Salam Perjuangan

Friday, April 29, 2011

Maafkan Akak, Mak....

Assalamu'alaikum...

Bismillah...


Aku masih di Kolej Keris Mas. InsyaALLAH, esok kalau dapat Kolej Ungku Omar, aku akan ke sana. Hmmm...makin lama makin sunyi sangat blok aku ni. Aras aku ni sekali masuk bilik air macam masuk tempat haunted habis. Sunyi sepi je. Barang-barang nak bawa balik dari bilik-bilik lain dah bersepah-sepah kat setiap kaki lima aras aku ni. Haish...bestnya korang dapat balik. Aku memang nak balik tapi aku tak boleh balik. Kenapa? Semalam baru mak aku call. Alhamdulillah mak aku faham kenapa aku tak balik. Aku kerja kat sini sambil belajar. Kalau aku balik kampung, kat bandar tu kerja yang ada cuma kat shopping kompleks yang memerlukan pekerjanya memakai seragam yang confirm2 lengan pendek dan saiz tak boleh besaq lagi. Kat sini aku dah biasa kerja dekat bakeri ni. Lagi pun pendapat sampingan aku boleh dapat amik another part time as a teacher kat tmpat yg memerlukan private tuition. Kat BP tu nak jadi cikgu tusyen, payah giler. So, aku pun dah discuss dengan mak aku. Alhamdulillah mak aku setuju. 

Lagi memilukan hati aku bila aku terfikir pasal mak aku kata, "Akak balik lah. Tolong-tolong mak kemas rumah ke." . Aku jawab, "Mak, kalau akak balik kat sana takde kerja yang sesuai lepas tu akak cuma duduk rumah, kemas rumah then mak kena tanggung akak lagi. Akak bukan tak rindu. Rindu sangat2. Tapi, akak sebagai anak sayu dengar mak kata mak punya tabung kebajikan dah dipotong bantuannya. Gaji mak bukan besar sangat. Mak sendiri cakap, bayar itu ini yang tinggal cuma RM50 untuk simpanan. Mak rasa patut ke mak tanggung akak yang cuma duduk rumah goyang kaki cuma kemas rumah tu?". Walau nampak kasaq ayat aku, tapi lembut je aku tanya. Yang paling sedih aku nak dengar bila mak aku jawab, "Memang akak bawah tanggungan mak...". Ya ALLAH, masa tu aku memang nak menitis air mata rasa. Mak aku dah susah payah bela aku. Dari kecil sampai besaq. Semua dia yang besarkan. Dia tetap sabar. Aku cuma satu je. Aku taknak jadi anak @biawak hidup yang hanya makan hasil duit mak bapak sedangkan aku ada kudrat. Aku masih punya kudrat. 

miss u so much!!!!
Akak rindukan mak. Rindu sangat-sangat. Kat sini akak keseorangan. Akak cuma satu je. Akak akan capai impian akak. Tapi akak juga nak bantu mak. Dengan cara menggunakan kudrat akak. Dan tak terlalu bergantung pada mak atas faktor kemampuan mak sendiri. Akak tak nak jadi anak yang tahu makan duit mak bapak je. Akak faham keadaan mak. Akak tak sampai hati tengok mak penat lelah kerja demi nak tanggung anak mak yang sedangkan masih banyak kudratnya ni. At least, kalau akak kerja dekat sini, akak boleh mintak untuk balik kampung seminggu dalam sebulan. Akak boleh hulurkan sikit pendapat yang akak dapat walau RM50 pun cukuplah. Asalkan akak puas dapat hulurkan hasil penat lelah akak pada mak. Walaupun sikit. Akak taknak jadi biawak hidup yang harapkan mak tanggung. Maafkan akak, mak....Akak betul-betul rindukan mak. Nanti akan balik seminggu, kita berborak puas-puas. Luahkan rindu puas-puas. Akak betul-betul rindukan mak kat sini. Mujur mak kenal siapa kawan akak yang satu-satunya pantau akak kat sini. 

Aku kat sini bukan setakat kerja je. Aku nak studi balik subjek yang aku rasa kemungkinan besar akan kantoi dalam final exam. Aku ingat nak repeat paper. Kadang-kadang kalau aku balik, aku bukan belajar. Mendangok je macam biawak hidup. Goyang kaki jek. Tengok TV. Melepak je. So, aku amik keputusan biar aku berdikari dulu kat sini sambil belajar. InsyaALLAH. Semoga ALLAH melindungi aku di sini. 

Mak, akak akan pulang nanti. InsyaALLAH. I LOVE YOU SO MUCH, Mak... I MISS YOU LIKE CRAZY HERE... T_T

Dahlah. Sampai sini je. Menangis hati aku bila terkenangkan mak aku. Adoilah.....rindunyeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Memang pemikiran aku lain. Jadi, terimalah aku seadanya sebagai aku. 

Sekian, wassalam. T_T

2 comments:

  1. Anak yang baik dan berbakti...

    ReplyDelete
  2. @justnaim : risau lak tulis blog ni klu kita luahkn perasaan kt sini...blh jd nnt org kata nk bangga diri atau riak...hmm...mudah2n xdelah yg prasangka mcm tu...insyaAllah

    ReplyDelete