Salam Perjuangan

Wednesday, January 18, 2012

Aku Tak Sempurna

Bismillah.

Assalamu'alaikum.

Sebak rasa hati waktu ni kerana terasa ada sesuatu bakal terjadi dan bakal mempengaruhi perjalanan hidup Nad lepas ni. Mudah2an ujian dan cabaran yang mendatang dapat ditempuh dengan sabar dan taqwa, Nad pasti setiap ujian tersedia ganjaran hebat dari Yang Maha Esa. InsyaALLAH.


Aku Tak Sempurna

Tika langit cerah bertukar wajah
Setitis air mata bergenangan
Menangis dalam kesakitan
Awan mendung bertebaran
Memahami hati yang kepedihan 
Menanggung ujian dan cabaran

Kiranya kesempurnaan yang kau inginkan
Bukanlah aku sebagai pilihan
Untuk kau jadikan teladan
Dalam meniti kehidupan

Aku tak sempurna
Lantaran dosa dan noda
Yang terpalit hina 
Dalam hidup yang bagai roda berputar
Aku tak sempurna 
Kerna bait-bait cerita
Bakal kau dengar
Menggugat jiwa dan percaya
Sungguh aku berserah kepada-Nya

Cuma percayalah
Kisah itu jadikan pengajaran
Dalam meniti liku hidup yang mendatang
Usah terus hanyut kelemasan

Dunia ini 
Hanya seketika untuk kau rasai
Percaya pintu taubat sentiasa menanti
Biarkan DIA Yang Melindungi

Aku tak sempurna 
Namun kupercaya
ALLAH tahu segalanya.......


*Ya ALLAH, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan nafsu dan syaitan serta hasad dengki manusia.*

"Kekasih pilihan ALLAH akan dihadiahi dengan ujian yang hebat, jalannya penuh berliku, tidak dibiarkan hanyut dengan kesenangan yang melimpah tapi dijanjikan dengan dugaan yang tak sudah. Kerana atas kesabaran pasti ada kemanisan. Contohi Asiyah (Isteri Fir'aun), Khadijah, Aisya dan Fatima (r.a) dalam meniti perjuangan sebagai seorang muslimah."

Wallahu'alam. Wassalamun'alaik.

Nasyid - Hiburan Berguna

Bismillah.

Assalamu'alaikum.

Selamat pagi jiwa2 yang dirahmati ALLAH SWT sekalian. Alhamdulillah. Kita masih dikurniakan kesempatan untuk terus bernafas dan menikmati rahmat dan nikmat yang sungguh percuma dari ALLAH SWT. Bersyukurkah kita? Janganlah kita sombong untuk mengucapkan syukur dan merungut kiranya ada keinginan yang kita mahukan tidak dimakbulkan dan dipenuhi oleh-Nya. (^_^)

Siapa kat sini minat nasyid? UNIC, Haikal, Saujana, In-Team, Hijjaz, Rabbani, Raihan, Far East, Mestica, De Hearty, Yusuf Islam dan sekarang yang hot diperkatakan Maher Zain. Siapa yang tak kenal? Lebih2 lagi Maher Zain, yang dikenali dan diterima rentak serta makna tersirat yang disampaikan melalui lagunya itu oleh ramai orang dari kebanyakan negara yang berpenghuni masyarakat Islam?

Ust Nazrey da jadi solo. (T_T)

Ketua pada encik2 UNIC dan In-Team dulu

Fenomena baru..(^_^)

Perginya Tak Kembali...

Wajah baru Saujana

haaa...ni yg duk minat sgt wktu skolah rendah lg!hehe, UNIC



Alhamdulillah, medium dakwah melalui hiburan dapat diterima dan disenangi ramai. Yang penting jangan lagha. Kepentingan dan kewajipan mestilah diutamakan. Hiburan, hiburan jugak. Masuk waktu solat, tunaikan solat segera. Jangan dilewat2kan. Makna tersurat dan tersirat lirik lagu yang kita dengar tu haruslah difahami bukan sekadar hiburan semata2. 

Antara banyak2 lagu, satu lagu yang berikan kesan mendalam pada hati Nad dalam perjuangan memperbaiki ialah Jika Terakhir Buatku nyanyian Saujana dan Epilog Silam nyanyian Haikal. Bawah ni video dari YouTube. Moga bermanfaat untuk difahami dan dimengerti. InsyaALLAH. 

Jika Terakhir Buatku - Saujana


Epilog Semalam - Haikal



Boleh untuk berhibur tapi berpada2. Jangan sampai lagu tu pengaruh gaya hidup kita ke arah keburukan. Pilihlah hiburan yang tidak mengkhayalkan kita dari tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan pilihlah hiburan yang bermanfaat serta tidak memesongkan akidah kita. InsyaAllah, hati terhibur itu menerima manfaat yang baik dari hiburan yang baik dan tidak lagha. 

Wallahu'alam. Wassalamun'alaik. v(^_^)v

Tuesday, January 17, 2012

Kejap..kejap.. Aku Tak Solat Lagi Ni!!

Bismillah.

Assalamu'alaikum.

Sahabat, semoga berada dalam keredhaan dan rahmatNya. Nad dah lupa berapa minggu tak update blog ni. Hehe. Kali ni kita nak bincangkan perkara yang amat penting. Iaitu solat lima waktu. 

Shaye dah sholat.. ^^
Jujurnya, Nad dulu punya lembaran silam yang amat jahil tentang agama dan kewajipan sebagai seorang Islam. Nad jadikan diri Nad sebagai teladan bukan membuka lembaran keaiban untuk pengetahuan umum. Nad sangat jarang menunaikan solat fardhu lima waktu sehinggalah umur Nad 16 tahun. Waktu tu, Nad masuk sekolah asrama. Atas dasar paksaan ustazah dan malu pada kengkawan, Nad paksa diri untuk solat dan jemaah kat surau. Alhamdulillah, lama kelamaan daripada rutin jadi kewajipan untuk Nad tunaikan solat fardhu. ALLAH bukakan pintu hati Nad untuk terima hidayah-Nya. Malah DIA bukakan hati Nad untuk sentiasa tidak melewatkan solat. ALLAH Maha Mengetahui kan? DIA Maha Pengampun. 

Kesedaran kita amat penting betapa pentingnya solat dalam kehidupan seharian ni. ALLAH dah ciptakan kita, tapi sukar benar kita untuk mensyukuri nikmat pemberian-Nya? Tak bersyukurkah kita dengan jasad yang sempurna ini? Tak bersyukurkah kita kerana tinggal di muka bumi yang terlukis keindahan ciptaan-Nya? Tak bersyukurkah kita dengan molekul-molekul oksigen yang memasuki ruang peparu kita? Solat itulah yang membezakan kita dengan kaum musyrikin yang tidak mensyukuri dan sentiasa mengkufuri nikmat yang ALLAH berikan. Peliharalah solat kita. Jadikanlah ia sebagai solat yang bererti yang mampu menghalang kita dari melakukan kemungkaran. InsyaALLAH. 

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
Sedarlah kita semua akan kewajipan menyahut seruan-Nya. Mampukah kita membawa bekalan kebajikan yang lain sekiranya solat kita tidak dipelihara? Apakah perkara pertama yang akan disoal terlebih dahulu ketika dihisab? Amalan sedekah? Kebaikan pada ibu bapa? Akhlak yang baik? TIDAK. Solatlah yang akan dihisab terlebih dahulu. Itu yang membezakan kita dengan kaum musyrikin. 
Jangan jadikan alasan badan berpeluh, tak selesa nak solat (waktu kat luar, keluar jalan-jalan). Jangan jadikan alasan kepenatan untuk tidak tunaikan kewajipan. Jangan jadikan alasan masa masih panjang untuk melewatkan kewajipan tanpa sebab yang musabah (urusan ibadah).
Ingat, waktu nak menghadapi sakaratulmaut nanti, kita takkan sempat nak kata macam ni, "Sekejap! Sekejap! Aku tak taubat lagi ni. Datang lain kali ya?" Wah..wah..wah.. Ingat waktu mati ada VIP seat ka? Renung-renungkanlah. 
Maaf andai Nad ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan sahabat-sahabat. Salam sayang. 
Wassalamun'alaik. 

Wednesday, January 11, 2012

Cahaya-Nya

Bismillah.

Assalamu'alaikum.
       Cahaya-Nya


       Dunia mempesona, 
       Dunia yang dikejar, 
       Hingga aku alpa, 
       Terus terleka.

       Hanyut dibuai arus,
       Hingga aku haus,
       Meneguk mencari ketenangan yang kian lupus.

       Resah,
       Gelisah,
       Mahupun gundah,
       Merajai jiwa yang parah,
       Mencari sinar menunjukkan arah,
       Harapanku tak akan punah.

       Kerana yakinku,
       Walaupun berliku,
       Ada cahaya yang aku perlu,
       Kasih-Nya tetap di situ,
       Menyuluh pelusuk hatiku.

       Syukur,
       Pada-Mu, Tuhan,
       Pencipta insan,
       Kasih-Mu menyuluh aku keluar dari bahagia yang fana,
       Masih ada bahagia,
       Yang aku pastinya,
       Dari, keampunan-Mu Ya ALLAH. 


Monday, January 9, 2012

Hadiah Hari Lahirku

Bismillah.

Assalamu'alaikum.

Wahai jiwa2 yang bahagia, bumi ini tidak layak untuk kalian tangisi. Lihat di mana akhiratmu?

Hadiah Hari Lahirku

Dalam sedar
Dalam sendu
Dalam usia berbaki itu

Usia ini bagaikan
Semakin hampir penghujungnya

Dalam kias
Dalam diam
Aku teruskan berdoa

Harapan
Hadiah untuk nafas lega
Melihat mereka bahagia

Di hari lahirku
Terdetik rasa syahdu
Kiranya aku mampu 
Mengubah dari satu menjadi enam

Hadiah hari lahirku
Bukan sebungkus manisan
Bukan bunga aku impikan
Bukan parti penuh sambutan
Namun satu kepada enam


Tuhan
Jangan Engkau tanduskan aku
Dalam gelora putus asa
Tuhan
Berikan aku nafas baru
Untuk lega melakar bahagia

=: Ingin aku jadikannya lagu syahdu harapanku untuk insan2 kesayanganku. :=

* Dalam syahdu aku titipkan.Sebagai permintaanku, dalam usia yang makin singkat. *



Sunday, January 8, 2012

Ikhlas Ke?

Bismillah..

Assalamu'alaikum...

Ikhlas ke? Wahh...kelassssnyeeee soalan! Nad suka. Eh2?? Ni bukan Melodi punye rancangan atau blog ok. Ni tetap blog Nad. Hehe...

Nad kalau menulis dan tegur selalu tekankn tentang aurat. Yep, Nad tak cukup baik. Tapi Nad nak mengingatkn saje. Menutup aurat tu satu kewajipan. Yang haram tetap haram. Kita tak layak nak ubah hukum ALLAH ni. Siapa kita nak persoalkan kan?

Kadang2 ade org tanya "Ikhlas ke kau pakai tudung, tutup aurat semua ni? Kalau panas, kau kata panas.". Alhamdulillah. Memang la kalau cuaca panas, Nad kata panas kan? Ikhlas tu faham tak maksudnya? Kalau kita buat sesuatu tak dapat pujian, kita tetap teruskan. Kalau perbuatan tu dapat pujian, kita hanya mampu berdiam diri dan tak bangga diri. 
Tertutup itu indah, kan?
Lagipun kan, rambut dan bentuk tubuh tu kan mahkota bagi wanita. Dan anugerah terindah buat suami. Kalau dah orang lain dapat tengok free, kesian kat suami. Kan? Lagipun rambut tu, kalau tertutup lagi elok sebab kalau terdedah, cepat rosak. Bertudung tu cara terbaik utk memelihara struktur rambut. Tak caye? Percayalah. Itu antara hikmah memakai tudung. Wallahu'alam. 

Comel tau kalau bertudung dan menutup aurat ni. Sebenarnye makin seksi wanita, makin banyak dosa lelaki. Kesian kan? 

Buatlah pilihan :
1. Perempuan / Lelaki tak menutup aurat tak semestinya baik. (Na'uzubillah)
2. Perempuan / Lelaki menutup aurat tak semestinya baik. (Astaghfirullah)
3. Perempuan / Lelaki tak menutup aurat tak semestinya tak baik. (Perintah ALLAH lebih utama saudara2ku)
4. Perempuan / Lelaki menutup aurat tak semestinya tak baik. (Alhamdulillah)
5. Perempuan / Lelaki yang baik semestinya menutup aurat. (Subhanallah)

Tak semestinya pemuda skaters tu tak soleh...
Pemuda yang soleh boleh jadi skaters. ^^

Wanita yang baik itu menutup aurat. ^^

Renung2kan. Mohon maaf kalau ada yang terasa dan tak senang dengan kata2 Nad. 

Jazakallah khairan. 

Wassalamun'alaik. (^_^)

Friday, January 6, 2012

Teguran Terbaik

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Hehe...dalam pada study Statistic II, Nad sempat lg baca blog Sah dan Tak Sah tulisan Encik Khalis. Nad suka follow blog dia. Best! Huhu...well. Nad cuma penulis blog biasa je, tak sehebat mereka yang ramai followers. Tapi, blog dia memang best. Follow la yek. Hihi...

Ini nasihat terbaik yang Nad jumpa dan Nad pun kreditkan ke Encik Khalis. Teguran terbaik!!!

Terbaik!!!
Kawan, kita ni menetap kat bumi ALLAH. Apa gunanya perkataan persaudaraan dalam Islam, kalau maksiat depan mata kita tak boleh tegur kan? Well, dah tegur cara baik. Jangan kata kita pandai berkata2 pulak. Kalau tegur cara kasar jangan pulak kata kita tak reti nak berhemah kan? So, maafkanlah kami yang cuba membawa kebaikan ini kalau rasa2 kami ni menyusahkan. 

Semoga ALLAH berikan mereka ini kelembutan hati dan dibukakan pintu hati untuk menerima hidayahNya. InsyaAllah...

Sekian. Wassalamun'alaik. ^_^

Kita Masih Mengejar Ilmu

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Ustaz Azhar Idrus, nama seorang penceramah agama yang semakin memuncak naik. Namun, dalam masa yang sama terdapat hamba2 ALLAH yang kurang senang dengan setiap kemajuan dan kemampuannya dalam menyampaikan ilmu agama yang sering didahagakan orang2 yang beriman. 

Sejak akhir2 ini, namanya dikaitkan dengan beberapa fitnah luarbiasa yang datangnya dari hamba ALLAH yang luarbiasa! Kenapa Nad kata luarbiasa ek? Sebabnya, yang memfitnah itu seseorang yang bergelar MUSLIM. Wajarkah? Bukankah kemenangan kepada ilmu dan agama Islam itu sepatutnya diraikan dengan ucapan Alhamdulillah dan sokongan? ALLAH.... Semoga ALLAH selamatkan mereka daripada penzaliman terhadap insan lain dan diri mereka sendiri. Alhamdulillah, Ustaz tenang je hadapi fitnah2 ni. Kalau kita tak buat, buat apa kita nak pongpang2 kan? 

Masa countdown 2012 yg lepas, Ustaz Azhar Idrus turun Shah Alam bersama Zizan ML. Nad masa tu kt Batu Pahat lagi. Takde kesempatan nak tengok. Lagipun malam kan. Nad susah nak pergi, lagi2 kalau sorang2. Ramai yang hadir. Alhamdulillah, lebih ramai yang hadir ke majlis ilmu itu berbanding konsert2 yang ada di sekitarnya. Alhamdulillah lebih ramai yang sedar tentang agama dan kewajipan menuntut ilmu. Nad kalau ada kawan masa tu nak ke sana, memang Nad nak pergi. Takpelah, bukan rezeki Nad kot. Ustaz yang fleksibel, boleh jadi cameraman, main gitar. Menyampaikan ilmu mengikut lapisan masyarakat. Alhamdulillah. 

Oklah. Kita layan video dan gambar sepanjang majlis ilmu tu ek. pastu Nad nk studi statistik II dan fizik moden! (^_^)v 


Poster




Wallahu'alam...sebarkan senyuman dan kasih sayang sesama saudara. InsyaAllah. Wassalamun'alaik. ^_^

Thursday, January 5, 2012

Damaimu

Bismillah...

Assalamu'alaikum...



Damaimu

Bila mata hitamku kau renung
Hati yang tenang dilambung ombak
Badai taufan mencengkam jiwa

Bagaimana untuk ku pecahkan tembok rahsia
Yang teguh menongkah gelora
Sedang engkau lembut membaca
Persoalan dan kisah sebalik wajah?

Genggamanmu menyenangkanku
Saat aku melaung geram
Saat aku menghempas dendam
Bisikanmu mengusikku
Menukar geram kepada diam
Akhirnya dendam terus terpadam

Kugenggam bara api
Kau beri bunga hati
Kupendam sakit dilukai
Kau redakan dengan senyuman penyeri

Maka pelukanmu menyenangkan
Senyumanmu mendamaikan
Akhirnya lenaku dalam buaian
Kasih ibu yang bersulaman

p/s : masa kita sedih, resah dan sakit...pujukan ibu itu selalu buatkn kita senang...rsa damai...cuma kadang2 kita slalu lbihkn org luar (kekasih hati) brbanding ibu bapa...mudah2an ALLAH lembutkn hati kita utk jd anak2 yg soleh dan solehah...insyaAllah... =)

I love you, Mak!!!!