Salam Perjuangan

Sunday, March 10, 2013

Sawang-sawang Kemalasan

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Apa khabar iman? Alhamdulillah...in shaa ALLAH semoga iman sentiasa sihat wal'afiat. Saya pun alhamdulillah sihat. Dah lama sangat blog ni tak berupdate. Dah cukup bersawang. (T_T)

Kerana kekangan waktu, blog yang dulunya kerap juga di"update" sekarang sudah bersawang dek kerana malas dan sibuk memanjang. Alhamdulillah. Hari ni saya ada masa terluang sikit. Jadi nak update sikit dan buat sedikit perkongsian. Saya dah mula praktikal. Alhamdulillah, buat masa ni pelajar masih menghormati saya. Sekarang takde kelas, jadi saya boleh lah merajinkan diri update blog kejap. (^_^)



Saya nak kongsikan sikit pengalaman mengajar kat sekolah tempat saya praktikal ni. Sekolah ni sekolah kluster. Jadi, mudahnya masalah disiplin dekat sini tak teruk mana. Cuma budak2 nakal tu normal lah. Pelajar2 kat sini semua terpilih. Alhamdulillah. Walaupun banyak aktiviti dan penat, tapi perasaan seronok mengajar tu tetap menyubur dalam hati. Lebih2 lagi bila, pelajar pun dapat beri kerjasama yang baik dengan kita kan? 

Yang kelakarnya, bila pelajar keliru saya ni nak kena panggil "cikgu" atau "ustazah" (sebab saya pakai tudung labuh). Bila bertembung je, ada yang panggil ustazah, cuma yang tahu saya mengajar matematik saja yang panggil cikgu. "Assalamu'alaikum, ustazah." ucap pelajar A, "Eh, cikgu lah. Cikgu ajar math." potong si kawan A. "Cikgu ajar ustazah ke?" tanya pelajar A. "Panggil lah cikgu "cikgu" ke "ustazah" ke, maksudnya tetap sama, sayang." jawab saya. Dalam hati saya mengaminkan saja panggilan pelajar2 ni. Alhamdulillah. (^_^)

Bila pelajar rapat dengan kita, baik dengan kita, suka belajar dengan kita, bererti pelajar sudah sayangkan kita, percayakan kita. Alhamdulillah. Cara saya mengajar, biar JELAS, TEGAS dan SANTAI. Bergurau2 juga, tapi masa belajar wajib FOKUS. Kerja rumah itu amanah. Jadi saya sentiasa mengingatkan mereka tentang itu. 

Baru tadi saya membebelkan mereka tentang kerja rumah dan amanah. Terdiam pelajar2 saya, nada saya agak tinggi tapi bukan marah. Saya betul2 menegur mereka. Akhir bebelan saya, saya minta maaf. Alhamdulillah, mereka beri respon yang baik dan faham. (^_^)

Ok lah. Ni je nak kongsikan dulu. Experiences are expensive. Betul kan? (^_^)

Dengan ini, sawang2 kemalasan sudah dibuang dari blog saya. Saya dah update blog semula. Alhamdulillah. ^_^

Sekian, wassalamun'alaik. 

*Ada sorang student saya suka bergurau tapi semangat nak belajar. I LIKE!!!*

No comments:

Post a Comment