Salam Perjuangan

Sunday, January 16, 2011

Misteri dan Tanda-tanda Kiamat

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Hari ni Siti nak ketengahkan tentang satu kejadian misteri yang berlaku di Amerika Syarikat (US). Mungkin ada dalam kalangan kita yang dah baca tentang kejadian tu. Kejadian ape yek? Ha... Hal ni berkenaan misteri kematian hampir atau lebih 5, 000 ekor burung hitam bersayap merah menjelang sambutan tahun baru 2011. Kemudian disusuli dengan kematian lebih 100, 000 ekor spesis ikan drumfish. Kalau ada yang belum baca lagi artikel tu, sini Siti sertakan sekali dengan link berkenaan rencana tu. 

Kalau kita perhatikan, dalam rencana tu banyak betul pendapat yang dikemukakan oleh beberapa pihak. Ada yang mengatakan ianya tanda-tanda kiamat yang akan tiba pada 2012 (mengikut ramalan tamadun kuno Maya di Mexico), yang lain pula mengaitkan kematian haiwan-haiwan Arkansas tu dengan konspirasi chemical trail atau jejak kimia

Subhanallah. Sebenarnya bila Siti terbaca rencana ni, Siti agak terkejut jugak. Tapi hakikatnya sebenarnya ALLAH lebih mengetahui kenapa ianya terjadi. Namun, dari sini kita boleh dapat rasakan bahawa setiap yang terjadi itu adalah peringatan dari ALLAH buat hamba-hambaNya supaya beringat maut dan kiamat akan tiba juga pada suatu masa nanti. Kita tidak tahu apa yang tertulis di Luh Mahfuz. Kita tidak mungkin dapat meramal bila kematian dan kiamat akan berlaku tetapi yang kita pasti Rasulullah (s.a.w) telah mengingatkan bahawa kita ni di akhir zaman. Umat akhir zaman. Maka, apa yang perlu kita lakukan muhasabah diri dan imbas kembali sebanyak mana amalan yang telah kita sediakan sebagai bekalan di hari perhitungan nanti. 

Kini, kita boleh nampak terlalu banyak petanda-petanda kiamat itu semakin menghampiri. Bukan Siti yang kata, tapi Rasulullah (s.a.w) sendiri yang menyampaikan peringatan itu kepada kita. Kalau Siti nak list kan memang banyak lah. Nanti Siti list kan sikit-sikit ikut section Petanda Kiamat (akan datang). Siti pun nak cari semula buku-buku yang boleh buat rujukan ni. Bukan nak tunjuk baik tapi sebagai peringatan buat diri Siti jugak. Siti ni pun terlalu banyak khilafnya dan dosa sama ada secara Siti sedar atau tidak. 

Yang Siti ingat dan Siti boleh nampak (kawan-kawan semua pun mesti perasan jugak kan...), perubahan cuaca, perubahan peringkat sosial manusia (contoh : mengubah kejadian ALLAH seperti menukar jantina, ramai dah yang jadi kaum Nabi Lut), macam yang terjadi seperti dalam rencana tu (wallahu'alam) dan banyak lagi. Perang-perang kecil jangan cakap lah. Jelas dah depan mata. Betul tak? So, Siti nak ajak kawan-kawan sama-sama muhasabah diri. Takut rasanya bila imbas balik amalan yang berapa kerat je kita kerjakan kan? 

Ya ALLAH, 
Kau ampuni kami,
Kau ampuni kami,
Kau ampuni kami...

Ya Rabb,
Berikanlah kami kesempatan untuk terus beribadah kepadaMu,
Permudahkanlah kami tika menghadapi hari perhitunganMu,
Nikahkanlah kami dengan kematian dalam iman.
Amin~

marilah kita mohon ampunan dariNya


Sampai sini je Siti punya entry kali ni. Siti baru pas baca rencana tu tadi. Tu yang terus tulis entry ni. Rasa gementar pulak. Semoga rahmatNya sentiasa mencucuri kita hamba-hambaNya. Kalau Siti ada buat kesilapan dalam artikel ni, harap tegur lah ye.... 

Salam mujahadah.

Wassalamun'alaik. 

No comments:

Post a Comment