Salam Perjuangan

Monday, October 18, 2010

Sistem Komuter


Assalamu'alaikum...

Petang ni, Siti nak berkongsi cerita dan menyatakan sedikit pandangan Siti mengenai sistem komuter yang ada sekarang. Tak banyak pun tapi Siti tahu ramai yang berpengalaman macam Siti ni lebih-lebih lagi kawan-kawan muslimah kita yang menggunakan komuter.

Hmm... Meh la. Siti cerita sikit pasal pengalaman Siti sejak menaiki komuter ni. 

Pengalaman pertama : Penumpang yang selfish!
Siti masa tu naik dari Midvalley nak balik ke UKM. Keluar jalan-jalan dengan kawan. Biasa lah kan, masa-masa puncak macam dah nak dekat senja tu, mestilah ramai. Itu Siti tak kisah sangat. Tapi yang Siti kisahkan bila masalah sistem komuter yang tergendala dan tambahan pula penumpang-penumpang yang melampau sangat selfishnya! Memang lah ramai, sesak. Tapi cubalah jangan selfish sangat sampai ada ruang kosong yang banyak kat bahagian belakang tu. Siti dan kawan-kawan yang tunggu dah dekat dua tiga train terlepas sebab penumpang yang tak nak penuhkan bahagian belakang sebab nak selesa sendiri, memang rasa geram dan agak marah. Tapi mujurlah Siti masih mampu mengawal kemarahan yang ada. Kemudian, entah macam mana ada pelancong asing dengan beraninya memarahi penumpang dekat bahagian belakang bila train ke empat tiba. Ya ALLAH..! Kalau Siti lah penumpang tu, dah tentu Siti malu. Sedangkan sebagai rakyat negara sendiri pun Siti rasa malu bila tengok pelancong asing tu mengamuk kat penumpang tu. Akhirnya, kami dapat naik train yang kelima. Penatnya hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. 

Jadi pesanan Siti pada para penumpang komuter, tolonglah jangan selfish sangat. Orang lain pun nak sampai cepat, nak dapat tempat selesa. Kasihanlah pada orang lain juga. Jangan nanti pelancong asing atau orang luar kata kita rakyat Malaysia ni takde manner dan pentingkan diri sendiri. 

Pengalaman Kedua : Ehem...Anda lelaki, nak jadi perempuan ke?
Haa... Yang ni paling Siti geram. Dah terang-terangan kat coach tu tulis, "Perempuan Sepanjang Masa", masih ada lagi lelaki yang nak jadi perempuan yek? Muka tebal tayar kontena ke sampai tak rasa malu langsung bila awak jadi perempuan sampingan ni? Siti tak kisah lagi kalau nak tumpang kat coach tu kalau coach lain penuh sangat, tapi yang paling Siti geramkan bila yang "perempuan sampingan" ni tak bagi kaum hawa duduk. Lebih-lebih lagi "perempuan sampingan" yang muda dan bertenaga lebih kuat dari kaum hawa tu. Lagi Siti geramkan bila ada makcik yang dah berusia tak diberi keutamaan untuk duduk. Dahlah tumpang kat coach perempuan, lepas tu boleh takde perasaan tidur dan duduk dekat tempat duduk tu macam takde apa-apa. Hai, nak cakap lebih nanti ada yang marah. 

Boleh tak pegawai-pegawai komuter ni ambil berat sikit hal ni? Kata demi keselamatan wanita coach tu disediakan. Sekarang takde kawalan la, "perempuan sampingan" ni main suka-suki je masuk. Dah tak selamat dah. Mana sifat keprihatinan pegawai-pegawai ni? Lebih-lebih lagi, tolonglah tegur yang lelaki berbangsa luar (Bangladesh, Vietnam, dll) jangan masuk coach tu. Diorang selalu buat muka "Saya tak bersalah, tolong jangan salahkan saya. Saya penat. Saya dapat dulu tempat ni, Saya yang punya tempat duduk." Sakitnya haiii.... yang lain pun sama je. Tolong ye. Kaum hawa ni diciptakan untuk dilindungi. Kaum adam kan diciptakan untuk melindungi kaum hawa. Jadi hormatilah hak kami. 

Sampai sini jelah dulu yek..
Harap maaf andai Siti ada menyinggung mana-mana sensitiviti atau perasaan korang. Siti cuma nak ingatkan je sama juga Siti ingatkan diri Siti. 

Kalau nak kongsi pengalaman, dipersilakan. ^_^

Wassalamun'alaik.

No comments:

Post a Comment