 

"siapa yg menyampaikan satu ilmu & orang yg mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...." 

Saat Ini

Assalamu'alaikum..

Bismillah...

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Siti masih dikurniakan kudrat untuk terus stay up pada pagi ini. Sedikit luahan rasa sebagai entry untuk pagi Khamis ini. Masa sungguh pantas berlalu. Sudah menjelang Khamis rupanya. Rasa macam baru semalam Ahad menjelma. Bumi semakin tua, masa semakin mengejar kita.

Ya ALLAH
Masih ada kesempatan buatku pada hari-hari mendatang?
Apakah aku mampu untuk terus istiqamah di atas jalanMu yang suci ini?
Benar, aku tidak punya kudrat yang kuat untuk melawan setiap pemberontakan jiwaku
Namun, aku punya ALLAH SWT di sampingku
Menjadi tempat sebaik-baik perlindunganku
Engkaulah sebaik-baik Pemelihara

Ya Rahim
Alangkah butanya aku waktu dulu
Meraba dalam kegelapan mencari jalan keluar pada penyelesaian masalahku
Akhirnya aku temuiMu
Kau bukakan pintu hatiku untuk berjihad di atas jalanMu
Cahaya hidayahMu yang masih sudi menerima diriku
Hati yang penuh noda
Hati yang kotor ini 
Subhanallah
Sungguh besar kasih sayangMu padaku
Lantas tikar sejadah kubentangkan
Menjadi tempat aku merayu hiba padaMu
Merintih sayu padaMu
Syukur dan beruntunglah aku kerna mencintaiMu
Mencintai agamaMu
Mencintai RasulMu

Ya Rabbul 'Izzati
Setiap tangisanku
Setiap titisan air mataku
Hanyalah untukMu 

Ya Ghafar
Ampunilah dosa-dosaku
Terimalah ibadatku
Ampunilah dosa-dosa ibu bapaku
Ampunilah dosa-dosa darah dagingku
Ampunilah dosa-dosa keluargaku
Ampunilah dosa-dosa mereka yang ku kasihi
Ampunilah dosa-dosa guru-guru, rakan-rakan dan para pelajarku
Ampunilah dosa-dosa muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat
Kasihanilah mereka sepertimana Engkau mengasihi kekasih-kekasihMu
Payungi mereka dengan rahmat serta hidayahMu
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Esa, Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Amin~

Nadzirah...
senyumlah.... hadapi hari-harimu dengan tabah dan penuh rasa syukur... 
hiasi hatimu dgn zikir-zikir, menyebut nama ALLAH Yang Maha Pengasih...
damaikan fikiranmu dengan rasa rindu pada Nabi Muhammad s.a.w...
bayangkan senyuman ibumu, pasti lirikan senyumanmu jua tidak terputus...
subhanallah... indahnya cintaMu... damainya cinta RasulMu... tenangnya cinta keluargaku... (^_^)


Sekian untuk entry kali ni...sama-samalah kita muhasabah diri untuk hari yang mendatang...insyaALLAH...semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan kita semua hamba-hambaNya, umat Nabi Muhammad s.a.w...amin~


Wassalamun'alaik... 


~PS~

Tuesday, October 19, 2010

5 Sebab Yang Menjadikan Ber"couple" Haram

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”

ANTARA PERBUATAN-PERBUATAN BAGI MEREKA YG BERCINTA DAN TERJERUMUS KEPADA BERCOUPLE DAN TINDAKAN YANG BOLEH MENYEBABKANNYA MENJADI HARAM ANTARANYA :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalampertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya.Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu.Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian.Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)

KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYASeperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Dalam mengejar cintaNya

~tak kenal maka tak cinta~
macammana nak kenal Dia yang Maha Ghaibul Ghuyub?
dalam Hadis Qudsi ada menyebut:
awaluddin makrifatullah,
awal agama mengenal Allah.
Kenal Zat, sifat, asma' wa af'al.
macammana nak kenal?:
man arafa nafsahu, faqad 'arafa robbuhu.
barangsiapa mengenal dirinya, maka dia akan kenal akan tuhannya.
dalil al-Quran:
surah azzariyat:
20 - dan kami tunjukkan tanda-tanda kekuasaan kami.
21- dan dalam dirimu sendiri, apakah tidak kamu memperhatikan?
surah al-Qaaf ayat 16:
katakanlah, kami lebih dekat dari urat tengkuk.
carilah cintaNya sedekat-dekatnya. InsyaAllah.



kredit to Saudara Raden Shamsul Ibnu Naim

Monday, October 18, 2010

Jawapan dari Sang Pencipta buat hamba-hambaNya

Al-Quran Jawap

KENAPA AKU DIUJI?
=================
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
*Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
=============================================
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
*Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
=========================
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
*Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
==========
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
*Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
==================================
1) "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
*Surah Al-Imran ayat 200

2) "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
*Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
==================================
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."
*Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
==========================
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
*Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!
================================
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
*Surah Yusuf ayat 12

Wahai hati...

Assalamu'alaikum...

Ya ALLAH
Hanya padaMu hamba merayu dan meminta
Hati ini terlalu degil dan sukar untuk hamba pelihara sebaiknya
Hamba bermohon padaMu Yang Esa
Hanya Engkau sebaik-baik Pemelihara

Ya Rabb
Gelisah hamba tanpa hamba duga
Resahnya hamba bukan dipinta
Tetapi apa yang hamba rasakan seolah-olah suatu yang tidak hamba jangka
Seolah-olah hamba berasa dekat 
Dan seolah-olah perasaan itu menyesakkan dada hamba

Ya Muhaimin
Apakah dosa hamba merasa risau begini?
Jika berdosa, ampuni hamba
Namun jika sebaliknya
Hamba pohon...lindungilah mereka yang hamba sayangi
Hamba merayu padaMu
Namun jika itu suratanMu
Hamba redha


Ya Ghafar
Ampuni hambaMu yang kerdil ini
Hanya Engkau sebaik-baik tempat bergantung harap
Hamba mohon padaMu
Bantulah hamba
Damaikanlah hati hamba
Kerna hidup dan mati hamba hanya untukMu
Sampaikanlah salam rindu hamba buat ibu hamba yang tercinta

Ya ALLAH
Hamba rindukanMu
Hamba sayangiMu
Hamba cintakanMu
Dan setiap ibadat hamba, hidup mati hamba hanya untukMu

Amin~

Ciri-ciri Wanita Solehah

Assalamu'alaikum...

Bismillahirrohmanirrahim...

Tahukah anda bagaimana ciri-ciri wanita solehah?

Iaitu ciri-ciri wanita yang diredhai ALLAH. Wanita yang menyejukkan hati mata yang memandang. Bisa menginsafkan dan menundukkan nafsu mereka yang berhati goyah.

(Cerita ini diubahsuai semula berdasarkan saranan dan hukum Al-Quran & Hadis)

Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut...

Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati?"

Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu.

"Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik."

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)

Si ayah terus menyambung. 

"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."

Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)

Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.

"Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.

"Ketahuilah wahai puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)

"Dan ingatlah anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULALLAH

Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjagakehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)

HAH! Tengok tu, isteri Rasulullah beb... bukannya Siti Nurhaliza, bukannya Britney Spears, bukannya Ning Baizura, dan apatah lagi Jennifer 'Kueh Lopez'...


tak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri xsehebat Sulaiman..
- namun contohi sifat Baginda sekalipun tidak bisa menandinginya. biarlah budi dan akhlakmu sehebat para mukminin.

mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih xsetulus Zulaikha..
namun, jadilah isteri yang setia dan mentaati suami sekalipun tidak bisa menandingi Zulaikha. biarlah budimu sebagai isteri dibalasi ALLAH mengikut amalanmu.

xperlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri xsekuat Hajar..
namun, contohilah ketabahan Hajar, kerna setiap suami yang bergelar lelaki memerlukan insan setabah dirimu. kerna wanita itu dikurniakan ketabahan yang lebih baik dari ALLAH SWT. hargainya dan teguhkannya.

mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri xsesempurna Rasulullah..
- namun, amalkanlah setiap sunnahnya sekalipun dirimu tidak sesempurna Rasulullah. kerana setiap sunnah baginda mengajar kamu menjadi mukmin yang sejati.

terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..dan perbaiki kekurangan itu dengan bertaqwa kepadaNya..
wallahu'alam.

Sistem Komuter


Assalamu'alaikum...

Petang ni, Siti nak berkongsi cerita dan menyatakan sedikit pandangan Siti mengenai sistem komuter yang ada sekarang. Tak banyak pun tapi Siti tahu ramai yang berpengalaman macam Siti ni lebih-lebih lagi kawan-kawan muslimah kita yang menggunakan komuter.

Hmm... Meh la. Siti cerita sikit pasal pengalaman Siti sejak menaiki komuter ni. 

Pengalaman pertama : Penumpang yang selfish!
Siti masa tu naik dari Midvalley nak balik ke UKM. Keluar jalan-jalan dengan kawan. Biasa lah kan, masa-masa puncak macam dah nak dekat senja tu, mestilah ramai. Itu Siti tak kisah sangat. Tapi yang Siti kisahkan bila masalah sistem komuter yang tergendala dan tambahan pula penumpang-penumpang yang melampau sangat selfishnya! Memang lah ramai, sesak. Tapi cubalah jangan selfish sangat sampai ada ruang kosong yang banyak kat bahagian belakang tu. Siti dan kawan-kawan yang tunggu dah dekat dua tiga train terlepas sebab penumpang yang tak nak penuhkan bahagian belakang sebab nak selesa sendiri, memang rasa geram dan agak marah. Tapi mujurlah Siti masih mampu mengawal kemarahan yang ada. Kemudian, entah macam mana ada pelancong asing dengan beraninya memarahi penumpang dekat bahagian belakang bila train ke empat tiba. Ya ALLAH..! Kalau Siti lah penumpang tu, dah tentu Siti malu. Sedangkan sebagai rakyat negara sendiri pun Siti rasa malu bila tengok pelancong asing tu mengamuk kat penumpang tu. Akhirnya, kami dapat naik train yang kelima. Penatnya hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. 

Jadi pesanan Siti pada para penumpang komuter, tolonglah jangan selfish sangat. Orang lain pun nak sampai cepat, nak dapat tempat selesa. Kasihanlah pada orang lain juga. Jangan nanti pelancong asing atau orang luar kata kita rakyat Malaysia ni takde manner dan pentingkan diri sendiri. 

Pengalaman Kedua : Ehem...Anda lelaki, nak jadi perempuan ke?
Haa... Yang ni paling Siti geram. Dah terang-terangan kat coach tu tulis, "Perempuan Sepanjang Masa", masih ada lagi lelaki yang nak jadi perempuan yek? Muka tebal tayar kontena ke sampai tak rasa malu langsung bila awak jadi perempuan sampingan ni? Siti tak kisah lagi kalau nak tumpang kat coach tu kalau coach lain penuh sangat, tapi yang paling Siti geramkan bila yang "perempuan sampingan" ni tak bagi kaum hawa duduk. Lebih-lebih lagi "perempuan sampingan" yang muda dan bertenaga lebih kuat dari kaum hawa tu. Lagi Siti geramkan bila ada makcik yang dah berusia tak diberi keutamaan untuk duduk. Dahlah tumpang kat coach perempuan, lepas tu boleh takde perasaan tidur dan duduk dekat tempat duduk tu macam takde apa-apa. Hai, nak cakap lebih nanti ada yang marah. 

Boleh tak pegawai-pegawai komuter ni ambil berat sikit hal ni? Kata demi keselamatan wanita coach tu disediakan. Sekarang takde kawalan la, "perempuan sampingan" ni main suka-suki je masuk. Dah tak selamat dah. Mana sifat keprihatinan pegawai-pegawai ni? Lebih-lebih lagi, tolonglah tegur yang lelaki berbangsa luar (Bangladesh, Vietnam, dll) jangan masuk coach tu. Diorang selalu buat muka "Saya tak bersalah, tolong jangan salahkan saya. Saya penat. Saya dapat dulu tempat ni, Saya yang punya tempat duduk." Sakitnya haiii.... yang lain pun sama je. Tolong ye. Kaum hawa ni diciptakan untuk dilindungi. Kaum adam kan diciptakan untuk melindungi kaum hawa. Jadi hormatilah hak kami. 

Sampai sini jelah dulu yek..
Harap maaf andai Siti ada menyinggung mana-mana sensitiviti atau perasaan korang. Siti cuma nak ingatkan je sama juga Siti ingatkan diri Siti. 

Kalau nak kongsi pengalaman, dipersilakan. ^_^

Wassalamun'alaik.