Salam Perjuangan

Tuesday, June 21, 2011

Kasih Ibu!!!

Assalamu'alaikum...

Bismillah...

Alhamdulillah. Tangan ni terasa ringan untuk update blog yang hampir berkulat ni kerana ditinggalkan tuannya sementara waktu. Yep. Hari tu cuti tiga minggu balik kampung. Kat rumah takde internet pun. Jadi susah lah nak update blog. Tu pun dapat update sikit je. Rezeki abang balik bawak w1max. Last2 aku guna sampai habis kredit. Hehehe. 

Sepanjang kat kampung, mood aku selalu spoiled. Menangis je tak habis2. Kenapa aku menangis? Mungkin kebahagiaan yang aku tunggu belum muncul lagi. Mungkin juga aku terlalu tertekan. Alhamdulillah. Mak selalu bersama akak. Akak bersyukur memiliki ibu yang sangat pengasih dan memahami akak. Pernah satu malam aku diganggu tekanan yang sangat teruk. Sampai bengkak mata aku, mata hati aku tahan air mata dari mengalir. Jalan ketenangan yang paling mujarab adalah dengan berdoa dan memohon keampunan dariNya. 

Alhamdulillah. Allah Maha Pengasih. Saat aku kesedihan macam tu, Dia telah pun kurniakan aku seorang ibu yang sangat penyayang. Dalam pelukan mak, akak menangis. Menangis semahunya. Melepaskan segala rasa yang terpendam. Rambut akak mak belai, bahu akak mak usap. Mak tenangkan akak dengan kata-kata nasihat. Dua kali akak berkeadaan macam tu. Mak tetap di sisi akak, memberi kata2 semangat dan menghulurkan belaian kasih sayang yang kukuh terpahat di hati. 

Mak, sekarang akak jauh dari mak. Terpisah oleh jarak yang berbatu. Cuma handphone je yang jadi penghubung kita. Lepas ni, sepanjang dua bulan akak kat sini, akak tak dapat rasai belaian dan pujukan dari mak kalau akak bersedih. Akak sangat rindukan mak. Kalau boleh aka nak mak sentiasa di sisi akak. Akak kat sini kesepian mak. Sepi. Dan tiap kali akak keseorangan akak selalu dibayangi belaian kasih sayang dan pujukan mak. Akak......... Rindukan mak. 

Semoga perihatin Allah mengiringi diriku di sini...
Mengubati luka yang terbuka...
Kerana kewujudanku terlontar jauh...
Moga kesepianku terubat...
Dengan kehadiran mereka yang tulus menghulurkan kasih di sisiku...

Alhamdulillah. Aku start kerja kat bakeri macam biasa. Penat tu jangan cerita la. Tapi takpe, aku dah biasa. Alhamdulillah. Dah rezeki aku kat situ. Aku tak kisah pun. 

Dulu....aku jarang sangat mesej dan call mak. Khilaf aku. Saat aku seronok dengan kawan-kawan dan cari duit sendiri, aku terabaikan mak sendiri. Sekarang terbuka luas mata hati aku, tak kira aku susah atau senang, mak tetap bersama aku. Maafkan akak, mak. Akak sentiasa merindui mak kat sini. Sangat2 rindukan mak. 

Kawan2, 
Jangan kerana kita bahagia bersama insan lain,
Kita leka bahawa kita punya ibu,
Sekalipun kita bahagia menyintai seseorang,
Namun kasih ibu masih setia bersama kita,
Walau kita berbalas mesej dengan sahabat mahupun kekasih hati,
Kasih ibu tak pernah berubah,
Aku tahu di luar sana ramai yang macam aku,
Kadang2 bahagia bermesej bersama teman2 dan yang tersayang,
Hingga mengalahkan mesej dengan ibu bapa yang sekian lama bersama kita,
Lebih2 lagi insan bergelar ibu,
Kalau boleh kita lebihkanlah ibu kita,
Kalau kita boleh mesej dengan teman2 sehari berkali2,
Rasanya takkan susah untuk mesej ibu kita walau sekali sehari bertanya khabar kan?
Berkongsi segala masalah dengan mereka,
Itu lebih membahagiakan, 
Kerna kasih ibu hingga ke syurga. 

comel kan mak aku?hehe...

Sekian...Sampai sini saja. I LOVE MY MOM SO MUCH!

1 comment:

  1. wow, u got blog aledy, keep it up!

    Mom always the best, so is father ;D

    ReplyDelete