Salam Perjuangan

Saturday, January 22, 2011

Pohon Semalu


Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Kali ni entry copy dri facebook. Dari akaun seorang sabahat. Teringat pada bacaan novel Tautan Hati. Sejak tu, Siti cuba jadikan pohon semalu sebahagian dari pengajaran buat hidup Siti. Memang sukar tapi itulah yang perlu Siti hadapi dan usahakan. InsyaALLAH. Moga Dia permudahkan segalanya. Amin~~

Wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. 

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). 

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. 

Ketiga, semalu juga menpunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. 

Dan akhir sekali semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu,para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. 

Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Salam Mujahadah~~

Sekian. Wassalamun'alaik. 

No comments:

Post a Comment