Assalamu'alaikum...
Bismillah...
Wah...ni tajuk patutnye utk 3 hari yg lepas. Hehe...lupa nak update psl ni hari tu. Tak sempat sbb balik kampung. Anyway, nak ucapkn selamat tahun baru masihi 2011. Masuk tahun baru, tinggallah tahun lama mnjadi kenangan.
Ibuku Tercinta |
Masa orang tengah sibuk menyambut kehadiran tahun baru, Siti dgn adik, Ema berbincang secara senyap utk kejutan buat Emak. Mak call Siti malam tahun baru tu lepas je Siti dgn Ema habis berbincang. "Akak balik tak?" soal mak (macam sayu jek...aduh!). "Tak balik mak. Akak kena kerja." Terpaksa Siti berbohong sebab nak buat kejutan kat mak. Siti dah planning nak balik kampung tapi tak mahu bagitau mak. Dah siap planning dah, dah beli kek pun.
"Kau nanti pandai2 la cover line aku nak balik tu. Jgn bagitau mak tau." Ni pulak sesi perbincangan yg tergendala. Masa tu masih dlm bas, tak sampai lagi. Last2 Siti dapat tau, adik pun buat surprise jugak. Dia suruh mak pergi kenduri. Dia nak buat majlis (ala....famili2 kitorg jgk...kat sebelah umah jek...Cik Mak, Adha, Titot, Ema, Mirul ngan Nenek) kt umah utk mak. Yang buat Siti nak trgelak, pi tiupnye belon utk majlis tu. Adoi...mcm mak tu umur bru 5 tahun jek...

Alhamdulillah. ALLAH masih berikan kesempatan buat mak Siti utk teruskn kehidupan bernafas di bumiNya. Syukur, ALLAH masih berikan Siti peluang untuk terus merasai pelukan, ciuman dan kasih sayang Emak yg trcinta.
Ya ALLAH, rahmatilah kehidupan ibuku dunia dan akhirat. Sayangilah dia sepertimana dia mengasihiku. Ampunilah segala dosa-dosanya yang lalu, dan terimalah dia dalam syurgaMu kelak. Amin...
AKAK SAYANG EMAK!!! (T^T)
Sampai sini je...
Salam Mujahadah.
Wassalamun'alaik. ^_^
No comments:
Post a Comment