Salam Perjuangan

Saturday, January 8, 2011

Dear Momo-chan...


Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Sebelum nak merehatkan fikiran yang tengah kusut, migrain dan hati yang sedang keliru, Siti saja nak tulis2 kt blog ni. Entry kali ni mungkin lebih pd luahan hati kot. 

(Biarlah entry kali ni Siti guna ganti nama "aku"...rsa lebih selesa nk luahkn ape yg trbuku...)

Dear Momo-chan (nick name yg aku bg pd blog n basikal aku...),

Nak dgr cerita tak, Momo-chan? Aku pening btl hari ni. Bukan setakat hari ni je aku fikirkan hal tu. Since sebulan yang lalu lagi aku dh fikirkn hal ni. Hal ape ye? Haaa....kalau kau nak tahu. Hal tentang perasaan dan harapan aku ler. Ape lagi. Kau tahu, Momo-chan. Aku rsa mcm aku luahkn kt seseorang je bila taip-taip mcm ni. Aku sayangkan mereka, Momo-chan. Tapi aku tak mampu utk jga hati smuanye. Aku mngkin selalu trsepit mcm ni, Momo-chan. 

Momo-chan, kau rsa aku ni bkn kwn yg baik ke? Aku rsa mcm ye jek. Dan kau rsa otak aku ni dh x brp baik ke? Aku rsa mcm ye. Kenapa ye aku fikir cmtu? Haaa...kalau kau nk tau la kn. Aku ni skrg mdh sgt lupa. Tu yg aku nmpk la. Teruk aku ni? Sikitlah kot. Momo-chan..........aku nak ckp dgn seseorang. Seseorang yg boleh mendengar dan memahami aku. Aku nak menangis puas-puas. Yang boleh pegang bahu aku dan tenangkan aku. Aku nak menangis, Momo-chan. Aku nk hilangkn sesak ni...

Momo-chan....slh aku jgk. Aku langsung tak tnyakn diorang khabar. Aku trlalu sibuk dgn krja cari duit aku tu smpai aku penat n x smpat nk mesej dgn sesiapa. Nk taip pn aku jd pening kpla. Ni pn aku pksa diri aku, Momo-chan. Sebab aku pening n luahkn on the spot. 

Aku diberikan harapan. Dan aku jugak yg menyusahkn harapan tu. Aku jugak yg hmpir memusnahkn hrpn tu. Dan aku jugak yg brsalah kerana otak aku yg mkin tak cerdas ni, Momo-chan. Aku pelupa. Dia menguji aku dan Dia juga memberikan aku amaran supaya berubah. Aku menyesal dgn kesilapan lampau aku. 

Apa prlu aku buat, Momo-chan. Aku luahkn je kt kau yek. Momo-chan, aku nak menangis. Aku nk nangis puas2. Aku bersalah, Momo-chan. Oklah. Momo-chan. Aku nk tidur dl.. Tapi sblm tu. Aku nk taip satu luahan rsa pd Sang Pencipta. Tuhanku Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. 

Daa... Momo-chan...


Hidupku diuji,
Aku mengeluh lemah,
Terasa diri begitu kerdil kerana kelemahan diri,
Bukan aku tidak bersyukur dengan ujian ini,
Namun aku merasakan diriku berdosa dan bersalah,
Dan atas kesilapan itu, 
Aku diuji dan diduga olehMu.

Ya ALLAH,
Sunggu lemah hambaMu yang satu ini,
Hatinya kian rapuh dengan noda dosa dan kedukaan,
Ku mohon padaMu, Tuhan Yang Maha Esa,
Bimbinglah aku ke jalan kebenaran dan berikanlah aku ketenangan hati.

Ya Rabb,
Aku mahukan bahagia, 
Dan Kau berikan aku ujian,
Terkadang aku alpa, 
Dan Kau berikan aku peringatan,
Aku mahukan teman,
Dan Kau hadirkan aku dugaan.

Kenapa?
Kerana Kau menyayangiku,
Kerana Kau masih endah tentangku,
Kerana aku semakin mahu mencintai Engkau.

Ya ALLAH,
Aku menyerahkan kehidupanku hanya untukMu,
Aku ingin bertemu denganMu dalam keadaan suci dari dosa dan noda,
Aku mohon padaMu,
Janganlah Engkau biarkan aku terpesong lagi dari jalanMu,
Kerana aku ingin menatap wajahMu dalam syurgaMu kelak,
Aku tahu aku tidak layak,
Namun itulah harapanku, 
Walaupun tampak terlalu tinggi, tapi itulah harapan hidup dan matiku.

Ya Rahim,
KasihMu terlalu agung,
Ampuni aku sekiranya aku menanti harapan yang begitu kerdil,
Ampuni aku kerana menyesakkan dadaku dengan harapan itu,
Ampuni aku kerana memikirkannya,
Ampuni aku kerana menangis atas perkara yang sia-sia.

Ya ALLAH,
Aku mencintaiMu. 
Dan aku merinduiMu.


Wassalamun'alaik. 

No comments:

Post a Comment