Salam Perjuangan

Thursday, September 15, 2011

Penyakit Itu Kifarah

Bismillah...

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah. Ziera dilanda badai demam. Diuji dengan penyakit yang bermula dengan selsema ni. Bagi Ziera, dalam banyak2 penyakit, Ziera paling risau kalau demam. Lagi2 kalau selsema. Wah....memang x boleh thn la...Hidung ni rasa nak tercabut je. Tapi Ziera redha. Mungkin ini kifarah atas dosa2 yg prnah Ziera lakukan. Wallahu'alam. 

Cuma skrg ni yg Ziera risaukan, next week dah start kuliah penuh. Takut tak boleh fokus sbb Ziera agak teruk gak kalau diserang demam. Sakit kepalanya mmg x tertahan. Hilang fokus! Mudah2an Allah SWT meringankan sikit rasa sakit ni utk Ziera mudah menuntut ilmu nanti. InsyaAllah...

Takpelah. Esok nak pergi jalan2 dgn adik, abang dan Kak Arin ke Dataran Merdeka. Ada perarakan kat sana kan? Hehe... Mudah2an Ziera dapat kuatkan jasad yang tak berapa sihat ni ke sana nanti. Bukan apa, adik Ziera ni setahun sekali baru turun KL. Susahlah nak kumpul kat sini macam ni. Huhu...

Hmmm...bercakap pasal merdeka. Sekarang ni mcm2 isu berkenaan dengan sejarah kemerdekaan ni kan? Kadang2 kita ragu2 mana satu nak percaya. Hakikatnya, sekarang yang kita boleh nampak umat Islam ramai yang berpecah hanya kerana pangkat dan harta. Hmm... tanggungjawab kurang dipandang penting masa kini. Bukan Ziera nak kata apa, kita cuba pandang mereka yang memerlukan perhatian kita sekarang ni. Rakyat yang masih setinggan. Usahlah pandang pada kuasa mana lagi besar kan? Mana2lah. Pilih tanggungjawab tanpa fikirkan pangkat dan darjat. Ziera tak mahu komen panjang2 pasal isu ni. Masing2 boleh fikir, kangan berpecah, jalankan tanggungjawab dan usah fikirkan nak jatuhkan mana2 pihak. Tak kira lah sesiapapun. Bukan dalam politik je. Dalam ofis, kuliah dan mana2 pn sama ja. Ni Ziera ingatkn diri sendiri jugak. Huhu...

Oklah. Sampai sini. Ziera nak tidur dah. Esok pukul 7 dah kena gerak. Mestilah pukul 6 dah kena bangun kan. Huhu... takut sesak nanti. Hehe... (^^,)

"Syafakillah"

Wassalam. :)


No comments:

Post a Comment