Salam Perjuangan

Sunday, July 10, 2011

Apa Khabar Iman?

Assalamu'alaikum...

Bismillah...


Salam Mujahadah. Apa khabar iman kita? Dukacita saya berkongsi, iman saya kurang sihat. Semakin hari semakin tenggelam dengan kekeliruan. Wallahu'alam. Saya terasa sangat bersalah kerana tidak mampu membina tembok iman yang kukuh dan tegak berdiri dengan cahaya dariNya. Kesilapan itu berpunca dari saya. Bukan pada mereka yang ada di sekeliling saya. Saya yang memulakan persoalan yang sepatutnya keluar dari mulut saya ni. 

Iman.... bukan mudah untuk dibentuk andai tenggelam dan hitam. Namun, kasih sayangNya sentiasa ada untuk kita yang pernah tersasar dari jalan cintaNya. Pintu taubat sentiasa terbuka buat hamba-hambaNya yang sedar dan menyesali setiap kemungkaran yang dilakukan oleh jemari mereka. Dan iman bisa kembali menyinar andai kita terus istiqamah dalam perjuangan mencari cinta abadi iaitu cinta Yang Maha Esa. 

Setiap tulisan dan kata-kata saya mungkin ada yang mengatakan umpama "cakap tak serupa bikin". Namun, hakikatnya sukar kita mengerti mereka yang pernah terkeluar dari perjuangannya sebagai seorang hambaNya sekiranya bukanlah kita di posisi mereka. Benar. Kekeliruan sering memasuki ruangan kotak-kotak fikiran kita dalam membuat pilihan dan keputusan. Antara hati berbicara, fikiran bermadah dan jiwa yang memberontak. Bukan mudah. Moga terbuka ruangan dalam hatiku untuk menerima hidayahNya dan moga dipermudahkan aku dalam bertindak untuk kebahagiaanku. 

Ya Allah....
Aku rindukan sesuatu...
Sesuatu yang sangat berharga dalam hidupku...
Dan aku perlukan kekuatan dariMu...
Untukku kembali menggenggam apa yang aku rindui itu...
Dengan genggaman yang membahagiakan di sisiMu...
Janganlah Engkau biarkan aku kecundang dengan permainan nafsuku...

Salam mujahadah. 

No comments:

Post a Comment