Salam Perjuangan

Sunday, September 19, 2010

20 tahun 8 bulan 9 hari

Assalamu'alaikum.

Syukur ke hadrat Ilahi. Siti diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. Siti bersyukur ALLAH masih memberikan Siti peluang untuk hidup dengan tubuh yang masih sempurna dan akal fikiran yang masih waras. Syukur alhamdulillah.

Ya ALLAH
Hamba hanya makhluk ciptaanMu yang lemah
Seringkali hamba melakukan kesilapan
Mengulangi kesalahan
Namun tidak pernah Engkau meninggalkan hamba keseorangan

Ya Rabb
Hamba bersyukur di atas rahmat yang Engkau berikan kepada hamba
Hamba redha dengan setiap ujian yang Engkau berikan kepada hamba
Hamba mengerti hikmah di atas setiap ketentuanMu ke atas diri hamba

"Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya." Surah al-Mu'minuun : ayat 62

Ya Rahim
Hamba bersyukur kerana diuji
Kerana hamba yakin akan ada bahagia menanti di masa akan datang
Ujian dariMu buat hamba adalah tanda kasihMu pada hamba
Alhamdulillah

-Puteri Santubong-

No comments:

Post a Comment