Salam Perjuangan

Monday, November 28, 2011

Tetapkan Hati

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

BUKAN MUDAH. Itu lah dua perkataan yang boleh menggambarkan keadaan utk terus mujahadah. Ya, bukan mudah! Kekuatan dan keteguhan itu penting. Beribu kali Nad berhadapan dengan situasi macam ni. Kadang2 kita berdiri tegak atas jalanNya, kadang2 kita tersungkur. Pedih dan peritnya hanya ALLAH saja tahu macam mana usaha kita nak melawan setiap bisikan2 noda yang hadir. 

Maaf. Blog Nad bukan lah blog cinta, bukan juga blog lawak. Blog Nad adalah blog yang dititip datang dari hati yang terus mencari cinta hakiki. 

Kebanyakan status Nad di FB banyak yang berunsur nasihat dan perkongsian ilmu, bukan kerana Nad nak tunjuk baik. Tapi tak salah kita nak berkongsi dan bersama ingat mengingatkan kan? Ya, Nad bukanlah baik mana pun. Cuma selagi Nad bergelar seorang yang beragama Islam, Nad akan tetap jalankan tanggungjawab untuk menegur dan menuntut serta berkongsi ilmu. 

Nad pun nak berubah. Kadang2 usaha kita untuk menyebarkan dakwah dipandang remeh dan ada segelintir yang berfikiran, "Kalau nak berdakwah, dakwah lah diri sendiri.". Nad sendiri ada kelemahan bak kata seorang sahabat yang Nad ni mudah buat assumption sendiri. Tapi, adakalanya itu juga hakikat. Ada yang tak suka kita buat baik, kata nak tunjuk baik la pulak kan. Walaupun kadang2 terasa lemah, alhamdulillah, ALLAH hadirkan kekuatan itu secara kiasan. 

Nad terbaca satu blog dan Nad ada kongsikan di FB Nad sendiri. Dari blog AkuIslam. Artikel berkenaan dakwah ni. Ada lima tugas yang ditanggung oleh setiap umat Nabi Muhammad SAW iaitu : 

1. Tanggungjawab atas diri sendiri
= Setiap manusia dituntut untuk memperbaiki diri sendiri. (InsyaAllah...)

2. Tanggungjawab atas keluarga
= Berusaha menjauhkan keluarganya dari murka ALLAH SWT

3. Tanggungjawab atas kaum kerabat dan sahabat terdekat
= Mengajak kaum kerabat dan sahabat terdekat mentaati ALLAH SWT

4. Tanggungjawab atas sesama muslim di sekitar
= Memberi peringatan dan menyampaikan agama kepada penduduk sekitar 

5. Tanggungjawab seluruh manusia
= Khoiru Umat : mengajak manusia kepada kebaikan dan menyelamatkan mereka dari murka ALLAH SWT

Motif sbnr nk tunjukkn masyarakat...sesuai kot. ^_^

Dan Nad sangat tertarik dengan kata2 Imam Hasan al-Basri : 


Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan — Imam Hasan al-Basri

Tapi, dalam menjalankan tanggungjawab ni, kita kena seimbangkan juga dengan keadaan. Jangan sesekali kita jadi the haters terhadap si pelaku, hingga mencaci dan memaki bagai pada mereka. Bencilah pada pekerjaan yang mereka kerjakan bukanlah si pelaku. Nasihat biarlah dengan hemah bukan dengan perasaan benci pada si pelaku. Kalau kita jadi the haters pada si pelaku dan mencaci segala, adakah mereka akan terima dakwah kita tu dengan mudah? Malah boleh mengundang sengketa sesama kita. Kebencian makin berleluasa, maka tertawa gembiralah sang iblis melihat pertengkaran dan kebencian antara umat Nabi Muhammad SAW. 

Nad bukanlah baik mana. Sekadar berkongsi pendapat dan ilmu yang dipelajari. Nad tahu, Nad banyak khilafnya. Andai ada kesilapan yang Nad lakukan di luar atau di dalam maya, tegurlah dengan hemah. Nad sedia menerima. InsyaAllah. 

Di sini Nad nak kongsi gambar golongan pendakwah yang diekspresikan dari seorang pelukis berbakat, Syabab Musafir Kasih.

ragam pendakwah di FB ^_^
InsyaAllah, ALLAH Maha Mengetahui. Wallahu'alam. 

Maafkan Nad andai ada yang tersinggung dan berkecil hati dengan setiap titipan kata Nad di blog mahupun di FB. Maaf sekali lagi. Tegurlah andai ada yang tersalah. 

Sekian. Salam istiqamah. 

Wassalamun'alaik. :)

(ade mslh sikit blog ni....so, sikit x mnarik la...maaf..)

No comments:

Post a Comment