Salam Perjuangan

Saturday, July 23, 2011

Nak Tahu?

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Apa khabar iman kita hari ni? Alhamdulillah, aku dapat rasakan sinarnya bila Dia mengirimkan seseorang yang tak aku sangka untuk mengingatkan tentang cintaNya. Haa... Sapa ini budak meh? Dia ni member bertekak aku masa kecik. Dulu bertekak sampai tak masak lemang yang kitorang bakar. Tapi tu cerita 9 tahun yang lepas la. Sekarang masing-masing dah besaq panjang. Boleh fikir sendiri. Cuma bab bertekak dengan bertikam lidah tu memang tak boleh lari la. 

Well. Aku bersyukur sebab diberikan ruang olehNya untuk muhasabah diri aku semula. 

Haaaa.... Hari ni kelas kek ada kat bakeri. Aku tak tahu la yang aku dibenarkan bekerja ke tak untuk kelas ni. Risau pulak. So, aku amik keputusan untuk bantu sekadar yang diperlukan je. Sorry la Abang Zam ya. Saya tkut Abang Zam marah pulak. Huuu....

Wahai pembaca yang comel sekalian,

 ‎~ ♥ sememangnya kita tak mungkin boleh membenci sejak mulanya kerana benci dan pertengkaran itu yang membawa pada pengisian dan kerinduan andai ianya hilang... juga tidak mungkin boleh menyayangi sepenuh hati kerana perasaan itu boleh mengakibatkan sebaliknya kiranya terlalu disakiti sayangilah insan di sisimu dengan seikhlasnya kerana Allah dan jangan lebihkan rasa itu dari kasih sayang padaNya... pengajaran yang aku perolehi dan terima kasih pada seseorang yang mengingatkan aku hakikatnya... ♥ ~

No comments:

Post a Comment