Salam Perjuangan

Saturday, May 26, 2012

Tudung, Kopiah dan Ego

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Engkau masih memberikan aku kesempatan untuk terus bernafas dan berusaha memperbaiki kelemahan itu sekalipun ianya sering berulangkali berlaku. Astaghfirullah al-'adzim. 

Tudung, Kopiah dan Ego. Tajuk... macam kontroversi je kan. Agak2 dah boleh bayangkan tak apa yang Ziera nak cakap? Apa yang Ziera nak sampaikan ni, jadikanlah ianya sebagai pengajaran dan pedoman buat kita semua. Rendahkan ego kita untuk menerima nasihat dan teguran seorang manusia bernama Rakan/ Sahabat. 

A - seorang lelaki yang terkenal dengan gelaran "ustaz"
B - seorang perempuan yang bertudung labuh, selalu berusrah boleh dikategori "ustazah" 
C - sahabat2 "ustaz"
D - sahabat2 "ustazah" dari kumpulan yang lain
E - hamba ALLAH yang lain (lelaki mahupun perempuan bergantung pada situasi)
(pening jugak bila kategori2 ni bercabang2...huuu)

Situasi 1
B pergi ke kelas. Hari ni dia tidak memakai 'handsock' kerana semuanya kotor (memang tak dapat elak). Masa kat kelas A terperasan yang B tak pakai 'handsock'. Maka......
A : Eh, ustazah B tak pakai 'handsock' lah...isk2...
C : Haah lah... hmmm...
A : Tak istiqomah... cerah warna kulit...
C : Haha...sempat kau tengok ya?

- Awak nampak aib orang, awak jadikannya sebagai tajuk bualan? Awak tahu kan itu salah satu situasi mengumpat? Dan awak buka aib orang lain? -

 
Situasi 2
B berjalan ke kafe. Dan dia ditegur seorang classmate lelaki. 
E : Assalamu'alaikum, ustazah B! 
B : Wa'alaikumussalam, E!
Kumpulan D ternampak situasi itu. Setelah E berlalu...
D : Eh B, awak tak boleh buat macam tu lah. Jaga pandangan, tak elok mesra macam tu dengan lelaki. Salah tu...! (mata tengok jeling2 tak boleh blah lagi ek...)
B : Eh? Saya cuma menjawab salam yang diberi... 
D : Ish2...

- Awak... perlu ke? Macam tu ke nak tegur nasihat orang? Dan nasihat tu kena pada tempatnya ke? -

Wekk...jelinglah...biar juling! x[
 Situasi 3
Setelah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh B, dia dipinggirkan. Seolah-olah dia tiada peluang untuk memperbaiki diri. Pandangan mata dan layanan semakin berbeza. Seolah-olah lahirlah kelompok Mr. Perfects dan Miss Perfects dalam kalangan ustaz dan ustazah ini. Yang bersalah perlu dijauhi. B tertekan kerana tidak diberikan peluang, dia terkapai2.
B : Aku salah, tapi kenapa aku dipinggirkan? Macam ni ke Islam mengajar umatnya untuk berdakwah?  
Dalam dia keseorangan, dia ditegur mesra oleh seorang manusia yang berbeza ideologi dan kepercayaan. Dia ambil berat, menyampaikan nasihat, pendengar yang baik. Dalam masa yaang sama dia menyampaikan dakyah yang meresap ke dalam hati B secara halusss. Maka......... kepercayaan B telah dipesongkan. 

- Perlukah menjadi terlalu ego hingga merasakan diri anda perfect dan tidak boleh menerima kesalahan? Tidakkah anda rasakan kelompok2 yang masih terkapai2 itu perlu didekati bukan untuk dihinakan dipinggirkan? Apakah seorang yang bertudung labuh jika terlihat salahnya itu, dia akan disalahkan secara berterusan. Maksudnya kalau dah tudung labuh, "TIDAK DIBENARKAN MELAKUKAN KESALAHAN"? -


Sedarlah wahai sahabat. Adakala diri terasa baik, sebenarnya kita masih banyak kekurangannya. Adakala diri terasa banyak ilmu, sebenarnya ilmu itu baru setitis dari air laut umpamanya. Saat ego merajai hati meminggirkan mereka yang kamu rasakan TIDAK SETARAF, kamu menyerahkan mereka yang perlu dibimbing itu ke mulut naga untuk diNGAP! Jadi, renung2kan dan selamat beramal. Bukan semua yang macam ni, tapi kalau nak berdakwah Ziera rasa better kita buat kelas Psikologi untuk memantapkan dakwah yang berkesan. No one in this world is perfect, this word PERFECT is just for ALLAH SWT. He justified you, He judge you. Only ALLAH. Kita manusia, lengkapi hidup dengan peraturan dan gaya hidup acuan al-Quran dan al-sunnah. ALLAH tak suruh pun kita pandang rendah pada orang lain, Nabi Muhammad s.a.w tak tinggi diri dengan martabatnya sebagai kekasih ALLAH. Kita??? Tepuk dada tanya iman... :)

Berkawan biar ramai. Pilih kawan untuk membimbing kita ke jalanNya dan jadi kawan pilihan kepada mereka yang inginkan bimbingan. Enjoy your friendship lillahita'ala. ;)

Tertarik dengan quote ni...
Jom muhasabah diri! Maaf andai ada yang tersinggung dengan tulisan Ziera. Ziera masih banyak yang perlu diperbaiki. Mohon maaf dan doa kalian untuk Ziera dan mereka di luar sana untuk menjadi hamba ALLAH yang soleh dan solehah. InsyaALLAH. Sekian untuk Tudung, Kopiah dan Ego. With love~~ (^_^)

Wassalamun'alaik.  

No comments:

Post a Comment