Salam Perjuangan

Thursday, September 8, 2011

Raya, Birthday Dan Refleksi Diri

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

selamat hari raya aidilfitri
Salam Aidilfitri buat sahabat2 dan mereka yg sudi menjengah ke blog ziera. Alhamdulillah, di hari kemenangan ini pasti ramai yang dah memohon maaf sesama kita kn? Di kesempatan inijuga saya nak minta maaf pd kalian andai ada post2 ziera yang mengguris hati atau menyentuh sensitiviti mana2 pihak secara sengaja atau tidak. Harap kalian sudi maafkan ziera. 

1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011 merupaka hari kemenangan bagi umat Islam setelah menjalani ibadat puasa selama sebulan. Hari ni juga merupakan tarikh lahir makcik ziera yg comel, Acik. Disusuli pula 3 September iaitu hari lahir abah dan 4 September hari lahir sahabat@teman sepermainan waktu kecil dulu, Hadi. Di kesempatan ni juga ziera nak ucapkan, "Selamat hari lahir, semoga di kesempatan masa dan ruang yang diberikan Allah ini dapat diperuntukkan untuk menajdi hambaNya yang lebih baik dan taat. Doaku semoga kesejahteraan dan kebahagiaan itu menjadi milik kalian dunia dan akhirat. InsyaAllah."

8 Ogos, mulakan perjalanan pulang ke Seremban singgah ke rumah Paklong tersayang sampai hari sabtu, insyaAllah. 10 Ogos, hehehhe....tak sabar rasanya nak "menyimpan" duit PTPTN yg bakal masuk bank tu. Haish, betullah simpan tapi ade lah guna sikit buat beli perkakas nk masuk hostel kan. Takkan mandi nak pakai sabun basuh baju kot. Huhu...

Semester ni harapan padaNya semoga ziera dapat fokus pada pelajaran sebaiknya dan bahagikan masa antara kerja dan belajar dengan sebaik mungkin. Kali ni, ziera nak lebih fokus pada pelajaran. Selagi pointer tak naik, ziera takkan sesekali cuba nak racun fikiran sendiri dengan hal lain. Errghhh...geram sangat dgn kelalaian sendiri waktu lepas2. Cepuk kang...haish!

Alhamdulillah. Ziera cuma nak buat refkeksi diri kali ni berkenaan sikap lalai dan lupanya kita Allah itu Maha Melihat dan Maha Berkuasa. Kenapa ziera cakap tentang ni? Ha...ni ziera cakap atas diri yang pernah lakukan khilaf yang sama ok. Refleksi diri dan juga peringatan buat kita semua. Kenapa manusia lebih takut makhluk sepertinya melihat dan mengetahui kekhilafan dan dosa yang mereka lakukan berbanding Allah SWT Yang Maha Melihat dan Maha Besar? Cuba kita tengok dalam diri kita. Contohnya........oklah, kita amik random. Macam menonton cerita-cerita tak elok (faham2 je la) tak pun lakukan maksiat  dan dosa secara tertutup dan tersembunyi. Kenapa sembunyi? Kenapa senyap2? Kenapa taknak kantoi dengan orang lain? Persoalannya, perasaan takut orang nampak tu lebih tebal berbanding Sang Pencipta yang Maha Melihat! Sedangkan manusia tu takde kuasa, paling kuat pun kuat mencaci atau mengutuk. Tapi Allah? Bagaimana dengan murka Allah? Perasaan malu dengan Allah? Allah, yang telah mencipta jasad, roh dan alam semesta ni kita tak kisah pula?


Bila kita refleks balik diri sendiri, ya. Banyak kesilapan yang kita buat kita tak fikir rasa malu pada Allah SWT. Semua orang ada buat kesilapan. Pesanan buat diri ziera sendiri, jangan takut manusia yang nampak, tapi takutlah Dia Yang Maha Melihat dan Maha Agung. Bila2 masa Allah boleh menghukum dan memalukan kita dengan dosa yang kita lakukan. Kenapa harus lebih takutkan manusia? Kenapa redha manusia yang lebih kita kejarkan? Ingatlah, Nadzirah. Andai engkau mahu lakukan dosa, lihatlah sekelilingmu jika tiada manusia yang melihat detiklah dalam hatimu, ada kuasa Yang Maha Besar melihat dan malaikat yang mencatat setiap amalan yang dikerjakanmu. Astaghfirullah.....

Oklah...sampai sini saja. InsyaAllah semoga Allah memberkati kita semua. Amin...

Wallahu'alam. Assalamu'alaikum.



2 comments:

  1. Acik comel? skerr!! Alhamdulillah jika kita ada kesedaran diri, lebih baik drp mrk yg tk sedar2 diri, kan? ;D

    ReplyDelete
  2. hehehhe...apakn daya mmg acik comel pn...huhu...btl3...!insyaAllah,cik...^_^

    ReplyDelete