Salam Perjuangan

Saturday, January 29, 2011

Kesedaran

Assalamu'alaikum.

Bismillah.

Lihatlah si ibu kekejamanmu...
Selamat pagi semua. Pagi ni Siti buka Facebook je dah terperanjat tengok gambar mayat bayi lelaki siap dengan tali pusat dijumpai di dalam longkang berair. Lokasi kejadian : Taman Mekar, Ayer Hitam, Batu Pahat Johor. Ya ALLAH! My hometown tuuu.... Sadis, tragis, kejam, zalim dan tak berperikemanusiaan langsung! 

ALLAH SWT kurniakan kita akal dan fikiran berbeza dengan binatang tapi kenapa masih ada manusia yang akalnya lebih rendah dari makhluk tu? Bukan Siti nak mengeji diorang tu teruk dari binatang, tapi akhlak diorang tu yang Siti tak suka. Kepada manusia yang tergamak membuang bayi yang langsung tak berdosa walau sekelumit tu, korang tak fikir ke betapa beruntungnya korang mak bapak korang tak buang korang macam yang baby tu rasakan dari perbuatan korang tu? Korang tak bersyukur ke dengan jasad yang masih mampu bergerak dengan normal dan nafas yang masih turun naik kurniaan ALLAH SWT pada korang tu? Untuk apa Dia berikan pada korang? Untuk bersyukur dan melakukan kebaikan dengan nikmat tu bukannya kekejaman!! Korang tak terfikir ke, lepas je korang buang baby tu, tiba-tiba je korang pun turut ditarik nyawa serta merta masa tu? Ada korang bayangkan? 


Siti tahu, korang mesti masa tu dah gabra sangat kan? Sampai dah tak boleh nak fikir mana satu baik dan mana satu tak baik langsung. Tapi, orang kata beringat sebelum terjadi. Bila dah buat, dah jadi, jangan pulak korang tak gheti2 bertanggungjawab. Korang mestilah sekolah kan dulu? Belajar agama kan?? Kalau korang tak sekolah pun atau tak gheti2 dan faham tentang apa yang diajar pun, cuba korang letak diri korang dekat tempat baby tu la. Takpun, cuba korang ingat tentang mati. Mati cara baby tu. Terbuang kat longkang, sampah sarap, kena makan anjing, mati kat parit dan macam-macam cara sadis lagi kejam lah bila nak elak tanggungjawab kan? Kalau korang tak gheti2 jugak, tiap kali keluar ngan boyfriend korang, korang tengok dan tatap gambar-gambar baby yang pernah terbuang dan baby yang mati akibat kekejaman manusia berhati binatang. Biar terbayang-bayang. Korang bayangkan korang kat tempat baby tu. (ni cara paling sadis rasanye....)

Tolonglah. Kasihan pada baby tu. Diorang tak bersalah langsung atas dosa-dosa yang korang buat tu. Kenapa tahu buat tapi tak gheti nak jaga? Malu??? Macam mana pulak dengan malu pada ALLAH SWT Yang Maha Melihat? Dah tahu malu kenapa buat?? 

didik anak, pantau anak tak bererti kongkong anak.

Pada ibu bapa pula, bagi Siti kebanyakannya mestilah marah gila tahap gaban kalau dapat tahu anak buat perkara tak senonoh sampai ada isi dalam perut tu kan? Ya, mesti marah! Hanya orang yang takde moral je yang boleh cool dan buat muka selamba (siap angguk2 geleng2 dengar anak cerita tentang salah laku diorang). Marah kerana apa? Marah kerana sayang. Kerana menjaga anak-anak sejak kecil dengan didikan yang baik (terpulang pada didikan ibubapa la...ada yang baik, ada yang kureng sikit). Tapi yang penting, dah namanya anak. Mestilah ibubapa mengharapkan yang terbaik dari anak-anak. Tapi, kalau dah anak buat arang batu dan arang kayu, janganlah pulak kerana marah sanggup mencaci, mencela dan membuang anak hingga anak tu dah hilang cara sampai "membunuh" baby yang ada dalam perut tu. Itu dah salah bebenor tu. Sebab ibubapa boleh jadi punca kenapa anak membunuh baby. Macam tu jugak masyarakat. Memanglah kita marah, tapi manusia ni psikologi berbeza-beza. Macam mana nak tangani? Ni bila dah jadi tau. Sepatutnya dari kecil lagi kita dah kena take steps, mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang amar makruf nahi munkar. Bila dah jadi camni, ibubapa kena mendalami perasaan anak-anak, marah sekalipun, jangan sampai anak fikir tang "buang anak" dan lari dari rumah. Camne caranye? Temuramah Mufti ni ada sikit sebanyak pendapat mufti tentang gejala ni. Siti nak komen panjang-panjang pun risau salah komen, tapi bagi Siti yang paling penting adalah iman. Didiklah anak dengan didikan agama yang baik, gunakan cara yang Rasulullah s.a.w ajarkan pada kita. Kalau tak tahu, usahlah malu bertanya pada orang-orang yang beriman. Rujuk pada mereka yang mengetahui. Dan yang paling penting, mohonlah petunjuk dariNya. InsyaALLAH, ALLAH Maha Mendengar dan Maha Pengampun. 

Comelnya baby...
Maafkan Siti andai kata-kata Siti ada menyentuh hati mana-mana pihak. Siti tersentuh hati bila tengok gejala ni makin menjadi-jadi. Hati manusia seolah-olah lebih teruk dari binatang. Sanggup biarkan baby terbuang macam takde nilai. Tak rasa kasihan kah? Menitis air mata Siti bila kenangkan nasib baby tu. Tapi, Siti nak remaja-remaja kat luar sana tu termasuk Siti ingat, bahawa baby tu dah tentu diambil ALLAH dan tempatnya tentunya di syurgaNya tapi kita? Belum tentu amalan kita cukup untuk ke syurgaNya. Beringatlah sebelum buat. Ingat ALLAH, ingat kematian yang semakin dekat dengan kita. 

Mohon teguran andai Siti ada tersalah bicara. 

Salam prihatin.

Wassalamun'alaik.

No comments:

Post a Comment