Salam Perjuangan

Tuesday, January 17, 2012

Kejap..kejap.. Aku Tak Solat Lagi Ni!!

Bismillah.

Assalamu'alaikum.

Sahabat, semoga berada dalam keredhaan dan rahmatNya. Nad dah lupa berapa minggu tak update blog ni. Hehe. Kali ni kita nak bincangkan perkara yang amat penting. Iaitu solat lima waktu. 

Shaye dah sholat.. ^^
Jujurnya, Nad dulu punya lembaran silam yang amat jahil tentang agama dan kewajipan sebagai seorang Islam. Nad jadikan diri Nad sebagai teladan bukan membuka lembaran keaiban untuk pengetahuan umum. Nad sangat jarang menunaikan solat fardhu lima waktu sehinggalah umur Nad 16 tahun. Waktu tu, Nad masuk sekolah asrama. Atas dasar paksaan ustazah dan malu pada kengkawan, Nad paksa diri untuk solat dan jemaah kat surau. Alhamdulillah, lama kelamaan daripada rutin jadi kewajipan untuk Nad tunaikan solat fardhu. ALLAH bukakan pintu hati Nad untuk terima hidayah-Nya. Malah DIA bukakan hati Nad untuk sentiasa tidak melewatkan solat. ALLAH Maha Mengetahui kan? DIA Maha Pengampun. 

Kesedaran kita amat penting betapa pentingnya solat dalam kehidupan seharian ni. ALLAH dah ciptakan kita, tapi sukar benar kita untuk mensyukuri nikmat pemberian-Nya? Tak bersyukurkah kita dengan jasad yang sempurna ini? Tak bersyukurkah kita kerana tinggal di muka bumi yang terlukis keindahan ciptaan-Nya? Tak bersyukurkah kita dengan molekul-molekul oksigen yang memasuki ruang peparu kita? Solat itulah yang membezakan kita dengan kaum musyrikin yang tidak mensyukuri dan sentiasa mengkufuri nikmat yang ALLAH berikan. Peliharalah solat kita. Jadikanlah ia sebagai solat yang bererti yang mampu menghalang kita dari melakukan kemungkaran. InsyaALLAH. 

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
Sedarlah kita semua akan kewajipan menyahut seruan-Nya. Mampukah kita membawa bekalan kebajikan yang lain sekiranya solat kita tidak dipelihara? Apakah perkara pertama yang akan disoal terlebih dahulu ketika dihisab? Amalan sedekah? Kebaikan pada ibu bapa? Akhlak yang baik? TIDAK. Solatlah yang akan dihisab terlebih dahulu. Itu yang membezakan kita dengan kaum musyrikin. 
Jangan jadikan alasan badan berpeluh, tak selesa nak solat (waktu kat luar, keluar jalan-jalan). Jangan jadikan alasan kepenatan untuk tidak tunaikan kewajipan. Jangan jadikan alasan masa masih panjang untuk melewatkan kewajipan tanpa sebab yang musabah (urusan ibadah).
Ingat, waktu nak menghadapi sakaratulmaut nanti, kita takkan sempat nak kata macam ni, "Sekejap! Sekejap! Aku tak taubat lagi ni. Datang lain kali ya?" Wah..wah..wah.. Ingat waktu mati ada VIP seat ka? Renung-renungkanlah. 
Maaf andai Nad ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan sahabat-sahabat. Salam sayang. 
Wassalamun'alaik. 

2 comments:

  1. info yg sangat2 berguna. baru tau pasal bahana meninggalkan solat tu secara spesifik =.='

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...pringatan buat smua...mudah2an bermanfaat... :)

    ReplyDelete