Salam Perjuangan

Tuesday, January 11, 2011

12 Januari 1990, Siti Nadzirah Dilahirkan Ke Dunia...Wallahu'alam

Assalamu’alaikum…

Bismillah…


12 Januari 2011
Alam barzakh semakin memanggilku
Mengingatkannya menjadikan kakiku semakin kaku
Air mata yang cuba untuk aku pertahankan
Deras mengalir menangisi kekhilafan lalu


Memori 20 tahun yang lalu
Menerjah setiap urat mindaku
Mengenangkan dosa lalu
Menjadikan aku semakin diburu pilu

Waktu yang singgah padaku
Sudah jauh meninggalkan aku
Bersama sejuta penyesalan
Kerana sia-sianya usiaku menjamah waktu

Aku umpama si kunang-kunang
Tika aku sedar, aku menerangi malam
Tika aku alpa, aku tersesat dalam kegelapan

Ya ALLAH Ya Tuhanku,
Waktu yang berlalu telah aku persiakan
Menjadi masa yang lebur bersama dosa
Seperti baru semalam aku menginsafi diri
Dalam alpaku, rupanya aku masih di situ
Aku mengkhianati janjiku


Ya ALLAH,
Bantulah aku
Aku enggan membiarkan jasadku yang semakin dipanggil cacing dan ulat
Menjadi busuk kerana dosa-dosaku
Aku enggan jasadku yang semakin dijamah detik maut
Menjejaki lantai liang lahad itu dengan noda yang lalu
Aku merayu
Aku merintih
Aku mengharap
Ampunilah segala dosa-dosaku
Sebelum Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawaku dari jasad yang kaku

Ya ALLAH,
Ampuni aku
Ampuni aku
Ampuni aku….

Biarlah sejarah 20 tahun yang lalu berlalu jauh menjadi pedoman buatku
Dan usia selanjutnya aku
Menjadi detik baru dalam diari cintaku padaNya
Yang kuat bermujahadah di jalanNya…insyaALLAH

Ke hadapan seorang muslimah yang memegang amanah sebagai Siti Nadzirah Binti Anuar,
                Ingatlah janjimu pada Kekasih Yang Agung. Dia berikan kau peluang untuk terus bernafas dalam usia baru ini. Dia pinjamkan kesempurnaan ciptaanNya padamu tanpa sebarang balasan. Kau tidak solat? Dia tidak rugi walau sekelumit pun. Malahan, kau sendiri yang akan rugi bila tiba hari pembalasan kelak. Ingatlah, Dia Maha Penyayang. Dia masih endahkan engkau dengan dugaan yang diberi olehNya untukmu. Mengeluh? Jangan sesekali. Bersyukurlah. Lihatlah kau masih berdiri dengan jasad pinjamanNya ini. Pandanglah mata hatimu. Di situ, jelas nikmat yang Dia berikan buatmu. Tidakkah engkau sedar sebenarnya kau semakin teguh menjalani kehidupanmu yang penuh dugaan ini? Bersyukurlah.
                Sesungguhnya tiada ternilai pemberianNya padamu yang kerdil dan lemah. Janganlah kau kufur pada nikmatNya dengan menodai jasad pinjamanNya dengan dosa-dosa yang menggunung tinggi. Kau masih sihat, kau masih sempurna kejadian jasad. Tiada cacat celanya pada jasad itu. Bersyukurlah. Insaflah.
                Semoga engkau tidak lagi mengulangi kesilapan lalu. Sedarlah maut mengejarmu setiap detik yang berlalu.

Ya ALLAH,
Ampunilah hambaMu yang lemah lagi hina ini
Bimbinglah aku dengan rahmat dan hidayahMu
Janganlah pesongkan hatiku dari jalanMu

Ya Rabb,
Aku dambakan cintaMu
Aku cintakanMu
Aku tidak mahu menodai cintaku padaMu lagi
Bantulah aku dalam memperjuangkan cintaku
Aku merayu padaMu Yang Satu
Teguhkanlah imanku padaMu

Ya ALLAH……..cintaku yang agung
Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan padaMu
Kerana memberikanku nikmat yang amat tinggi nilainya ini
Kerana meminjamkanku segala yang ada padaku ini tanpa walau secebis bayaran
Kerana mengizinkanku terus bernafas di muka bumiMu ini
Alhamdulillah…
Syukur padaMu atas segala-galanya
Impianku….
Ya ALLAH, akadkanlah aku dengan kematian dalam keadaan beriman
Semoga pertemuanku denganMu penuh dengan kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya
Amin~

Selamat menghampiri Hari Pertemuan buat diriku yang kerdil lagi lemah ini.

Wassalamun’alaik.


p/s : buat sanak saudara dan teman-teman yang sudi mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan Siti, terima kasih Siti ucapkan pada kalian. Doa Siti semoga kebahagiaan dan rahmatNya menjadi milik kita bersama dunia dan akhirat. InsyaALLAH. Salam kasih~

No comments:

Post a Comment