Salam Perjuangan

Sunday, October 3, 2010

La Tahzan


Assalamu'alaikum...

Ya ALLAH,
apakah aku bersedih ini atas perkara yang sepatutnya?
bisakah aku menangis di atas ketentuan ini?
apakah sudah Engkau aturkan yang terbaik buat diriku?

Ya Rahim,
aku meyakini akan kekuasaan-Mu
aku meredhai segala ketentuan-Mu
aku menangisi kealpaanku
ampunilah aku

Ya Rahman,
segala ketentuan-Mu punya hikmahnya
aku sedar akan kelekaanku
tersedar bahawa nikmat dan rahmat-Mu atas kesabaranku akan membawaku ke arah kebahagiaan yang sejati
sentiasa bersama-Mu membuatkan aku terasa nikmat dan tenang di sini

Ya ALLAH,
semoga nafasku yang terakhir sentiasa berada dalam rahmat dan iman

amin~

LA TAHZAN...

No comments:

Post a Comment