Salam Perjuangan

Friday, July 1, 2011

Mencari Kebahagiaan

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Alhamdulillah, dikurniakan Allah kesempatan untuk terus bernafas dan menaip sedikit coretan untuk blog ni. Selamat pagi untuk para sahabat dan pengunjung blog pencariancinta90.blogspot.com. Semoga indahnya pagi ini menghiasi hari-hari kita semua. 

Tengok pada title post ni, mungkin semua akan beri pandangan yang sama pada maknanya. Mencari kebahagiaan, segalanya terletak pada kepercayaan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Saya bukan sesedap garam je nak kata macam ni, tapi itulah hakikatnya. Kebahagiaan itu tersirat dan tersurat dalam kemanisan iman. Saya bukanlah insan yang baik, hamba yang sentiasa taat dengan perintahNya. Ya, saya akui. Terlalu banyak kesilapan yang saya lakukan dalam kehidupan seharian saya hinggalah saat ini. Dan saya akui, semakin berjauhan dariNya, semakin kurang rasa bahagia itu. Bahagia yang sebenar-benarnya bahagia. 

Bila kita lakukan kekhilafan, melanggar perintahNya, sering mengulangi dosa, hati kita akan terasa sangat sunyi sebenarnya. Saya dapat bezakan rasa tu dulu dan sekarang. Saya masih leka, masih alpa dan masih kurang meyakini kebahagiaan yang hakiki. Ya, saya mengaku. Tapi jauh di sudut hati saya, saya inginkan kebahagiaan yang sejati itu. Jiwa diam saya memberontak meminta diri saya mula bertindak. Dan saya berharap padaNya agar sekiranya hati ini tidak dapat mencari iman, maka berikanlah hati yang baru. 


Begitu juga buat sahabat-sahabat, saya sarankan, mari kita sama-sama mencari erti cinta dan kebahagiaan yang sebenar. Muhasabah diri bersama dan mula bertindak dalam iman. 

Sakit rasanya kalau kita bersedih tetapi kita jauh dariNya. Walhal, walau kat mana sekalipun kita berada, Dia tetap bersama kita. Betapa agungnya cintaNya pada kita. Saya berdoa semoga kebahagiaan yang saya cari itu ditemui dengan keredhaanNya. Semoga hati ini ditabahkan dalam membuat keputusan dan mencari kebahagiaan. InsyaAllah. Amin. 

Salam Mujahadah. (semoga aku kembali pada perjuanganku...)

Wassalamun'alaik. 

No comments:

Post a Comment