Salam Perjuangan

Friday, February 25, 2011

UjianNya

Assalamu'alaikum...

Bismillah...




~ ♥ tersenyumlah kamu tika menerima ujian dariNya...ternyata Dia masih prihatin denganmu...mengujimu dengan dugaan itu...tidakkah kamu bersyukur kerana Dia masih memberikan perhatianNya kepadamu dengan ujian itu?perhatikan firmanNya:


"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : 
"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia 
mengetahui orang-orang yang dusta. "

(QS. Al 'Ankabuut : 2-3)

maka...bersabarlah wahai orang yang beriman...kerana kamu diuji dengan ujianNya..kamu masih dikasihi...bersabar, bersyukur dan berdoalah kamu...senyumanmu bukti kamu sabar...menerimanya dengan redha kerana keredhaanNya... ♥ ~
[ ya, aku diuji...dan kalian turut diuji...aku bersyukur dan aku cuba untuk bersabar dengan izinNya...alhamdulillah...aku sedar insan sepertiku tidak layak untuk mengeluarkan kata-kata begini namun sebagai seorang saudara seagama dengan kalian, aku turut berkongsi apa yang ilmu aku perolehi dengan izinNya bersama kalian...selagi aku mampu, akan aku ubah...dan selagi kalian mampu, tegurlah aku dengan penuh hemah...kerana aku hanyalah hambaNya dan aku mahu menjadi insan tabah...insyaALLAH...salam ukhuwwah... ] ^_^

Friday, February 18, 2011

Wahai Hati Tenanglah

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Perjuangan yang belum selesai. Bila hati dan lidah bercanggah dalam setiap tindakan, terasa beban memberat di bahu dan sesak di dada. Fikiran terganggu. Hakikatnya, diri ini hanyalah insan biasa yang berusaha dan terus berjuang dalam perjuangan sekalipun kadang-kala tersalah langkah dalam kehidupan seharian.

Mata yang melihat tidak semestinya boleh menilai sepenuhnya diri manusia. dan kadang-kadang manusia lebih memikirkan tentang pandangan manusia dari pandangan ALLAH terhadap diri mereka. Ya, teruskan perjuangan. Jangan mudah putus asa. Mereka hanya perlu berkata-kata. "Oh, dia nampak je macam tu! Tapi....". Ya, mereka semudah itu berkata-kata. Lidah mereka mudah berbicara. Hakikatnya hati manusia siapa yang boleh baca melainkan ALLAH SWT?

Usah pedulikan apa yang mereka katakan. Jiwamu memberontak bererti hatimu punya kesedaran. Cuba untuk keraskan lagi dan pertingkatkan lagi usaha mujahadahmu atas jalan yang diredhaiNya. Usah gentar dan berputus asa untuk terus memohon ampun dariNya, mohon petunjuk dariNya, mohon kekuatan dariNya.

Sebaik-baik harapan adalah harapan yang kau letakkan padaNya dan keyakinan yang ada dalam dirimu terhadapNya.

"aku bukanlah wanita yang punya kecantikan, kekayaan dan keturunan yang terbaik. Namun, aku berusaha untuk bertaqwa padaNya. Bukan bererti aku mengatakan 'Oh, akulah yang terbaik. Aku beriman dan setanding dengan srikandi Islam.'. Terkadang aku kecundang dalam arus dunia, namun aku percaya padaNya. ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Aku berusaha sekalipun aku kadang kala jatuh dalam permainan dunia. Aku akui khilafku. Dan ku pohon maaf andai tingkahku menjadikan kamu was-was denganku. Aku percaya pada kesempatan yang terbuka luas buatku untuk berubah. Selagi terdaya, aku akan berjuang habis-habisan melawan nafsu yang menggoda dan tak kira apa yang melanda, redhaNya menjadi destinasi utamaku. Doakan aku dan tegurlah aku dengan lidahmu yang berhemah sebagai tanda kasihmu terhadap saudara seagama denganmu."

Destinasi Cintaku.

Salam mujahadah.

Wassalamun'alaik.

Monday, February 14, 2011

Bisikan Hati

Bismillahirrohmanirrahim...

Dengarkan bisikan hati ini
Hati seorang hamba yang kerdil dan hina 
Meluahkan segala yang terbuku menjadi kisah dalam lipatan sejarah hidup

Ya ALLAH....
Bukan aku menyesali diuji begini
Bukan aku meratapi nasib yang menimpaku ini
Bukan aku menangisi kisah yang aku lalui

Di sini....
Aku coretkan bisikan hatiku
Tekad dan usahaku menahan sebak di dada
Menahan segala rintangan yang melintang
Berdiri sendiri dengan ujian mendatang
Gagahkan diri dari terus menangisi
Kerana terasa lemah aku di sini

Ya...
Aku lemah
Kerana itu aku perlukanMu, Tuhan
Mendengar setiap rintihan di pelusuk jiwaku ini
Hati yang perlukan kekuatan dariMu
Dipinjamkan sedikit ketabahan
Agar aku terus berdiri

Menangis aku bukan kerana manusia
Tetapi kerana noda yang aku lakukan
Semestinya segala ujian dan dugaan yang Kau berikan punya hikmahnya
Jua sebagai peringatan buat diriku yang lalai

Ya Rabb....
Aku mengakui khilafku
Aku mengakui dosa-dosaku
Aku hanya manusia biasa
HambaMu yang lemah dan sering leka

PadaMu ku pohon
Berikan aku kekuatan dan ampuni segala dosa-dosaku
Bimbinglah aku dengan cahaya hidayah dan rahmatMu
Hanya padaMu....

"Sesaat...aku leka...mengundang penyesalan dalam jiwa...yang tak mungkin dapat aku lupakan...dan saat itu...aku mohon padaNya semoga dosa-dosaku diampuni...tidak sanggup lagi rasanya bila berjauhan dariNya untuk kali ini...bukan kerana ditimpa ujian, aku bertatih melangkah meminta pertolonganNya, tapi kerana ujian itu menyedarkan aku tentang khilafku...leka dan lalaiku...aduh...hati...jiwa...rasa bersalahku bukanlah senipis kulit bawang...kala itu terdetik di hatiku perihal kematianku yang pasti...apakah aku layak untuk melepaskan nafasku yang terakhir sepertimana mereka yang beriman?...apakah amalanku sudah mencukupi?...padaMu Ya ALLAH, aku bergantung harap...semoga tidak lagi aku terpesong dari jalan menuju redhaMu...kerana aku...aku...siapalah aku tanpaMu, Tuhanku..."




Aku Yang Cuba Untuk Sabar, Syukur dan Berdoa PadaNya...


Tuesday, February 8, 2011

Apa Ada Dalam Sabar, Syukur dan Doa? (Part 1)

Assalamu'alaikum.

Bismillah...

Al-Quran mengajar kita terlebih dulu cuma kita yang masih  tak endah

Salam mujahadah buat sahabat-sahabat yang disayangi. Post Siti untuk kali ni Siti nak kongsikan apa yang Siti belajar dan baca dari sebuah buku. Mesti ada yang pernah baca buku "Quranic Law of Attraction"? Tak pun buku "The Secret" atau videonya? Kalau ada, buku yang Siti baca ni ada kaitan dengan ilmu yang dibincangkan dalam "The Secret" tu jugak. Tapi dalam ilmuan Islam lah. Sebenarnya pendidikan dalam Islam yang dah ajarkan tentang ni tapi kebanyakan mereka yang bergelar Islam masa kini yang tak nampak termasuk Siti yang sebelum ni.

Buku ini hasil kajian orang Barat

Apa ek yang buku ni beritahu? Haaa....buku ni ceritanya camni. Tersebutlah kisah....hehe. Takdelah. Macam ni, buku ni memberitahu tentang Hukum Tarikan dalam al-Quran. Tapi biar Siti ceritakan mengikut kefahaman Siti pulak ek. Sebab kebanyakan yang baca blog Siti ni kawan-kawan yang sebaya dan remaja dewasa. Jadi, biarlah Siti cerita ikut apa yang Siti faham. Boleh? ^_^

baby pun nak success tahu!^^
Hukum Tarikan ni dah diajarkan ALLAH SWT dan Rasulullah s.a.w sejak beberapa abad yang lalu. Apa tu Hukum Tarikan? Ha...Menurut definisi Michael J. Losier (2007), Hukum Tarikan bermaksud "segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran sama ada perkara positif ataupun negatif, akan datang dal kehidupan kita". Hukum Tarikan memberi tindak balas pada segala perkara yang saudara pancarkan dengan menghasilkan getaran (fikiran dan perasaan) yang lebih banyak, sama ada positif mahupun negatif. Nampak tak? Tak nampak lagi? Ni baru Siti ceritakan tang orang barat fikir tentang Hukum Tarikan.

Ok, cuba kita fikir balik lah kan. Sebelum ni, kita selalu nakkan kebahagiaan. Nak kaya, nak result bagus. Tapi....kita selalu fikir yang kita ni macam mustahil je nak dapatkan apa yang kita impikan. Macam Siti lah. (Sekarang dalam proses nak perbetulkan diri...baru nak berhijrah...doakan Siti yek..^^)

"Mau sukses ka?mesti yakin maa..."
Siti selalu impikan nak dapat pointer tinggi, nak tingkatkan keputusan dalam final tapi Siti malas, kerap jugak ponteng kelas. Belajar pun jarang, selalu main internet, main facebook dan macam-macam lagi lah. Lagi satu, dalam masa Siti berdoa tu jugak, Siti kerap jugak terfikir yang apa yang Siti nak tu macam mustahil je. Then, keputusannya sangatlah mengecewakan. Apa yang Siti mahukan langsung tak bertepatan dengan apa yang Siti fikirkan. Ha...macam tu jugak bagi mereka yang memulakan perniagaan. Belum mula atau baru mula sikit, dah terfikir bisnes akan bankrup, perniagaan tak maju. Tak dapat sambutan. Macam mana bisnes tu nak maju kalau dah dari awal takde keyakinan nak tingkatkan mutu bisnes. Err....cuba tanya kebanyakan yang berjaya dan sebaliknya, sure lah jawapan diorang sangatlah berlainan. Tak percaya? Haa...pi tanya Donald Trump pastu tanya kebanyakan mereka yang makan gaji. Maaflah ye...Siti selalu dengar komen dari diorang-except Donald Trump la...tentang bisnes ni. Kebanyakan orang yang kerja bawahan ni, diorang takut nak mulakan perniagaan. Takut tak menjadi. Betul...tak caya tanya diri sendiri lah senang cerita. Kalau berbeza, dan ada keyakinan, haaaa...tu ada ciri-ciri nak berjaya macam pakcik Donald la tu. ^^

Meh Siti nak bagitau apa yang penulis Rusdin S. Rauf ni tulis Hukum Tarikan yang ada dalam al-Quran. Sebenarnya, kehidupan yang kita jalani ni sesuai dengan hukum-hukum ALLAH yang termaktub dalam Quran. Contohnya, Siti pernah memburukkan orang dan balasannya orang memburukkan balik tentang Siti. Bila Siti bersedekah pada orang yang kurang upaya, alhamdulillah rezeki Siti, tak pernah Siti rasa pintu rezeki Siti ditutup. Setiap kali perlukan duit atau sesuatu, ALLAH bukakan jalan untuk Siti perolehinya. Itu antara yang Siti pernah lalui dalam hidup ni. Mesti kawan-kawan pun pernah rasa macam apa yang Siti lalui kan?Betul tak?



Kita perhatikan dan fahami ayat 7 hingga 8 surah az-Zalzalah :
"Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya."
Mari kita renungkan, selami dan hayati maksud ayat ini, kebaikan dibalas dengan kebaikan, kejahatan dibalas dengan kejahatan. ALLAH SWT mengingatkan kita supaya sentiasa berfikiran positif(kebaikan) dan memancarkan kebaikan itu kepada orang di sekitar kita. Akibatnya, orang di sekeliling kita ataupun alam semesta memberi pula kebaikannya kepada kita. Haa...kalau nak mudah faham, sebagai contoh, cuba buat semua kerja kita dengan senyuman. Bila kita jumpa orang atau berurusan dengan mereka, kita hadiahkan senyuman dan lakukannya dengan wajah yang manis dengan senyuman. Apa yang kita akan rasa? Mesti kita akan rasa seronok bekerja dan orang yang berurusan dengan kita tak mustahil akan turut tersenyum melihat kita.

Tak percaya? Mustahillah. Siti pernah rasa macam tu tahu. Siti pergi kedai beli barang, dan cashier tu suka senyum dan nampak ikhlas, Siti masa tu yang moody rasa terhibur pulak dengan senyuman dia. Rasa suka tengok dia senyum. Berbeza pulak dengan keadaan kat satu tempat. Bila cashier tu muka macam tempeyek (moody dan masam jek), mood Siti terus down. Kan kat situ kita dah nampak, perbezaan tenaga positif dan negatif yang dipancarkan oleh dua orang yang berbeza tu.


Kenapa ek orang tu pancarkan tenaga positif? Ha...kemungkinan, dia fikir bila tersenyum orang akan gembira dan turut rasa bahagia dan pelanggan gembira kemudian akan datang lagi. Yang negatif pulak? Kemungkinan, dia akan fikir tentang masalahnya dan tidak hiraukan tentang kehadiran pelanggannya. Wallahu'alam. Apa yang Siti agak kat sini sebenarnya tentang apa yang Siti pernah rasa dan tak mustahil ada sesetengah dari kita pernah merasakan apa yang Siti rasa kan?

Berbalik pada Hukum Tarikan dalam Quran, kebaikan dibalas kebaikan. Apa yang maksudnya kebaikan tu? Mestilah amar makruf dan nahi munkar kan? Orang yang beriman adalah orang yang mengerjakan apa yang diperintahkan ke atasnya oleh ALLAH dan meninggalkan segala laranganNya. ALLAH SWT menyuruh kita melakukan kebaikan dan jangan membuat kerosakan di muka bumi ni. Memang kita tak boleh nak nilai orang tu beriman atau tidak tapi kita selalu jumpa dengan dua orang yang berbeza tingkahlaku dan amalannya kan? Maksud Siti, orang yang selalu mendekatkan diri dengan ALLAH dan orang yang selalu mengejar dengan dunia. Orang yang selalu dekatkan diri dengan ALLAH, kita perasan tak yang dia selalu tersenyum dan ada tenaga positif yang dia pancarkan di sekeliling dia. Manakala berbeza pulak dengan orang yang selalu mengejar dunia(tiada seimbang dunia dan akhirat), kalau ada masalah mereka sering merungut dan tempias moodnya kita akan rasa sedikit sebanyak kan? Kenapa ek? Ha...pasal ni nanti Siti ceritakan pada part seterusnya mengenai sabar, syukur dan doa.


Keimanan = Kejayaan = Kebahagiaan

Ada sorang senior dalam fakulti Siti. Dia seorang pemimpin pelajar dan juga merupakan seorang pelajar cemerlang. Aktif dalam persatuan tetapi pelajaran tetap mantap. Nak nilai dia beriman atau tak, bukanlah kerja Siti. Tapi dari segi pergaulan dan perjuangan dia dalam fakulti dan universiti, kita boleh nampak dia sangat menjaga dan berusaha mengajak orang di sekelilingnya ke arah kebaikan. Jadi kat sini kita boleh nampak sikit contoh bagi menyokong kenyataan kat atas. Tak percaya? Yakinlah dengan janji dariNya. Kebanyakan akak-akak senior dan kawan-kawan yang mengajak Siti ke arah kebaikan, Siti tengok diorang busy je selalu tapi alhamdulillah pelajaran diorang tetap mantap dan jarang sekali diorang merungut dengan ujian yang dihadapi. Lihat sahaja pada janjiNya, salah satunya dalam surah al-Mukminun ayat 1 hingga 11, ALLAH memulakan ayat itu dengan ucapan, "Sungguh (pasti) beruntung orang-orang yang beriman."

ALLAH SWT memberi rumusan besar yang orang berimanlah mendapat jaminan keberuntungan iaitu kejayaan dan kebahagiaan, bukan hanya di dunia tetapi juga jaminan syurga di akhirat. Bersambung.........

Okay. Ni baru permulaan Siti ceritakan tentang Hukum Tarikan. Banyak lagi Siti nak ceritakan apa yang Siti faham. Siti nak sangat kongsikan ilmu ni. Walaupun mungkin ada yang dah tahu, tapi Siti tak kira. Siti degil jugak nak cerita. Boleh kan? InsyaALLAH, ada umur yang panjang dan masa terluang lagi Siti post sambungannya. Siti pun berusaha nak berubah ni sekalipun cabaran mendatang dalam proses hijrah ni, mudah-mudahan Dia permudahkan perjuangan Siti ni. InsyaALLAH...

Indahnya tenaga orang yang beribadat..subhanallah

p/s : Post kali ni dikreditkan pada pemilik buku ini. Terima kasih banyak kerana sudi kongsikan ilmu yang ada dengan Siti. Semoga ALLAH tunjukkan kita kebenaran dan jalan kebahagiaan. InsyaALLAH. 

Sekian. 

Wassalamun'alaik. ^^

Wednesday, February 2, 2011

Amalan Mandi Sunat Safar - Khurafat

SAFAR

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:
"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''
Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.